Blog <b>Makanan di Melaka</b>: JOM JALAN-JALAN...: 2 hari <b>di MELAKA</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: JOM JALAN-JALAN...: 2 hari <b>di MELAKA</b> <b>...</b> Posted: 20 Sep 2014 09:03 AM PDT SEPTEMBER 2014
Siapa yang tak tau tentang Melaka. Negeri peninggalan sejarah dan diiktiraf sebagai BANDAR WARISAN DUNIA oleh UNESCO. Jom...bersama dengan saya...kita tengok apa yang ada kat Melaka ni.... 1) MAKAN MALAM di DATARAN IKAN BAKAR PERNU-UMBAI Kita mulakan dengan Makan Malam dulu...Susah nak bagitau lokasi tempat ni sebab kami ikut GPS je..tiba-tiba sampai. Bila masuk je tempat ni...memang banyak kereta dan bas pelancong. Siap kena bayar parking lagi tu.Sesak dan ramai orang, meja-meja dipenuhi samaada orang tempatan, pelancong tempatan atau pelancong asing. Memang banyak gerai ikan bakar kat sini namun semua agak sunyi sepi,kurang pelanggan. Kesian tengok pekerja-pekerja kat gerai ni yang merayu-rayu supaya masuk gerai mereka. KECUALI ada satu restoran namanya IKAN BAKAR PARAMESWARA. Beratus pelanggan kat restoran ni. Nak cari meja kosong pun susah. Nak pilih ikan pun terpaksa beratur agak panjang.Tempatnya pun sangat strategik, betul-betul tepi sungai dan jeti bot-bot nelayan. Dekat 45 minit gak baru hantar makanan. Nampak meja sebelah tu satu family muka berkerut je mungkin menanti makanan yang tak kunjung tiba.Harap-harap sedap dan berbaloi la makan kat sini....Mungkin orang lain kata sedap tapi bagi kami 'biasa je' cuma seronok sebab meriah dan ramai orang je. 2) MAKAN TENGAHARI di RESTORAN ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Terletak berhadapan dengan Menara Taming Sari. Sini pun ramai orang dan asam pedasnya memang popular. Mahalnya pun boleh tahan. Memandangkan teringin sangat nak makan asam pedas Melaka maka soal harga tu terpaksa dilupakan. Selesai makan tengahari, kami singgah jap di gerai cenderahati dan gerai makanan Melaka.Betul-betul kat sebelah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. 3) MENARA TAMING SARI Ianya dianggap lokasi wajib jika berkunjung ke Melaka. Dengan bayaran dewasa RM 10 dan RM 5 bagi kanak-kanak, bersedia untuk merasai pengalaman hampir 10 minit di dalam menara berkos RM 24 juta menggunakan teknologi Switzerland yang berpusing 360 darjah dengan ketinggian 80 meter dan diiktiraf Malaysia Book Records sebagai "First Revolving Gyro Tower in Malaysia". Menariknya setiap pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari akan diberi cenderahati makanan ringan buatan Melaka dan air kotak. Jangan lupa jika berada di puncak Menara untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Selat Melaka,Sungai Melaka, Dataran Pahlawan, Bangunan & Monumen Bersejarah dan Bukit St Paul. 4) EKSPEDISI BERBECA Dengan bayaran RM 60 untuk 2 beca, kami pun meronda melihat persekitaran, bangunan dan monumen bersejarah. Beca ni akan berhenti di lokasi menarik tertentu untuk kita melihat dan mengambil gambar di tempat peninggalan bersejarah. Antaranya:
Semua orang dah tau tentang kehebatan sejarah Pokok Melaka yang mempunyai kaitan dengan Parameswara.Ketika itu beliau berehat di bawah Pokok Melaka dan tiba-tiba menyaksikan bagaimana seekor pelanduk menendang anjing pemburuan Parameswara.Selepas itu timbul ilham untuk mewujudkan penempatan baru sehingga tertubuhnya sebuah negeri diberi nama Melaka.Di sekitar ini juga terdapat kapal terbang lama dan keretapi KTMB lama yang telah menjadi sejarah. ii) KOTA A FAMOSA Kini ianya hanya pintu kota sahaja.Dulu ianya kubu pertahanan Portugis yang dibina tahun 1511 selepas Portugis berjaya menawan kota Melaka.Dibina hasil kerahan 400 hamba yang ditawan menggunakan batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar. Hebatnya kota ini yang asalnya mempunyai 8 menara kawalan dan 70 meriam berjaya menepis serangan Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Namun demikian. akhirnya kota ini jatuh juga apabila Belanda dan Johor membuat kepungan dari laut dan darat selama 7 bulan. Dalam tempoh kepungan tersebut, 7,000 orang mati disebabkan peperangan dan kebuluran.Sehinggakan mereka terpaksa makan kucing, anjing dan bayi untuk hidup. iii) REPLIKA KAPAL FLOR DE LA MAR Replika ini diabadikan di Melaka kerana ada kaitan dengan penawanan Kota Melaka 1511 melalui Afonso de Albuquerque dan akhirnya kapal ini telah karam di Selat Melaka dengan membawa berdozen emas, tembikar yang berkualiti, manuskrip berharga dan pelbagai harta yang bernilai billion pound. 