Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
- Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b>
- Faiz On The Scenes - Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blogger
- Colours of Journey : CNY <b>di</b> Kampung Cheng, <b>Melaka</b>
- Awan Kasih Kami: Singgah Semalam <b>di Melaka</b>
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b> Posted: 13 Feb 2014 07:18 AM PST |
Faiz On The Scenes - Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blogger Posted: 12 Feb 2014 07:43 AM PST SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung. SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan. BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu. Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota. "Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku. "Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini. Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu. "Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini. "Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau. Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan. "Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata. Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri. Tumpuan pengunjung Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang. Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan. Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih. Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu. Jimat masa Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia. JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter. "Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara. "Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan. "Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil. "Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya. Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam. Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna. "Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir. "Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya. Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari. Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit. Jadual pembersihan Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai. "Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi. SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim. Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan. |
Colours of Journey : CNY <b>di</b> Kampung Cheng, <b>Melaka</b> Posted: 17 Feb 2014 08:06 PM PST Orang dah habis cirit makan limau aku baru sibuk nak update cerita CNY.. mula2 rasa macam tak nak up cerita pasal balik kampung masa CNY haritu.. sebab macam common sangat cerita pasal balik kampung.. tapi bila tengok ada tigaempat keping gambar yang boleh dimerapukan kat blog, aku decide untuk update jugaklah.. boleh jugak dijadikan cerita daripada terbengkalai gitu je blog ni. Berbalik kepada cerita bercuti di kampung, kitorang bertolak ke Melaka hari Jumaat pagi.. tidak lah pagi sesuboh sepi'e.. dalam pukul lapan macam tu dah ada atas hiway dah. Sampai Melaka dalam pukul sebelas pagi. Itu pun dua kali berenti.. singgah breakfast kejap kat R&R Serdang.. lepas tu berenti R&R seremban singgah kencing berak. Ini rumah arwah atok Nizam.. best woiii dok kampung angin kuat sambil melepak depan rumah. Time tengahari memang tak berani nak duduk dalam rumah ni.. boleh jadi roti bakar kau nanti. Panas nak arwah.. tapi kalau malam sejok.. Macam biasa ar kalau dok kat kampung apa je yang boleh buat pun selain duduk bawah pokok rambutan. Ni aku tengah duduk bawah pokok rambutan depan rumah lah ni.. tapi rambutan tu bukan dari pokok depan rumah tu, rambutan tu ada orang kasi.. so propa sikit dengan rambutan kononnya hehehe. Kalau agak2 bosan aku lepak kat pangkin belakang rumah pulak sambil borak2 dengan SIL.. Tau2 je lah kalau duduk kat belakang, dah lah dekat dengan dapur, ada je makanan SIL aku masak. Tak hadam makanan pagi, dia dah hidangkan pulak makanan tengahari.. itu belum masuk kuih2 lagi.. kuih semua dia buat sendiri.. aku memang kagum dengan SIL aku tu.. buat kerja pantas macam lipas kudung. Kalau dia ambik masa tak sampai satu jam masak nasi ayam kat dapur, aku pulak kau boleh kali kan dengan sifir sembilan. Sila lah kira berapa lama.. hahahaha. Malam FIL belanja makan.. yeayyyy!!! mari lah beramai2 kita mencekik tepi laut. Aku suka tempat ni.. first time datang makan kat sini. FIL aku yang suggest. Bagi aku tempat ni macam unik sikit sebab kedai dia atas pasir.. Masa sampai kedai ni aku macam pelik je.. betul ke kena berlambak makan atas pasir macam ni.. macam berkelah pulak kannn hehehe. Kat sini ada tauhu bakau, sate, otak2.. order je nanti diorang hantar. Kalau korang nak try makan kat sini, korang pergi je Pantai Puteri, nama kedai ni Nelayan Ikan Bakar.. tepi jalan je dah boleh jumpa. Sabtu tak keluar