Che Hasrah: Kosmo Online - Infiniti - Blog Makanan di Melaka |
- Che Hasrah: Kosmo Online - Infiniti
- <b>Pelik</b>!! Ikan ini mempunyai tabiat suka menggigit buah zakar <b>...</b>
- Faiz On The Scenes: <b>Makanan</b> Melayu Memang <b>Pelik</b>
Che Hasrah: Kosmo Online - Infiniti Posted: 21 Jan 2014 09:41 PM PST Pengangkutan awam masa depanOleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK SELAMA ini, lelaki berusia 68 tahun itu tidak pernah menaiki bas untuk bergerak ke mana-mana destinasi tempatan, sebaliknya lebih suka memandu sendiri sama ada menggunakan motosikal atau kereta. "Jika ingin pergi ke luar Melaka, barulah saya menaiki bas," ujar Wong Kiang Yong, yang ditemani isterinya, Ho Han Jah. Namun, bas elektrik pertama negara yang telah dilancarkan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 6 Januari lalu oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menarik perhatian pasangan tersebut. "Saya memang tidak biasa naik bas tetapi selepas membaca satu laporan akhbar mengenai ujian bas elektrik ini di terminal bas Melaka Sentral, saya dan isteri terpanggil untuk mencuba. "Ternyata bas ini bergerak secara senyap dengan pemanduan yang lancar," jelas Kiang Yong. Pasangan itu merupakan antara penumpang awal yang mencuba sistem pengangkutan bas elektrik pertama bernilai RM1.35 juta tersebut. Ia mula diuji untuk kegunaan orang ramai pada 8 Januari lalu. Bas yang mempunyai kapasiti 50 penumpang iaitu 30 duduk dan 20 berdiri itu beroperasi bermula pagi hingga petang. Waktu perjalanan dilanjutkan sehingga ke malam pada hujung minggu atau mengikut keperluan. Hasil projek usaha sama antara Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) dengan syarikat AMDAC (M) Sdn. Bhd. (AMDAC) ini selari dengan usaha kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau di Melaka. Ia dikenali sebagai Bas Elektrik Melaka telah direka dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Automotif BYD Berhad (BYD) dari Shenzhen, China. Selain di Melaka, kenderaan sama telah memasuki pasaran Amerika Syarikat, Belanda, China, Hong Kong dan beberapa negara maju lain sejak tahun 2010. PAKAR Teknikal Bas Elektrik, Zaharuddin Mokhtar menyentuhkan Kad Pengecas (Charging Card) untuk tujuan imbasan sebelum mengecas bateri perkhidmatan Bas Elektrik. Ujian percubaan Menurut Pemangku Pengurus Besar Panorama Melaka, Mohd. Saleh Jusman, bas tersebut akan melalui ujian percubaan operasi dan pengumpulan data kesesuaian selama tiga bulan. "Sekiranya tidak ada apa-apa halangan dan masalah, kemungkinan bas yang telah diluluskan boleh mula beroperasi di Melaka pada bulan September ini," ujarnya ketika ditemui di Melaka Sentral baru-baru ini. Menjelas lanjut, beliau berkata, bas elektrik itu dijana oleh bateri ferum fosfat yang tidak mudah meletup apabila terdedah dengan kepanasan melampau. "Bas ini juga dilengkapkan dengan sistem kawalan BMS untuk pemantauan voltan dan suhu bagi setiap bateri bagi tujuan keselamatan," katanya. Buat peringkat percubaan setakat ini, hanya terdapat satu stesen pengecas bas elektrik terdapat di Melaka Sental. Masa yang diambil oleh bas yang mengandungi tiga bateri ini ialah lima jam bagi pengecasan penuh. "Keupayaan bateri boleh menjana kuasa untuk bergerak lebih kurang 300 kilometer," ujarnya yang menyatakan jaminan ketahanan kadar efisien bateri ialah selama 16 tahun. Menurut Saleh lagi, bas sistem diesel menggunakan minyak diesel yang bernilai RM170 sehari manakala bas elektrik melibatkan kos RM44.32 sehari iaitu 25 peratus daripada kos diesel. Memandangkan bas tersebut menggunakan cas elektrik sepenuhnya, ia mampu memelihara alam sekitar daripada sebarang pencemaran. JIN YONG menunjukkan cara alat keselamatan bas yang disediakan dalam Bas Elektrik untuk memecahkan tingkap cermin jika berlaku kecemasan. "Faedah menggunakan bas elektrik ialah tiada pencemaran bunyi dan tidak ada penghasilan karbon yang menjurus kepada pencemaran udara," tambahnya yang menggesa penduduk Melaka mencuba bas yang tidak dikenakan tambang sepanjang tempoh percubaan itu. Hal ini diperakui oleh Pengarah AMDAC, Lai Jin Yong, yang menyifatkan bahawa kos operasi bas itu lebih rendah daripada bas diesel kerana tidak memerlukan penyelenggaraan berkala yang melibatkan kos tinggi. "Ini ditambah dengan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam bas ini seperti sistem televisyen litar tertutup di bahagian belakang bas dan cermin tingkap mudah pecah untuk kecemasan serta 11 laluan pintu kecemasan. "Kami juga mengutamakan tempat duduk untuk orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang lebih memerlukan seperti wanita hamil dan warga emas. Tempat duduk mereka berwarna merah berbanding ungu untuk orang biasa," jelas Jin Yong yang turut memaklumkan bahawa terdapat 1,200 buah bas elektrik yang digunakan di seluruh dunia pada masa ini. Keselesaan Mengutamakan keselesaan para pengguna, bas yang tertera ayat 'Melaka Go Green' ini dilihat lebih senyap, bersih dan nyaman jauh berbanding bas diesel. Sistem penyamanan udara pada bas ini berkuasa secara maksimum kerana digerakkan dengan sistem putaran motor dan tidak menggunakan piston. Ini membuatkan bas ini terasa dingin terutamanya pada waktu siang. Bagi memberi keselesaan dan kesenangan golongan OKU dan warga emas, sistem suspensi hidraulik yang terdapat pada bas ini menyenangkan laluan masuk dan keluar golongan tersebut. RUANG duduk khas untuk penumpang Orang Kurang Upaya turut disediakan. Bas yang dianggap sebagai pengangkutan awam masa hadapan akan berjalan secara percuma selama tiga bulan. Ia melalui kawasan bersejarah dan tarikan pelancong di Bandar Hilir seperti Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana. Lebih menggembirakan hati penduduk Melaka, Saleh menjelaskan bahawa bas yang menggunakan sistem elektrik sepenuhnya ini akan mengenakan tambang yang sama dengan bas diesel. Menjelaskan tentang bas berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar tersebut, beliau menjangkakan penggunaan bas ini akan lebih meluas untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang kerana memberikan kesan positif kepada negara. Saleh menambah, pihaknya juga telah mengkaji beberapa laluan di sekitar bandar raya Melaka dan dijangka sebanyak lapan hingga 10 unit bas berkenaan akan digunakan sebagai peringkat permulaan apabila ia mula beroperasi kelak. |
<b>Pelik</b>!! Ikan ini mempunyai tabiat suka menggigit buah zakar <b>...</b> Posted: 13 Jan 2014 12:03 AM PST Pacu adalah nama sejenis ikan air tawar yang makan segala makanan yang ditemui di Amerika Selatan.Ikan ini ada persamaan dengan ikan piranha.Mempunyai satu set gigi yang sama,tetapi berbeza kerana Piranha mempunyai gigi runcing yang tajam manakala Pacu pula mempunyai gigi seperti gigi manusia. Ikan ini mempunyai keberatan sehingga 55 pound (25kg) dan panjang 3 kaki(0.9m).Dengan gigi inilah ia akan menyerang manusia dibawah air dan mengigit alat kelamin manusia.Jika tidak bernasib baik boleh hilang kedua duanya.Begitulah yang terjadi pada dua lelaki tempatan yang meninggal dunia selepas di kembiri oleh ikan ini semasa berenang disungai.Mereka mati kerana kehilangan banyak darah |
Faiz On The Scenes: <b>Makanan</b> Melayu Memang <b>Pelik</b> Posted: 03 Jun 2011 10:59 AM PDT Assalamualaikum Hello handsome boys and fat girls. Majoriti orang melayu la yang akan baca entri ni, sebab aku tahu orang melayu sangat prihatin terhadap bangsa nya. Aku orang melayu ye. Kalau dilihat memang kebanyakkan makanan melayu memang sangat pelik. Bukan nya pelik apa tapi nama nya sahaja yang agak pelik kalau difikirkan. Mostly makanan orang lama nama nya agak pelik. (nama orang pun ada je yang pelik) However rasa makanan tersebut tak lah sepelik nama nya, tapi memang sedap-sedap. Orang lama memang pandai memasak, termasuk mak aku. Bukan nak bangga. Aku nak cerita pasal kuih-kuih yang nama nya pelik sahaja ni. 1. Kuih Ocong-ocong Dengar nama pun pelik, tapi the truth aku pun tak penah rasa, so aku tak boleh nak explain rasa nya macam mana. Maybe korang pernah. 2. Kuih Serabai Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Nama je serabai, nampak kemas je. 3. Kuih Batang Buruk Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng. Tak nampak ada batang pun, and langsung tak nampak buruk. 4. Kuih Goyang Err... 5. Kuih Isabella Kuih Isabella merupakan sejenis kuih yang mula popular semasa penayangan filem Isabella. Namanya diambil dari filem tersebut. Kenapa tak ada kuih Nur Kasih. 6. Kuih Jemput-jemput Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.Sesuai bagi event untuk menjemput sesiapa. 7. Kuih Butir Nangka Tak ada langsung kaitan dengan nangka, mungkin la ada bentuk sikit. 8. Kuih Tahi Itik Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.Bila dengar nama tak ada selera nak makan. 9. Kuih Nagasari Kuih Nagasari merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan ubi kayu yang diparut dan dicampur dengan pisang nangka. Kuih Nagasari ini kemudiannya dimasak dengan cara dikukus. Mana entah dapat nama Nagasari tu. Naga + Sari kot. 10. Kuih Cek Mek Molek Kuih Cek mek molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Tak tahu la ada kaitan tak dengan Datuk M.Daud Kilau. Okey lah, thats all at the moment. Sebenar nya ada lagi bermacam-macam jenis nama kuih tradisional melayu yang pelik-pelik. Even nama nya yang pelik-pelik pon dekat Malaysia ramai yang obesiti sebab terlebih makan.Makan makanan barat siapa suruh.For those yang rasa kuih-kuih ni menarik kecuali kuih tahi itik, boleh la suruh mak korang masakkan ye. Sumber dari sini. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@