Assalamualaikum...
Aku nak sambung lagi cerita tempat makan yang best di melaka yang wajib di singgah & santai di Melaka ni. So kalau korang belum baca lagi yang Part1 Click Here.
Pagi lepas breakfast, dah kenyang kitorang terus masuk kereta pegi ke Bandaraya Melaka. Kitorang memang dah plan nak pegi melawat tempat2 yang ada sekitar bandar. Kalau datang je Melaka tak pernah lagi masuk Zoo atau Muzium. So kitorang bajet this time nak try masuk tempat2 macam ni. Kitorang terus parking dalam Shopping Complex Dataran Pahlawan. Lebih kurang pukul 11am sampai dekat shopping mall tu.
So kitorang pon menyusuri lah kedai2 yang ada dalam shopping mall tuh. First stop aku singgah dulu kedai henfon. Aku nak belikan dia simkad. Pilih lah untuk dia U mobile. Dah register siap semua kitorang pon keluar la dari shopping mall tuh menuju ke Red Square atau orang panggil Dutch Square. Berjalan lah kami keluar. Agak jauh jugak lah nak ke sana. Tapi sebab nama pon nak berjalan2 kan. So cuci mata je lah sepanjang perjalanan dekat situ.
|
Sambil berjalan sempat lagi berhenti selfie dengan Acap |
|
Selfie dekat pesawat ringan |
Dalam 5 minit macam tuh la kitorang sampai dekat area sini. Dekat sini time kitorang sampai ada buat macam pesta dekat situ. Ada orang buat persembahan, lepas tu ada juga jual makanan tradisional orang melayu kita dan food2 yang lain jugak. Aku banyak layankan Acap bergambar je. Sebab dia tak pernah jalan2 kat sini lagi. Atleast ada lah kenangan nanti dia dekat sini.
|
Selfie dekat keretapi lama |
|
Details rel keretapi lama |
|
Tempat bersejarah? |
Hahaha. Space kosong tuh tempat bersejarah ke? Diorang ni jahat tau. Saja je buat havoc dekat situ. Tempat tu empty space, takde ape pon. Tapi diorang saje je tunjuk2 dekat lantai tuh buat bunyi "wah... wah... wah..". Pedajal orang. Yang bro dia dari arah depan sana. Nak lalu. Bila diorang buat macam tuh dia ingat tak boleh pijak ada apa2 ke. Ntah macam mana tersalah langkah nak ke tepi lutut dia terhantuk batu tepi tu. Aduiiii sakit nye wehhh. Hahahah. Macam hampeh diorang ni tau. Orang keliling pon dok la tengok benda apa la yang bersejarah sangat atas empty space tuh. Siap berkumpul suruh selfie dekat empty space tuh. Eiii lah diorang ni.
|
Just the two of us |
|
Group photo |
|
Layan kan Acap nak naik kereta lembu |
Lepas kitorang shoot dekat area sini terus gerak pegi ke Red Square. Dekat situ la kitaorang pegi ke Stadthuys. Dia actually muzium bersejarah. Ramai orang dekat situ hari tuh. Tapi masa kami nak naik atas tetiba Ijan & Zahid tak nak pegi. Sebab dia kena mendaki bukit sikit kalau nak pegi naik atas tuh. So diorang tak nak lah tuh. Tak larat nak tolak perut naik atas kot. Hahaha. Bro memang tak nak pegi dah sebab lutut dah injured. Tak boleh nak lasak2 sangat. Naik lah aku dekat atas tu dengan Acap, Mudme & Wan.
Sedikit info pasal Stadthuys ni, dia merupakan bangunan bersejarah masa zaman abad ke-17. Dulu building nih merupakan tempat orang2 Belanda punya ofis. Maksud nye tempat pentadbiran diorang lah waktu zaman dulu tuh. Tapi sekarang dia dah jadi one of tempat bersejarah dekat Melaka.
|
Depan Kereta Bomba lama |
Kalau dari bawah memang akan jumpa pameran Kereta Bomba lama ni dulu. Dia dekat bahagian luar bangunan. So sempat la pusing2 tengok kereta bomba lama. Memang oldskol habis lah. Jom tengok skit gambar Kereta Bomba yang oldskool itu.
|
Details depan Kereta Bomba lama |
|
Yang ni nampak macam compartment tempat simpan2 barang |
|
Hose ramps |
|
Loceng. Dulu2 sirens guna loceng je lah kan. Sekarang ni kita dah ada sirens siap dengan horns lagi. pinnn... pinnn... |
|
Keterangan pasal Kereta Bomba Lama |
Lepas tuh terus je kitorang shoot dekat building Stadthuys ni pulak. Aku suke je tengok building dia yang kaler merah tuh. Ceria je rasa aura time tuh. Tapi yang paling ceria aku rasa Acap lah kot. Asik lah suruh aku shoot dia banyak2. Marilah layan kan aje ye.
|
Acap berposing sakan |
|
Depan pintu bangunan Stadthuys |
|
Building details |
|
Selagi ada ruang Acap nak posing. Aku perati je budak kecik ni hah. Hahaha |
|
Posing dan terus posing |
|
Habis kena paksa posing sana sini |
|
Three of us. Akhir nye ada lah sekeping gambar kami2 pulak. Hahaha |
|
Depan pintu pon bolehhh. Time ni aku yang paksa dia posing sakan |
Nak pegi tapi first time masuk Melaka. Takut sesat? Takpe lah aku bantu korang dengan alamat tempat ni. Nanti guna lah gps nak carik ye.
Stadthuys (Museum) - Melaka Dutch Square
Address:
Jalan Gereja,
75000 Melaka, Malaysia
Lepas je visit dekat sini, kami terus gerak. Diorang yang tak join dah pegi lepak dekat cendol area Jam Besar tuh. So kami pon terus pegi sana join diorang. Tak sabar dah nak basahkan tekak dengan cendol famous tuh.
|
Tapi jangan harap ye nak terus pegi makan cendol. Kau kena layan tourist kecik nih dulu. Nak shopping baju pulak dah. Kalah Cik Ja kau. Hahaha |
|
Cendol kacang merah |
|
Tudiaaa... cendol kacang merah, cendol mix and cendol durian Picture credit: Bro |
|
Puas dapat makan cendol tepi jalan Picture credit: Bro |
Terus terang cakap, cendol dekat Jam Besar Melaka ni korang mesti cuba ye. Rugi kalau tak cuba yang dekat sini punya. Ye tau ada banyak lagi tempat yang best, but this is must try jugak. Sebab apa aku cakap mesti cuba? Zahid yang makan cendol durian tuh siap order second round cendol durian + durian lebih lagi ye. Anak buah aku Acap yang memilih kalau bab2 makan tuh pon boleh makan habis jugak cendol durian tuh. Yang ni aku boleh katakan sebagai " the best cendol durian ever" dan "best cendol in Melaka"... haaa... gituuu.
Kalau korang ke Melaka tuh and dah lalu jalan sini sila lah berhenti ok. Gerai cendol ni right across Melaka Clock Tower tuh je. Ingattt... seberang jalan Jam Besar Melaka. Tak kiralah korang yang memang orang Malaysia ke atau nak bawak kawan2 dari luar negara ke Melaka sekalipon, mesti cuba jugak. For me lah kan, tempat ni memang sempoi dengan angin sepoi2 bahasa nye. Uhhh... nyaman. Tapi tuh la. Seat dia very limited. Time aku pegi tuh pon sebab Bo, Zahid & Ijan dah memang ada dekat situ. Jadi bila aku sampai terus je lah duduk and order. Sekali orang datang mintak 8 seat, 9 seat, 11 seat. Ye lah datang pon beramai2 bercuti bersama keluarga kan. So concept nye first come first serve lah kan. View pon tak sakit mata sangat. Seronok tengok beca2 yang colorful pusing2 lalu lalang depan korang sambil pasang lagu berbagai genre. I is like ok.
Dah puas minum cendol kitorang terus pegi pusing2 jonker street pulak. Jalan ikut lorong2 kedai. Jalan memang agak sempit lah. Kena hati2 lalu dekat area situ sebab kereta pon banyak lalu situ. Karang kalau tak hati2 tak pasal2 je kena langgar. Sambil jalan2 cuci mata tu tengok sama kereta lalu lalang dekat jalan2 sempit tuh ye.
|
Depan Dutch Windmill, Melaka |
|
Tourist dari KL |
|
Hard Rock Cafe, Melaka Malaysia |
|
Dalam Hard Rock Cafe, Melaka Malaysia Picture credit: Bro |
Sempat masuk dalam tuh nak tengok2 baju. Tapi takde pulak yang berkenan di mata aku dengan Mudme. Kami suke beli baju Hard Rock. Tapi takde lah gila2 kan barang2 dari Hard Rock ni. Just nak buat collection aje. Kalau Zahid memang ye. Penggila barang2 Hard Rock. Dia dah banyak kot collection baju2 dan shot glass. Kalau korang memang pengemar barang2 Hard Rock ni and nak singgah tempat ni tapi tak sure dekat mana, meh sini aku share kan location dia ye.
Hard Rock Cafe, Melaka Malaysia
Address:
No.28 Lorong Hang Jebat
75200, Melaka, Malaysia
Hours:
Restaurant
Sundays - Thursdays
11:30AM - 1:00AM
(Kitchen Closes at 10:30PM)
Fri, Sat & Eve of Public Holidays
11:30AM - 2:00AM
(Kitchen Closes at 11:59PM)
Rock Shop
Sundays - Thursdays
9:00AM - 1:00AM
Fri, Sat & Eve of Public Holidays
9:00AM - 2:00AM
Contact:
606-292 5188
Elok nak terus jalan masuk ke Jonker Street, Zahid & Ijan tak nak join pulak. Zahid dia cakap dia malas. Yang Ijan pulak sebab semalam nye dia tak tido. So kompom lah tak larat nak jalan2. Duduk lah diorang dua dekat luar Hard Rock Cafe lepak2 situ sambil tunggu kami pusing2 dekat dalam Jonker Street. Time ni dah tak sabar nak jalan2 dalam Jonker Street.
p/s: Nak tengok apa yang ada dekat area Jonker Street? Tunggu update seterusnye ok.