5) MELAKA DUCK TOUR Bayarannya RM 38 dewasa dan RM 22 kanak-kanak. Ini merupakan pengalaman baru kami berkunjung ke Melaka. Melaka Duck Tour dikatakan pelopor kepada pengembaraan darat dan laut di Malaysia. Kenderaan dua alam ini atau dipanggil kenderaan amfibi telah wujud sejak Perang Dunia ke-2 lagi. Kerajaan Amerika cuba untuk melupuskan dan sebahagiannya diubahsuai dan dijual kepada negara tertentu bagi tujuan tarikan pelancong. Perjalanan mengambil masa 45 hingga 60 minit. Peringkat awal kami menggunakan jalan raya dan melalui Dataran Pahlawan, Megamall, Mahkota Parade dan kawasan premis perniagaan.Sambil menyaksikan pemandangan sekitar Melaka, Pemandu pelancong tak henti-henti menceritakan kehebatan pembangunan Melaka. Kami diberitahu bahawa sebahagian kawasan Dataran Pahlawan dan Pulau Melaka, dulunya adalah laut dan kemudian ditambak..ditambak..dan ditambak akhirnya jadi kawasan penempatan, perniagaan dan pelancongan yang terkenal. Selepas kami menjelajah di atas daratan kini masanya untuk kami masuk laut di Pulau Melaka. Kebetulan masa tu hari nak hujan, laut pun agak bergelora, memang basah baju kami kena tempias air laut. Sepanjang pengembaraan di laut, kami terpesona melihat pemandangan sekitar Melaka dan nampak la banyak aktiviti penambakan laut. 6) MELAKA RIVER CRUISE Dengan bayaran RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak, kami pun menaiki bot dari Jeti Muara (berdekatan replika kapal Portugis) merentasi Sungai Melaka sambil menyaksikan deretan bangunan dan kedai lama, kincir air, perkampungan Melaka, bangunan-bangunan komersial, laluan jalan kaki dan biawak yang sedang menyelinap di celah-celah pokok bakau. Boleh tahan berbau sungai ni. Kalau nak tengok keindahan lampu-lampu sepanjang Sungai Melaka ni boleh la menaiki bot waktu malam. 7) CRAFT CENTRAL Sini rupanya pusat segala macam cenderahati dan baju t'shirt. Bukan itu saja, pelbagai aneka makanan ringan, kuih muih, keropok dan makanan tradisi buatan Melaka dijual. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Replika Kapal Portugis dan Museum Samudera. 8) MASJID SELAT MELAKA Dibina di permukaan laut Selat Melaka dan dikawasan pulau buatan manusia. Terletak di Pulau Melaka dan dibuka sejak 2003 dengan kos RM 11 juta dan boleh menampung 2,000 jemaah. Datang ke Melaka, singgah la masjid ni untuk menunaikan solah. Hembusan angin Selat Melakanya cukup mengasyikan dan menenangkan ketika kita berdiri menunaikan solah. 9) ZOO MELAKA Zoo ini dibuka sejak tahun 1963 dengan keluasan 54 ekar dan merupakan kedua terbesar di Malaysia. Bayarannya pula RM 15 dewasa dan RM 6 kanak-kanak. Sebenarnya, bukan nak sangat pergi tempat ni tapi disebabkan nak bagi pendidikan untuk anak-anak, kami pun menggagahkan diri menaiki tram menyaksikan pelbagai binatang yang tidak aktif. Kalau nak kepuasan bukan di sini, pergi la Zoo Negara. | ||||
Berita Terkini (Malaysia): Berita Terkini 02 December 2014 Posted: 01 Dec 2014 08:00 AM PST KUALA LUMPUR — Perhimpunan Agung Umno 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden Umno bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara. "Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain. "Jadi, amanlah kita. Asyik berbalah memanjang…kerja lain tak jadi. Saya nak kita memberi fokus bahawa kita majukan negara Malaysia tercinta ini. Kita nak bawa Malaysia ke depan. (Bukan) asyik berbalah saja," katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Ketegasan Perdana Menteri itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 2,700 perwakilan yang