Malacca Tourism Association: Festival Kuih <b>Tradisional</b> Aidilfitri <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
Malacca Tourism Association: Festival Kuih <b>Tradisional</b> Aidilfitri <b>...</b> Posted: 03 Jul 2015 05:50 PM PDT MELAKA, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka akan menganjurkan Festival Kuih Tradisional Aidilfitri Melaka 2015 pada Ahad ini selama sehari di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rim, Jasin dekat sini. Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata 7,000 pengunjung dijangka memeriahkan festival bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam itu. Beliau berkata festival itu bertujuan mengimbas kembali keunikan cara penyediaan kuih-kuih tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat kini terutamanya para belia. "Tujuan kita juga hendak menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat tempatan dan memperkenal budaya kita kepada pelancong dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran Aidilfitri ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ghazale berkata demonstrasi pembuatan sebanyak tujuh jenis kuih akan diperlihatkan iaitu kuih bahulu, kuih ros, kuih denderam, kuih karas, kuih koya, dodol dan wajik. Katanya festival itu turut diserikan dengan pembuatan bekas simpanan tradisional dodol atau topong dodol diperbuat daripada anyaman mengkuang, yang terbesar di Malaysia berdiameter 0.76 meter dan pihaknya telah menjemput Malaysia Book of Record bagi mengiktiraf pencapaian itu. -- BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@