API API STEAMBOAT & GRILL RESTORAN STEAMBOAT HALAL ... - Blog Makanan di Melaka

API API STEAMBOAT & GRILL RESTORAN STEAMBOAT HALAL <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka


API API STEAMBOAT & GRILL RESTORAN STEAMBOAT HALAL <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2015 06:30 PM PDT


RESTORAN STEAMBOAT & GRILL HALAL DAN POPULAR DI MELAKA | Steamboat merupakan salah satu makanan pilihan popular di Malaysia. Seperti biasa yang kita lihat, steambot  di Malaysia biasanya popular dalam pakej buffet atau layan diri.

ApiApi Steamboat & Grill

API API STEAMBOAT & GRILL | Ketika bercuti di Melaka pada minggu lepas, kami projek travel telah berpeluang makan malam di sebuah RESTORAN STEAMBOAT & GRILL yang ada di Melaka ini. Restoran tersebut ialah  g mana lokasinya berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka.

Alamat :

Jalan Lagend 6, Taman 1 Lagenda

Melaka, Malaysia

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi :

013 3040 500

Restoran ApiApi Steamboat & Grill ini dikendalikan dan milik orang Islam sepenuhnya. Restoran ini beroperasi setiap hari dimana bermula pada jam 12 tengahari sehingga 12 malam. Restoran ini biasanya akan dipenuhi dengan pelanggan kerana ada promosi istimewa setiap malam untuk pelanggan tertentu. *kami nasihatkan supaya korang call untuk membuat tempahan sebelum ke restoran ini untuk mengelakkan restoran penuh.
Sentiasa penuh dengan pelanggan 
Restoran ApiApi Steamboat & Grill ni menyediakan pakej makan buffet steambot dan grill yang sangat berpatutan dan dijamin halal. Untuk pengetahuan korang juga, Restoran ApiApi Steamboat & Grill ini pernah menjadi restoran pilihan rancanga Jalan-Jalan Cari Makan.
Ruangan makanan laut

Pelbagai pilihan makanan laut yang segar.


Makanan laut yang segar
Steamboat
Pelbagai jenis sayuran
Telur puyuh 
Pilihan pelbagai jenis sos

Bagi mereka ayang alergic seafood atau tidak makan steambot, mereka juga ada menyediakan makanan lain seperti nasi dan lauk yang sedia dimasak. Jadi dengan satu harga korang boleh makan semuanya.


Ruangan lauk yang sedia masak
Pelbagaai jenis lauk yang sudah dimasak
Bahagian Nasi

Ruangan alatan juga sangat kemas dan bersih untuk kemudahan layan diri pelanggan mereka. Semua alatan yang diperlukan semua tersedia di sini.
Ruangan pinggan mangkuk dan sudu

Setiap meja disediakan pembakar /grill dan sup steamboat . Korang boleh memilih 2 sup sama ada sup biasa atau tomyam. Dan seperti biasa, tomyam merupakan pilihan paling popular di ApiApi Steamboat & Grill ni. 



ApiApi Steamboat & Grill juga ada menyediakan surau lelaki dan wanita berasingan untuk keselesaan semua pelanggan mereka.

HARGA BUFFET | Harga buffet pada hari minggu biasa adalah RM 24.99 sekepala untuk orang dewasa dan Rm 9.99 sekepala untuk kanak-kanak.

Manakala berbeza pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Harga pada hujung minggu pula ialah RM 29.99 sekepala untuk orang dewasa. Bagi kami, harga ini sudah cukup murah kerana ianya masih di bawah RM30 sekepala. Kebiasaan yang kami jumpa, jika pakej steambot dan grill sebegini ianya biasa mencecah RM40++ sekepala.

Jika korang rasa bahawa harga diatas masih mahal. Kami rasa korang tak perlu risau kerana korang boleh mendapatkan harga lebih murah dari ni jika korang menepati apa yang mereka inginkan.

MALAM PROMOSI | Salah satu kelebihan di  ApiApi Steamboat & Grill ni ialah, mereka menghargai pelanggan mereka dengan promotion pada setiap malam mengikut tema tertentu. *jadi inilah masa yang sesuai untuk makan sebanyak mungkin dengan harga super jimat.

Jadi apa tunggu lagi warga Melaka oiii. Pilihlah malam yang sesuai, datang dan makan sepuasnya dengan harga super jimat hanya di Restoran ApiApi Steamboat & Grill.

Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai ApiApi Steamboat & Grill di Melaka ni :

1. Steamboat & Grill HALAL pertama di Melaka

2. Menjadi pilihan rancangan makanan popular Jalan-Jalan Cari makan (JJCM)

3. Mempunyai ruang makan yang luas dan boleh muat sehingga 300 orang dalam satu masa

4. Lokasi strategik iaitu di hadapan AEON Bandaraya Melaka



Projek Travel di Restoran ApiApi Steamboat & Grill Melaka

Kami sudah datang, bagaimana pula dengan korang? Tidak perlu risau kerana ianya dijamin Halal .




@



API API STEAMBOAT & GRILL RESTORAN STEAMBOAT HALAL <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka