Tempat Makan Yang Best Di Melaka Yang Wajib Di Singgah - Blog Makanan di Melaka

Tempat <b>Makan</b> Yang Best <b>Di Melaka</b> Yang Wajib <b>Di</b> Singgah - Blog Makanan di Melaka


Tempat <b>Makan</b> Yang Best <b>Di Melaka</b> Yang Wajib <b>Di</b> Singgah

Posted: 10 Oct 2014 09:16 PM PDT

Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.


Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi. [1]William Marsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A Dictionary of the Malayan Language" terbitan tahun 1812.[2]
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. [3] Walau bagaimanapun, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.[4], [5]
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.


Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]


Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[1] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.


Thousand Island adalah dressing salad yang dibuat dari mayonnaise, saus tomat, telur ayam, dan berbagai sayuran yang dicincang kecil-kecil, biasanya acar timun, bawang, paprika, dan zaitun. Dressing ini selain digunakan dalam salad juga dioleskan pada roti sandwich.
Resepi Thousand Island telah dicetak sejak 1912, namun asal usulnya tidak diketahui secara pasti.


Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]
Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.
Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.[2]
Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Pekasam daging pula bukan mudah untuk dicari dan tidak ramai yang pandai memakannya. Namun setiap kali musim raya haji kebiasaan ibu saudaraku yang berada di bagan datoh, perak pastinya akan menghidangkan juadah ini. Yang pasti makan bersama nasi panas-panas sangat enak walau tiada lauk lain.


Di Melaka ada cincaluk, di Sarawak ada encaluk, di Kelantan ada budu, di Sarawak ada rusip, di Pahang ada pekasam, di Sarawak ada kasam, di Perak ada tempoyak, di Sarawak ada empuyak..
1st time aku kenal dan makan rusip semasa berada di Sarawak. Member ku yang mencadangkan makanan ni. So far, bagi aku rasanya seakan budu cuma ikannya nampak lebih besar


Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap sacara amnya adalah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kekadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
Ada sesetengah orang aku lihat tidak boleh pisah pabila makan pasti ada kicap. Nmpak yummy x gambar tu. Buah jambu susu yang masam masam manis sangat sedap di cicah dengan sambal kicap serta belacan. Buah ni sudah jarang dijual. Namun pokoknya masih utuh dan sedia berbuah mengikut musim rambutan di kampungku. Sekarang la music mnya... nyum nyum


Oleh kerana demam korea aku masih belum kebah, aku juga terpengaruh untuk makan kimchi pula. Tekak ku ni alhamdulillah masih boleh menerima makanan sebegini. Yang ni halal oke. Kat korea pon ada orang islam.
Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam.

Sharing is caring
* footnote;
Bila kita berdepan dengan kemungkaran, biarlah kita menjadi ikan di laut. Walaupun airnya masin, tetapi tubuhnya tetap tawar.

posted from Bloggeroid

Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Oh MyMelaka Homestay: Kebudayaan <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2014 09:15 PM PDT


Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah.

Setiap kaum ini memegang teguh tradisi mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk, pemakaian, barang kemas dan kraftangan.

Hari ini Melaka mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada pelancong seperti budaya, adat istiadar, tempat-tempat bersejarah, festival keagamaan, sambutan perayaan tradisional di bandar Melaka serta Alor Gajah dan Jasin.

Organisasi sosial orang Melayu di Melaka dibahagikan kepada dua iaitu mereka yang mengikut Adat Temenggong iaitu si isteri mengikut keluarga si suami dan Adat Perpatih, dimana si suami mengikut keluarga si isteri.

        Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain sarung atau baju yang sedikit ketat yang dinamakan baju kebaya. Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgar berserta dengan kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang. Untuk majlis perkahwinan dan kenduri, kain songket akan digunakan sebagai kain samping. Tradisi dan karakter lain orang Melayu digambar dalam lagu seperti Dondang Sayang Melayu dan seni mempertahankan diri seperti Silat Melayu.

Kaum Cina datang ke Melaka semenjak perpindahan beramai-ramai orang Cina dari propinsi Selatan di negara Cina. Kaum-kaum seperti Hokkien, Cantonese, Hakka, Teochew dan Hainanese masih mengikut adat istiadat, tradisi, makanan, bahasa dan ciri-ciri kebudayaan mereka.
Kaum India di Melaka adalah orang Tamil dari India Selatan dimana mereka mendiami ladang getah. Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka yang bekerja dalam perniagaan barang kemas, fabrik, peniaga runcit, pedagang dan peminjam wang.

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.
Seperti juga Baba dan Nyonya, Melaka mempunyai komuniti kecil yang dipanggil Chitty iaitu orang peranakan yang berketurunan India atau anak-anak pedagang India yang berkahwin dengan wanita Melayu. Kampung mereka dikenali sebagai Kampung Chitty dan terletak ke arah barat Jalan Gajah Behrang, satu kilometer daripada barat laut Chinatown. Jalan masuk ke kampung ini dihiasi dengan ukiran gajah bersebelahan dengan Kuil Mutamariman. Seperti juga Kampung Morten, ia adalah kawasan yang indah untuk dilawati dan melihat rumah-rumah kampung yang bercirikan kampung Melayu. Waktu yang terbaik untuk melawat adalah ketika Festival Mariamman atau Pesta Datuk Char-char pada bulan Mei. Ia adalah pesta Hindu dimana anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan upacara perkahwinan tradisional kaum India.


Melaka adalah satu-satunya negeri yang mempunyai penempatan Portugis yang diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya menamakan tempat ini Padre Sua Chang (Tanah Paderi) sempena dengan pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini adalah orang Eurasia berketurunan Portugis yang hidup sebagai nelayan. Orang Portugis mengamalkan agama Katolik dan bercakap bahasa Cristang atau Cristao.
Kaum Portugis di Melaka menyediakan kehidupan tradisional, bahasa, adat resam dan musik yang ternyata unik. Tariannya yang paling popular adalah Beranyo dan Frapeirra. Festival Kristian juga di sambut dengan hebat termasuk Hari Krismas, Pesta San Pedra dan Easter.
Tempat-tempat keagamaan yang boleh dilawati termasuk Gereja Christ, Gereja St. Paul, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Masjid Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon Teng, Masjid Kampung Hulu, Gereja St. Peter, Kuil Sam Poh Kong dan Masjid Tengkera.

Sumber dari : www.melaka.gov.my
See more at: http://www.melaka.gov.my/my/tentang-kami/kebudayaan#sthash.azlTe04L.dpuf




@



Tempat <b>Makan</b> Yang Best <b>Di Melaka</b> Yang Wajib <b>Di</b> Singgah - Blog Makanan di Melaka