berada di Dewan Merdeka, malahan mereka yang mengikuti ucapan itu di luar dewan. Najib berkata atas rasa tanggungjawab bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara serta menangani tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan perlembagaan negara, maka Akta Hasutan 1948 dikekalkan. "Orang kata Akta Hasutan tak demokratik, akhbar antarabangsa serang saya. (Tuduh) saya mungkir janji, guna kekerasan. "Saya nak beritahu, tanggungjawab saya sebagai perdana menteri jaga keamanan dan keselamatan dalam negara kita," kata Najib, yang mengumumkan pengekalan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Khamis. Menyorot kembali bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan, mengecapi keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama, beliau menekankan bahawa konsep solidariti adalah asas kejayaan itu. Najib turut menjelaskan bahawa solidariti yang beliau tegaskan semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dan telah menjadi antara topik perbahasan Perhimpunan Agung Umno kali ini bermaksud: 'bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu'. Sambil menunjukkan salinan akhbar terbitan 1 Sept 1957, Najib berpendapat kata-kata Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman: "Look at the past with gratitude, look to the future with confidence" (Lihat masa lalu dengan rasa terhutang budi, lihat kepada masa depan dengan keyakinan), masih relevan diguna pakai pada hari ini. Kata Najib, keyakinan itu sebenarnya dibentuk hasil daripada perjuangan parti keramat Umno sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Bagaimanapun, Perdana Menteri turut menarik perhatian perwakilan akan peri pentingnya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan kaum lain. Katanya, tidak mungkin pemimpin negara terdahulu menubuhkan Parti Perikatan yang mewakili tiga kaum terbesar di negara ini, yang seterusnya dijenamakan semula sebagai BN, jika ia tidak memberi faedah kepada orang Melayu. "Sebab itulah penting bagi kita jaga BN, tapi tidaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu. "Orang kata Melayu adil, tegas, kontrak sosial dan sebagainya itu kenapa? Sebab kita bukan hanya nak tengok soal pilihan raya, tapi nak bina sebuah negara Malaysia, negara bangsa yang berjaya," katanya. Dalam pada itu, Najib turut menempelak pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai ibu segala rasuah kerana cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepada seorang pemimpin Umno untuk membawa Anggota Parlimen BN menyertai pembangkang pada 2008. Perdana Menteri turut menyelar amalan nepotisme pihak pembangkang yang 'mengorbankan' anggotanya yang tidak bersalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang lain untuk memegang jawatan. "(Pembangkang) boleh pula suruh wakil rakyat (mereka) letak jawatan (sebab) isteri nak bertanding. Suruh menteri besar (MB) yang tak ada kesalahan letak jawatan sebab isteri nak jadi MB. "Inilah nepotisme terbesar. Kenapa kita tak persalahkan dia. Seranglah pembangkang," tegasnya. Menyentuh isu peremajaan yang hangat dibahaskan perwakilan pada perhimpunan agung tahun ini, Najib mengingatkan 3.47 juta anggota parti itu bahawa Umno perlu menyusun strategi terbaiknya dalam merealisasikan agenda pengkaderan parti. Menyedari 'kedinginan' antara segelintir pemimpin lama dan baharu yang wujud sejak dahulu, beliau sekali lagi menegaskan kepentingan seluruh generasi dalam Umno bekerjasama dalam satu haluan. "Kalau kita dok kerling belakang kita dan rasa ada orang nak serang kita, sampai bila pun tak akan wujud solidariti. Tapi, dalam masa itu, mana yang patut..(kita) berilah peluang," kata Najib. Bagaimanapun, katanya, peluang itu hanya akan diberikan kepada orang muda yang benar-benar layak dan menepati ciri-ciri Jil Umno yang telah digariskan. Najib berkata apa yang penting adalah setiap anggota parti itu perlu meremajakan semula roh perjuangan Umno dalam diri masing-masing. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@