Blog Makanan di Melaka: Che Hasrah: Kosmo Online - Infiniti - Blog ... - Blog Makanan di Melaka

Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Che Hasrah: Kosmo Online - Infiniti - Blog <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka


Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Che Hasrah: Kosmo Online - Infiniti - Blog <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 07:43 AM PST

Pengangkutan awam masa depan

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
sofiatul.wanchik@kosmo.com.my

SELAMA ini, lelaki berusia 68 tahun itu tidak pernah menaiki bas untuk bergerak ke mana-mana destinasi tempatan, sebaliknya lebih suka memandu sendiri sama ada menggunakan motosikal atau kereta.

"Jika ingin pergi ke luar Melaka, barulah saya menaiki bas," ujar Wong Kiang Yong, yang ditemani isterinya, Ho Han Jah.

Namun, bas elektrik pertama negara yang telah dilancarkan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 6 Januari lalu oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menarik perhatian pasangan tersebut.

"Saya memang tidak biasa naik bas tetapi selepas membaca satu laporan akhbar mengenai ujian bas elektrik ini di terminal bas Melaka Sentral, saya dan isteri terpanggil untuk mencuba.

"Ternyata bas ini bergerak secara senyap dengan pemanduan yang lancar," jelas Kiang Yong.

Pasangan itu merupakan antara penumpang awal yang mencuba sistem pengangkutan bas elektrik pertama bernilai RM1.35 juta tersebut. Ia mula diuji untuk kegunaan orang ramai pada 8 Januari lalu.

Bas yang mempunyai kapasiti 50 penumpang iaitu 30 duduk dan 20 berdiri itu beroperasi bermula pagi hingga petang. Waktu perjalanan dilanjutkan sehingga ke malam pada hujung minggu atau mengikut keperluan.

Hasil projek usaha sama antara Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) dengan syarikat AMDAC (M) Sdn. Bhd. (AMDAC) ini selari dengan usaha kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau di Melaka.

Ia dikenali sebagai Bas Elektrik Melaka telah direka dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Automotif BYD Berhad (BYD) dari Shenzhen, China.

Selain di Melaka, kenderaan sama telah memasuki pasaran Amerika Syarikat, Belanda, China, Hong Kong dan beberapa negara maju lain sejak tahun 2010.

PAKAR Teknikal Bas Elektrik, Zaharuddin Mokhtar menyentuhkan Kad Pengecas (Charging Card) untuk tujuan imbasan sebelum mengecas bateri perkhidmatan Bas Elektrik.


Ujian percubaan

Menurut Pemangku Pengurus Besar Panorama Melaka, Mohd. Saleh Jusman, bas tersebut akan melalui ujian percubaan operasi dan pengumpulan data kesesuaian selama tiga bulan.

"Sekiranya tidak ada apa-apa halangan dan masalah, kemungkinan bas yang telah diluluskan boleh mula beroperasi di Melaka pada bulan September ini," ujarnya ketika ditemui di Melaka Sentral baru-baru ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, bas elektrik itu dijana oleh bateri ferum fosfat yang tidak mudah meletup apabila terdedah dengan kepanasan melampau.

"Bas ini juga dilengkapkan dengan sistem kawalan BMS untuk pemantauan voltan dan suhu bagi setiap bateri bagi tujuan keselamatan," katanya.

Buat peringkat percubaan setakat ini, hanya terdapat satu stesen pengecas bas elektrik terdapat di Melaka Sental. Masa yang diambil oleh bas yang mengandungi tiga bateri ini ialah lima jam bagi pengecasan penuh.

"Keupayaan bateri boleh menjana kuasa untuk bergerak lebih kurang 300 kilometer," ujarnya yang menyatakan jaminan ketahanan kadar efisien bateri ialah selama 16 tahun.

Menurut Saleh lagi, bas sistem diesel menggunakan minyak diesel yang bernilai RM170 sehari manakala bas elektrik melibatkan kos RM44.32 sehari iaitu 25 peratus daripada kos diesel.

Memandangkan bas tersebut menggunakan cas elektrik sepenuhnya, ia mampu memelihara alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

JIN YONG menunjukkan cara alat keselamatan bas yang disediakan dalam Bas Elektrik untuk memecahkan tingkap cermin jika berlaku kecemasan.


"Faedah menggunakan bas elektrik ialah tiada pencemaran bunyi dan tidak ada penghasilan karbon yang menjurus kepada pencemaran udara," tambahnya yang menggesa penduduk Melaka mencuba bas yang tidak dikenakan tambang sepanjang tempoh percubaan itu.