kemana.. lepak kampung je melayan anak2 & anak2 buah main game.. yang rarenya aku tengok diorang main tikam.. korang pernah main tikam?? alaaa tikam yang seposen doposen tu.. tak tau?? hurmm tak tau sudah lah.. Ahad pulak konon nak jalan2 kat town Melaka sekali SIL aku ajak pergi rumah MIL dia kat Kampung Pulai... Ok jom lah kita datang bertandang.. Sampai2 je Kampung Pulai tengok pokok mangga depan rumah dia kemain malayut-layut.. geraammmm je aku tengok.. walaupun aku tak suka makan mangga masam, tapi bila tengok banyak2 bergayut macam tu boleh buntang bijik mata. Ini part of pokok mangga depan rumah.. lupa pulak aku nak snap gambar pokok ni yang penuh dengan buah mangga.. macam ni pun kira ok lah yer hehe. Bawah pokok ni siap ada pondok tomeiiiiii.. boleh lepak makan mangga.. =) Merasa jugak duduk kat pondok ni.. dah lah tak ada pintu tak boleh nak romen2.. hahaha Open sangat pondok ni.. ;P Aku dapat snap mangga kecik ni sebijik.. itu pun yang rendah.. yang lain semua tinggi2 tak sampai aku nak snap dari dekat.. maklumlah Kak Jah kan "TINGGI" hehehe. Tu dia.. terliur tak???? ini hasil dia.. petik sendiri depan rumah, kupas kulit, terus boleh makan.. Alo Bedah!!! jangan nak meleleh sangat airliur tu.. lap sikit airliur dah menjejeh2 dah tu.. Muahahahaha ;PRumah MIL SIL aku ni dekat je dengan jetty nak ke Pulau Besar.. singgah jap tengok sampan, tongkang dan kapal kat tepi pantai. Dah petang air pun surut.. Nun kat belakang tu Pulau Besar. Tonggeng sikit2 je Khairine.. jangan lebih2.. hahahaha Ok Habis cerita hari Ahad.. Esoknya hari senin kitorang dah nak balik Kolumpor. Bertolak awal sikit takut jammed kat hiway.. so pukul 8pagi dah gerak. Otw tu aku suruh Nizam berenti kat tepi jalan yang ada signboard ni.. semata2 nak ambik gambar dengan signboard je.. hahahahaha. Sukati lah nak ambik gambar dengan signboard.. kau ada??? Habis cerita merapu aku untuk harini.. nanti Kak Jah keudara lagi dengan cerita2 lain yer.. Bai Bai =) |
Awan Kasih Kami: Singgah Semalam <b>di Melaka</b> Posted: 18 Feb 2014 05:26 AM PST Pada hujung minggu lepas, kami ke Melaka. Sebenarnya, ada urusan kerja. Alang-alang dah sampai ke sana, saya pun rancang nak tidur di Melaka satu malam. Ahad tu boleh jalan-jalan di Melaka sebelum kembali ke Putrajaya. Dalam perancangan saya, saya nak bermalam di suasana yang tenang dan nak makan ikan bakar di Umbai Melaka. Hasil carian kat Google, saya jumpa homestay yang cantik dan dekat dengan Umbai. Pak Lah Resort namanya. Terpesona! Sudah berangan la percutian yang indah lagi tenang. Hari Sabtu, selepas selesai urusan kerja, makan tengah hari kami terus ke Pak Lah Resort. Sampai di sana dalam jam 3 petang. Dapat kunci, terus masuk ke bilik. Deko bilik cantik juga. Kemas dan bersih. Cuma, bagi saya bilik agak kecil. Ada disediakan TV. Siaran pun cantik ja. Tapi, bantalnya kecil. Kurang suku saiznya kalau bandingkan dengan saiz bantal biasa.   Petang tu, dalam jam 5 lebih kami ke Umbai. Sesampai saja di sana, kami terus menuju ke kedai Parameswara. Khabarnya kedai ni masyhur, sedap masakan kat sini! Saya yang dah lama kepingin nak makan ikan bakar, terus order sotong goreng tepung, ketam goreng berempah, ikan bakar sambal dan kailan ikan masin. Cepat service kat sini. Cepat je order siap. Suami makan dulu. Tapi nampak kurang berselera. Katanya kat Ana Ikan Bakar lagi sedap. Bila saya rasa, memang ya pun. Adoi! Jauh datang. Baik saya pergi ja Ana Ikan Bakar kat Bangi tu. Walau bagaimanapun, hampir habis juga makanan tu. Sayang duit kalau tak habiskan. Erm, boleh tahan mahal. Pelik juga rasa tak seberapa, tapi ramai yang datang. Agaknya semua sama kes macam saya kot. Malam tu, kami tidur dengan suasana nyaman di Pak Lah Resort. Mula-mula risau juga tentang keselamatan. Pintu dikunci hanya menggunakan tombol semata-mata. Tiada pun selak. Tapi, bila dah lena semua tu dah lupa! Sampai ke Subuh,walaupun nyamuk dok kacau telinga. Hehe.. Esoknya selepas sarapan pagi, kami ke Kg Morten. Pening jugak nak cari kampung ni. Hajat nak masuk dalam rumah Kg. Morten tak kesampaian. Takpa lah, mungkin rezkinya di lain kali. InsyaAllah... Kesimpulannya; 1. Saya dapat percutian suasana kampung yang nyaman. Cuma kesian kat Hana. Badan, tangan kena gigit nyamuk. Banyak nyamuk sungguh malam tu. Pagi tu, masa kemas beg, hampir sepuluh ekor nyamuk keluar daripada beg. Nyamuk ni dok berkhemah sakan dalam beg tu. 2. Dapat makan ikan bakar kat Umbai. Rasa tak sesedap yang saya bayangkan. Takpa lah... pengalaman. Lepas ni pergi ja makan ikan bakar dekat Bangi tu. Saya cadangkan pengurusan Pak Lah Resort: 1. Sediakan peti ais kecil. Kemudahan asas yang selalu pengunjung perlukan 2. Tambah selak pintu. Kunci pintu guna tombol saja macam tak kunci pintu sebenarnya. Untuk Umbai pula, tukang masak kena rasa betul-betul masakan tu. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@