Tempat Makan Yang Best Di Melaka Yang Wajib Di Singgah ... - Blog Makanan di Melaka

Tempat <b>Makan</b> Yang Best <b>Di Melaka</b> Yang Wajib <b>Di</b> Singgah <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka


Tempat <b>Makan</b> Yang Best <b>Di Melaka</b> Yang Wajib <b>Di</b> Singgah <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2014 06:32 PM PDT

Assalamualaikum...

Aku nak sambung lagi cerita tempat makan yang best di melaka yang wajib di singgah & santai di Melaka ni. So kalau korang belum baca lagi yang Part1 Click Here.

Pagi lepas breakfast, dah kenyang kitorang terus masuk kereta pegi ke Bandaraya Melaka. Kitorang memang dah plan nak pegi melawat tempat2 yang ada sekitar bandar. Kalau datang je Melaka tak pernah lagi masuk Zoo atau Muzium. So kitorang bajet this time nak try masuk tempat2 macam ni. Kitorang terus parking dalam Shopping Complex Dataran Pahlawan. Lebih kurang pukul 11am sampai dekat shopping mall tu.

So kitorang pon menyusuri lah kedai2 yang ada dalam shopping mall tuh. First stop aku singgah dulu kedai henfon. Aku nak belikan dia simkad. Pilih lah untuk dia U mobile. Dah register siap semua kitorang pon keluar la dari shopping mall tuh menuju ke Red Square atau orang panggil Dutch Square. Berjalan lah kami keluar. Agak jauh jugak lah nak ke sana. Tapi sebab nama pon nak berjalan2 kan. So cuci mata je lah sepanjang perjalanan dekat situ.

Sambil berjalan sempat lagi berhenti selfie dengan Acap
Selfie dekat pesawat ringan
Dalam 5 minit macam tuh la kitorang sampai dekat area sini. Dekat sini time kitorang sampai ada buat macam pesta dekat situ. Ada orang buat persembahan, lepas tu ada juga jual makanan tradisional orang melayu kita dan food2 yang lain jugak. Aku banyak layankan Acap bergambar je. Sebab dia tak pernah jalan2 kat sini lagi. Atleast ada lah kenangan nanti dia dekat sini.
Selfie dekat keretapi lama
Details rel keretapi lama

Tempat bersejarah?
Hahaha. Space kosong tuh tempat bersejarah ke? Diorang ni jahat tau. Saja je buat havoc dekat situ. Tempat tu empty space, takde ape pon. Tapi diorang saje je tunjuk2 dekat lantai tuh buat bunyi "wah... wah... wah..". Pedajal orang. Yang bro dia dari arah depan sana. Nak lalu. Bila diorang buat macam tuh dia ingat tak boleh pijak ada apa2 ke. Ntah macam mana tersalah langkah nak ke tepi lutut dia terhantuk batu tepi tu. Aduiiii sakit nye wehhh. Hahahah. Macam hampeh diorang ni tau. Orang keliling pon dok la tengok benda apa la yang bersejarah sangat atas empty space tuh. Siap berkumpul suruh selfie dekat empty space tuh. Eiii lah diorang ni.
Just the two of us
Group photo
Layan kan Acap nak naik kereta lembu
Lepas kitorang shoot dekat area sini terus gerak pegi ke Red Square. Dekat situ la kitaorang pegi ke Stadthuys.  Dia actually muzium bersejarah. Ramai orang dekat situ hari tuh. Tapi masa kami nak naik atas tetiba Ijan & Zahid tak nak pegi. Sebab dia kena mendaki bukit sikit kalau nak pegi naik atas tuh. So diorang tak nak lah tuh. Tak larat nak tolak perut naik atas kot. Hahaha. Bro memang tak nak pegi dah sebab lutut dah injured. Tak boleh nak lasak2 sangat. Naik lah aku dekat atas tu dengan Acap, Mudme & Wan.

Sedikit info pasal Stadthuys ni, dia merupakan bangunan bersejarah masa zaman abad ke-17. Dulu building nih merupakan tempat orang2 Belanda punya ofis. Maksud nye tempat pentadbiran diorang lah waktu zaman dulu tuh. Tapi sekarang dia dah jadi one of tempat bersejarah dekat Melaka.

Depan Kereta Bomba lama
Kalau dari bawah memang akan jumpa pameran Kereta Bomba lama ni dulu. Dia dekat bahagian luar bangunan. So sempat la pusing2 tengok kereta bomba lama. Memang oldskol habis lah. Jom tengok skit gambar Kereta Bomba yang oldskool itu.
Details depan Kereta Bomba lama
Yang ni nampak macam compartment tempat simpan2 barang
Hose ramps
Loceng. Dulu2 sirens guna loceng je lah kan. Sekarang ni kita dah ada sirens siap dengan horns lagi. pinnn... pinnn...
Keterangan pasal Kereta Bomba Lama
Lepas tuh terus je kitorang shoot dekat building Stadthuys ni pulak. Aku suke je tengok building dia yang kaler merah tuh. Ceria je rasa aura time tuh. Tapi yang paling ceria aku rasa Acap lah kot. Asik lah suruh aku shoot dia banyak2. Marilah layan kan aje ye.
Acap berposing sakan
Depan pintu bangunan Stadthuys
Building details
Selagi ada ruang Acap nak posing. Aku perati je budak kecik ni hah. Hahaha
Posing dan terus posing
Habis kena paksa posing sana sini
Three of us. Akhir nye ada lah sekeping gambar kami2 pulak. Hahaha
Depan pintu pon bolehhh. Time ni aku yang paksa dia posing sakan
Nak pegi tapi first time masuk Melaka. Takut sesat? Takpe lah aku bantu korang dengan alamat tempat ni. Nanti guna lah gps nak carik ye.

Stadthuys (Museum) - Melaka Dutch Square

Address:
Jalan Gereja,
75000 Melaka, Malaysia

Lepas je visit dekat sini, kami terus gerak. Diorang yang tak join dah pegi lepak dekat cendol area Jam Besar tuh. So kami pon terus pegi sana join diorang. Tak sabar dah nak basahkan tekak dengan cendol famous tuh.

Tapi jangan harap ye  nak terus pegi makan cendol. Kau kena layan tourist  kecik nih dulu. Nak shopping baju pulak dah. Kalah Cik Ja kau. Hahaha
Cendol kacang merah
Tudiaaa... cendol kacang merah, cendol mix and cendol durian
Picture credit: Bro
Puas dapat makan cendol tepi jalan
Picture credit: Bro
Terus terang cakap, cendol dekat Jam Besar Melaka ni korang mesti cuba ye. Rugi kalau tak cuba yang dekat sini punya. Ye tau ada banyak lagi tempat yang best, but this is must try jugak. Sebab apa aku cakap mesti cuba? Zahid yang makan cendol durian tuh siap order second round cendol durian + durian lebih lagi ye. Anak buah aku Acap yang memilih kalau bab2 makan tuh pon boleh makan habis jugak cendol durian tuh. Yang ni aku boleh katakan sebagai " the best cendol durian ever" dan "best cendol in Melaka"...  haaa... gituuu.

Kalau korang ke Melaka tuh and dah lalu jalan sini sila lah berhenti ok. Gerai cendol ni right across Melaka Clock Tower tuh je. Ingattt... seberang jalan Jam Besar Melaka. Tak kiralah korang yang memang orang Malaysia ke atau nak bawak kawan2 dari luar negara ke Melaka sekalipon, mesti cuba jugak. For me lah kan, tempat ni memang sempoi dengan angin sepoi2 bahasa nye. Uhhh... nyaman. Tapi tuh la. Seat dia very limited. Time aku pegi tuh pon sebab Bo, Zahid & Ijan dah memang ada dekat situ. Jadi bila aku sampai terus je lah duduk and order. Sekali orang datang mintak 8 seat, 9 seat, 11 seat. Ye lah datang pon beramai2 bercuti bersama keluarga kan. So concept nye first come first serve lah kan. View pon tak sakit mata sangat. Seronok tengok beca2 yang colorful pusing2 lalu lalang depan korang sambil pasang lagu berbagai genre. I is like ok.

Dah puas minum cendol kitorang terus pegi pusing2 jonker street pulak. Jalan ikut lorong2 kedai. Jalan memang agak sempit lah. Kena hati2 lalu dekat area situ sebab kereta pon banyak lalu situ. Karang kalau tak hati2 tak pasal2 je kena langgar. Sambil jalan2 cuci mata tu tengok sama kereta lalu lalang dekat jalan2 sempit tuh ye.

Depan Dutch Windmill, Melaka 
Tourist dari KL
Hard Rock Cafe, Melaka Malaysia
Dalam Hard Rock Cafe, Melaka Malaysia
Picture credit: Bro
Sempat masuk dalam tuh nak tengok2 baju. Tapi takde pulak yang berkenan di mata aku dengan Mudme. Kami suke beli baju Hard Rock. Tapi takde lah gila2 kan barang2  dari Hard Rock ni. Just nak buat collection aje. Kalau Zahid memang ye. Penggila barang2 Hard Rock. Dia dah banyak kot collection baju2 dan shot glass. Kalau korang memang pengemar barang2 Hard Rock ni and nak singgah tempat ni tapi tak sure dekat mana, meh sini aku share kan location dia ye.

Hard Rock Cafe, Melaka Malaysia

Address:
No.28 Lorong Hang Jebat
75200, Melaka, Malaysia

Hours:
Restaurant
Sundays - Thursdays
11:30AM - 1:00AM
(Kitchen Closes at 10:30PM)

Fri, Sat & Eve of Public Holidays
11:30AM - 2:00AM
(Kitchen Closes at 11:59PM)

Rock Shop
Sundays - Thursdays
9:00AM - 1:00AM

Fri, Sat & Eve of Public Holidays
9:00AM - 2:00AM

Contact:
606-292 5188

Elok nak terus jalan masuk ke Jonker Street, Zahid & Ijan tak nak join pulak. Zahid dia cakap dia malas. Yang Ijan pulak  sebab semalam nye dia tak tido. So kompom lah tak larat nak jalan2. Duduk lah diorang dua dekat luar Hard Rock Cafe lepak2 situ sambil tunggu kami pusing2 dekat dalam Jonker Street. Time ni dah tak sabar nak jalan2 dalam Jonker Street.

p/s: Nak tengok apa yang ada dekat area Jonker Street? Tunggu update seterusnye ok.

6c) <b>Makanan tradisional di</b>... - Blog Makanan <b>di</b> Kelantan

Posted: 18 Feb 2014 03:04 PM PST

Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.


Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi. [1]William Marsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A Dictionary of the Malayan Language" terbitan tahun 1812.[2]
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. [3] Walau bagaimanapun, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.[4], [5]
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.


Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]


Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[1] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.


Thousand Island adalah dressing salad yang dibuat dari mayonnaise, saus tomat, telur ayam, dan berbagai sayuran yang dicincang kecil-kecil, biasanya acar timun, bawang, paprika, dan zaitun. Dressing ini selain digunakan dalam salad juga dioleskan pada roti sandwich.
Resepi Thousand Island telah dicetak sejak 1912, namun asal usulnya tidak diketahui secara pasti.


Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]
Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.
Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.[2]
Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Pekasam daging pula bukan mudah untuk dicari dan tidak ramai yang pandai memakannya. Namun setiap kali musim raya haji kebiasaan ibu saudaraku yang berada di bagan datoh, perak pastinya akan menghidangkan juadah ini. Yang pasti makan bersama nasi panas-panas sangat enak walau tiada lauk lain.


Di Melaka ada cincaluk, di Sarawak ada encaluk, di Kelantan ada budu, di Sarawak ada rusip, di Pahang ada pekasam, di Sarawak ada kasam, di Perak ada tempoyak, di Sarawak ada empuyak..
1st time aku kenal dan makan rusip semasa berada di Sarawak. Member ku yang mencadangkan makanan ni. So far, bagi aku rasanya seakan budu cuma ikannya nampak lebih besar


Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap sacara amnya adalah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kekadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
Ada sesetengah orang aku lihat tidak boleh pisah pabila makan pasti ada kicap. Nmpak yummy x gambar tu. Buah jambu susu yang masam masam manis sangat sedap di cicah dengan sambal kicap serta belacan. Buah ni sudah jarang dijual. Namun pokoknya masih utuh dan sedia berbuah mengikut musim rambutan di kampungku. Sekarang la music mnya... nyum nyum


Oleh kerana demam korea aku masih belum kebah, aku juga terpengaruh untuk makan kimchi pula. Tekak ku ni alhamdulillah masih boleh menerima makanan sebegini. Yang ni halal oke. Kat korea pon ada orang islam.
Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam.

Sharing is caring
* footnote;
Bila kita berdepan dengan kemungkaran, biarlah kita menjadi ikan di laut. Walaupun airnya masin, tetapi tubuhnya tetap tawar.

posted from Bloggeroid




@



Tempat <b>Makan</b> Yang Best <b>Di Melaka</b> Yang Wajib <b>Di</b> Singgah <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka