Blog <b>Makanan di Melaka</b>: JOM JALAN-JALAN...: 2 hari <b>di MELAKA</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: JOM JALAN-JALAN...: 2 hari <b>di MELAKA</b> <b>...</b> Posted: 20 Sep 2014 09:03 AM PDT SEPTEMBER 2014
Siapa yang tak tau tentang Melaka. Negeri peninggalan sejarah dan diiktiraf sebagai BANDAR WARISAN DUNIA oleh UNESCO. Jom...bersama dengan saya...kita tengok apa yang ada kat Melaka ni.... 1) MAKAN MALAM di DATARAN IKAN BAKAR PERNU-UMBAI Kita mulakan dengan Makan Malam dulu...Susah nak bagitau lokasi tempat ni sebab kami ikut GPS je..tiba-tiba sampai. Bila masuk je tempat ni...memang banyak kereta dan bas pelancong. Siap kena bayar parking lagi tu.Sesak dan ramai orang, meja-meja dipenuhi samaada orang tempatan, pelancong tempatan atau pelancong asing. Memang banyak gerai ikan bakar kat sini namun semua agak sunyi sepi,kurang pelanggan. Kesian tengok pekerja-pekerja kat gerai ni yang merayu-rayu supaya masuk gerai mereka. KECUALI ada satu restoran namanya IKAN BAKAR PARAMESWARA. Beratus pelanggan kat restoran ni. Nak cari meja kosong pun susah. Nak pilih ikan pun terpaksa beratur agak panjang.Tempatnya pun sangat strategik, betul-betul tepi sungai dan jeti bot-bot nelayan. Dekat 45 minit gak baru hantar makanan. Nampak meja sebelah tu satu family muka berkerut je mungkin menanti makanan yang tak kunjung tiba.Harap-harap sedap dan berbaloi la makan kat sini....Mungkin orang lain kata sedap tapi bagi kami 'biasa je' cuma seronok sebab meriah dan ramai orang je. 2) MAKAN TENGAHARI di RESTORAN ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Terletak berhadapan dengan Menara Taming Sari. Sini pun ramai orang dan asam pedasnya memang popular. Mahalnya pun boleh tahan. Memandangkan teringin sangat nak makan asam pedas Melaka maka soal harga tu terpaksa dilupakan. Selesai makan tengahari, kami singgah jap di gerai cenderahati dan gerai makanan Melaka.Betul-betul kat sebelah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. 3) MENARA TAMING SARI Ianya dianggap lokasi wajib jika berkunjung ke Melaka. Dengan bayaran dewasa RM 10 dan RM 5 bagi kanak-kanak, bersedia untuk merasai pengalaman hampir 10 minit di dalam menara berkos RM 24 juta menggunakan teknologi Switzerland yang berpusing 360 darjah dengan ketinggian 80 meter dan diiktiraf Malaysia Book Records sebagai "First Revolving Gyro Tower in Malaysia". Menariknya setiap pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari akan diberi cenderahati makanan ringan buatan Melaka dan air kotak. Jangan lupa jika berada di puncak Menara untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Selat Melaka,Sungai Melaka, Dataran Pahlawan, Bangunan & Monumen Bersejarah dan Bukit St Paul. 4) EKSPEDISI BERBECA Dengan bayaran RM 60 untuk 2 beca, kami pun meronda melihat persekitaran, bangunan dan monumen bersejarah. Beca ni akan berhenti di lokasi menarik tertentu untuk kita melihat dan mengambil gambar di tempat peninggalan bersejarah. Antaranya:
Semua orang dah tau tentang kehebatan sejarah Pokok Melaka yang mempunyai kaitan dengan Parameswara.Ketika itu beliau berehat di bawah Pokok Melaka dan tiba-tiba menyaksikan bagaimana seekor pelanduk menendang anjing pemburuan Parameswara.Selepas itu timbul ilham untuk mewujudkan penempatan baru sehingga tertubuhnya sebuah negeri diberi nama Melaka.Di sekitar ini juga terdapat kapal terbang lama dan keretapi KTMB lama yang telah menjadi sejarah. ii) KOTA A FAMOSA Kini ianya hanya pintu kota sahaja.Dulu ianya kubu pertahanan Portugis yang dibina tahun 1511 selepas Portugis berjaya menawan kota Melaka.Dibina hasil kerahan 400 hamba yang ditawan menggunakan batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar. Hebatnya kota ini yang asalnya mempunyai 8 menara kawalan dan 70 meriam berjaya menepis serangan Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Namun demikian. akhirnya kota ini jatuh juga apabila Belanda dan Johor membuat kepungan dari laut dan darat selama 7 bulan. Dalam tempoh kepungan tersebut, 7,000 orang mati disebabkan peperangan dan kebuluran.Sehinggakan mereka terpaksa makan kucing, anjing dan bayi untuk hidup. iii) REPLIKA KAPAL FLOR DE LA MAR Replika ini diabadikan di Melaka kerana ada kaitan dengan penawanan Kota Melaka 1511 melalui Afonso de Albuquerque dan akhirnya kapal ini telah karam di Selat Melaka dengan membawa berdozen emas, tembikar yang berkualiti, manuskrip berharga dan pelbagai harta yang bernilai billion pound. 5) MELAKA DUCK TOUR Bayarannya RM 38 dewasa dan RM 22 kanak-kanak. Ini merupakan pengalaman baru kami berkunjung ke Melaka. Melaka Duck Tour dikatakan pelopor kepada pengembaraan darat dan laut di Malaysia. Kenderaan dua alam ini atau dipanggil kenderaan amfibi telah wujud sejak Perang Dunia ke-2 lagi. Kerajaan Amerika cuba untuk melupuskan dan sebahagiannya diubahsuai dan dijual kepada negara tertentu bagi tujuan tarikan pelancong. Perjalanan mengambil masa 45 hingga 60 minit. Peringkat awal kami menggunakan jalan raya dan melalui Dataran Pahlawan, Megamall, Mahkota Parade dan kawasan premis perniagaan.Sambil menyaksikan pemandangan sekitar Melaka, Pemandu pelancong tak henti-henti menceritakan kehebatan pembangunan Melaka. Kami diberitahu bahawa sebahagian kawasan Dataran Pahlawan dan Pulau Melaka, dulunya adalah laut dan kemudian ditambak..ditambak..dan ditambak akhirnya jadi kawasan penempatan, perniagaan dan pelancongan yang terkenal. Selepas kami menjelajah di atas daratan kini masanya untuk kami masuk laut di Pulau Melaka. Kebetulan masa tu hari nak hujan, laut pun agak bergelora, memang basah baju kami kena tempias air laut. Sepanjang pengembaraan di laut, kami terpesona melihat pemandangan sekitar Melaka dan nampak la banyak aktiviti penambakan laut. 6) MELAKA RIVER CRUISE Dengan bayaran RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak, kami pun menaiki bot dari Jeti Muara (berdekatan replika kapal Portugis) merentasi Sungai Melaka sambil menyaksikan deretan bangunan dan kedai lama, kincir air, perkampungan Melaka, bangunan-bangunan komersial, laluan jalan kaki dan biawak yang sedang menyelinap di celah-celah pokok bakau. Boleh tahan berbau sungai ni. Kalau nak tengok keindahan lampu-lampu sepanjang Sungai Melaka ni boleh la menaiki bot waktu malam. 7) CRAFT CENTRAL Sini rupanya pusat segala macam cenderahati dan baju t'shirt. Bukan itu saja, pelbagai aneka makanan ringan, kuih muih, keropok dan makanan tradisi buatan Melaka dijual. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Replika Kapal Portugis dan Museum Samudera. 8) MASJID SELAT MELAKA Dibina di permukaan laut Selat Melaka dan dikawasan pulau buatan manusia. Terletak di Pulau Melaka dan dibuka sejak 2003 dengan kos RM 11 juta dan boleh menampung 2,000 jemaah. Datang ke Melaka, singgah la masjid ni untuk menunaikan solah. Hembusan angin Selat Melakanya cukup mengasyikan dan menenangkan ketika kita berdiri menunaikan solah. 9) ZOO MELAKA Zoo ini dibuka sejak tahun 1963 dengan keluasan 54 ekar dan merupakan kedua terbesar di Malaysia. Bayarannya pula RM 15 dewasa dan RM 6 kanak-kanak. Sebenarnya, bukan nak sangat pergi tempat ni tapi disebabkan nak bagi pendidikan untuk anak-anak, kami pun menggagahkan diri menaiki tram menyaksikan pelbagai binatang yang tidak aktif. Kalau nak kepuasan bukan di sini, pergi la Zoo Negara. | ||||
<b>Melaka</b></b> - Blog <b>Makanan di Melaka</b> Posted: 15 Jul 2014 09:05 AM PDT KRUBONG - Lambaian dan tangisan seorang wanita di sebalik pintu jeriji besi berkunci berjaya menyelamatkannya semalam daripada terus dikurung di sebuah rumah kedai di Taman Seri Krubong, di sini, dan menjadi pelacur. Mangsa berusia 22 tahun yang gagal melarikan diri kerana pintu di tingkat bawah bangunan dua tingkat berkunci, bagaimanapun, berjaya diselamatkan polis yang menerima panggilan orang awam kira-kira jam 2.30 petang semalam. Menurut sumber, mangsa yang dikurung di dalam sebuah premis di tingkat dua disedari seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan itu untuk beli makanan di kedai berhampiran. "Mangsa dikurung di dalam premis di tingkat dua hanya mampu menangis dan melambaikan tangan meminta pertolongan selepas turun ke bawah. "Pada mulanya mangsa yang jelas keletihan hanya memberitahu dia kelaparan kerana tidak makan sejak semalam sebelum memberitahu dikurung dan dilacur kepada tiga lelaki sebelum wanita yang menemuinya menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, polis kemudian bertindak memotong mangga pada pintu jeriji besi premis berkenaan untuk menyelamatkan mangsa. "Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Perak dibawa ke premis itu oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an kira-kira jam 10 malam kelmarin dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki sebelum dikurung. "Mangsa yang dikurung di premis ini sejak malam tadi (kelmarin) turun ke bawah untuk mendapatkan bantuan dan ditemui orang awam dalam keadaan keletihan kerana tidak diberi makan serta minum," katanya di sini, semalam. Salehhudin berkata, siasatan juga mendapati mangsa yang mengakui pernah berkahwin menyewa di Rembia, Alor Gajah sebulan lalu dan pernah dilacurkan di beberapa tempat sebelum dibawa ke premis berkenaan. "Mangsa mengenali suspek yang bawanya ke sini kerana dia sebelum ini pernah dilacurkan di tempat lain. Mangsa yang masih trauma dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan. "Kita percaya terdapat sekurang-kurangnya lima suspek dalam kes ini dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan," katanya. Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Lim Jak Wong ketika dihubungi berkata, premis yang berpapan tanda pejabat DAP Cawangan Seri Krubong itu sudah tidak beroperasi selepas dibubarkan beberapa tahun lalu, namun papan tanda itu lupa diturunkan. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@