Hal ini diperakui oleh Pengarah AMDAC, Lai Jin Yong, yang menyifatkan bahawa kos operasi bas itu lebih rendah daripada bas diesel kerana tidak memerlukan penyelenggaraan berkala yang melibatkan kos tinggi.

"Ini ditambah dengan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam bas ini seperti sistem televisyen litar tertutup di bahagian belakang bas dan cermin tingkap mudah pecah untuk kecemasan serta 11 laluan pintu kecemasan.

"Kami juga mengutamakan tempat duduk untuk orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang lebih memerlukan seperti wanita hamil dan warga emas. Tempat duduk mereka berwarna merah berbanding ungu untuk orang biasa," jelas Jin Yong yang turut memaklumkan bahawa terdapat 1,200 buah bas elektrik yang digunakan di seluruh dunia pada masa ini.

Keselesaan

Mengutamakan keselesaan para pengguna, bas yang tertera ayat 'Melaka Go Green' ini dilihat lebih senyap, bersih dan nyaman jauh berbanding bas diesel.

Sistem penyamanan udara pada bas ini berkuasa secara maksimum kerana digerakkan dengan sistem putaran motor dan tidak menggunakan piston. Ini membuatkan bas ini terasa dingin terutamanya pada waktu siang.

Bagi memberi keselesaan dan kesenangan golongan OKU dan warga emas, sistem suspensi hidraulik yang terdapat pada bas ini menyenangkan laluan masuk dan keluar golongan tersebut.

RUANG duduk khas untuk penumpang Orang Kurang Upaya turut disediakan.


Bas yang dianggap sebagai pengangkutan awam masa hadapan akan berjalan secara percuma selama tiga bulan. Ia melalui kawasan bersejarah dan tarikan pelancong di Bandar Hilir seperti Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana.

Lebih menggembirakan hati penduduk Melaka, Saleh menjelaskan bahawa bas yang menggunakan sistem elektrik sepenuhnya ini akan mengenakan tambang yang sama dengan bas diesel.

Menjelaskan tentang bas berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar tersebut, beliau menjangkakan penggunaan bas ini akan lebih meluas untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang kerana memberikan kesan positif kepada negara.

Saleh menambah, pihaknya juga telah mengkaji beberapa laluan di sekitar bandar raya Melaka dan dijangka sebanyak lapan hingga 10 unit bas berkenaan akan digunakan sebagai peringkat permulaan apabila ia mula beroperasi kelak.

BESUT POST: <b>Makanan</b>-<b>makanan Pelik</b>... (18PL)

Posted: 19 Jan 2014 04:00 PM PST

Sebelum baca selanjutnya, sila pastikan u olsss sudah kekenyangan makan yea hehe....U olsss pernah dengar lagu nyanyian 'Jalil Hamid - MAKAN' tak??? Antara lain lirik lagu tu ada sebut'Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam'.. Hehe.. 

Sebenarnya lagu tu nak menyatakan betapa mewah dan makmurnya negara kita ni sampaikan kalau negara lain rakyatnya ada yang mati kebuluran tak makan, tapi kita lak mati sebab banyak makan. 

Tapi, untuk kali ni ai nak bawa korang melihat hidangan-hidangan pelik yang ada kat negara lain dan yang pasti, ai memang tak sanggup nak cuba walau di 'offer' macam mana sekalipun.. Tapi ai tak tahulah kalau u olsss sanggup lak mencuba hidangan yang kat bawah tu.. Huhuhu...


1. Escamoles

 
Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.


 


2. Tikus

 
Kalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negaraVietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi ai mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin danmerawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!


 

3. Kopi Luwak

  
U olsss suka minum kopi? Haaa.. ni ai nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri.. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..


 




4. Balut

 
Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..

 

5. Serangga

 
Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negaraThailand  dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana .Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklahlipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba ? Ai tak berani.. Huhu..


6. Hasma

  
Kalau u olsss nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'... Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!

Blog <b>Makanan di</b> Kuala Lumpur - Blogger

Posted: 21 Jan 2014 11:37 PM PST

SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung.

SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan.


BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu.

Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota.

"Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku.

"Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu.

"Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini.

"Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau.

Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan.

"Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata.

Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri.

Tumpuan pengunjung

Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang.

Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan.

Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih.

Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu.

Jimat masa

Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia.

JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter.


"Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara.

"Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan.

"Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil.

"Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya.

Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut.

Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam.

Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna.

"Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir.

"Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya.

Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari.

Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit.

Jadual pembersihan

Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai.

"Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi.

SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995.

Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim.

Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan.




@



Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Che Hasrah: Kosmo Online - Infiniti - Blog <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka