Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Faiz On The Scenes: <b>Makanan</b> Melayu <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
- Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Faiz On The Scenes: <b>Makanan</b> Melayu <b>...</b>
- <b><b>Pelik</b></b> Memang <b><b>Pelik</b></b> - Blog <b>Makanan di Melaka</b>
- Che Hasrah: Kosmo Online - Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blogger
- Terima Kasih lah Najib... Keranamu beras dah diturunkan harga..
- Fesyen <b>Pelik</b> Neelofa Jadi Bahan Lawak <b>Di</b> Media Sosial | Okidu <b>...</b>
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Faiz On The Scenes: <b>Makanan</b> Melayu <b>...</b> Posted: 30 Jan 2014 07:45 AM PST Assalamualaikum Hello handsome boys and fat girls. Majoriti orang melayu la yang akan baca entri ni, sebab aku tahu orang melayu sangat prihatin terhadap bangsa nya. Aku orang melayu ye. Kalau dilihat memang kebanyakkan makanan melayu memang sangat pelik. Bukan nya pelik apa tapi nama nya sahaja yang agak pelik kalau difikirkan. Mostly makanan orang lama nama nya agak pelik. (nama orang pun ada je yang pelik) However rasa makanan tersebut tak lah sepelik nama nya, tapi memang sedap-sedap. Orang lama memang pandai memasak, termasuk mak aku. Bukan nak bangga. Aku nak cerita pasal kuih-kuih yang nama nya pelik sahaja ni. 1. Kuih Ocong-ocong Dengar nama pun pelik, tapi the truth aku pun tak penah rasa, so aku tak boleh nak explain rasa nya macam mana. Maybe korang pernah. 2. Kuih Serabai Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Nama je serabai, nampak kemas je. 3. Kuih Batang Buruk Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng. Tak nampak ada batang pun, and langsung tak nampak buruk. 4. Kuih Goyang Err... 5. Kuih Isabella Kuih Isabella merupakan sejenis kuih yang mula popular semasa penayangan filem Isabella. Namanya diambil dari filem tersebut. Kenapa tak ada kuih Nur Kasih. 6. Kuih Jemput-jemput Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.Sesuai bagi event untuk menjemput sesiapa. 7. Kuih Butir Nangka Tak ada langsung kaitan dengan nangka, mungkin la ada bentuk sikit. 8. Kuih Tahi Itik Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.Bila dengar nama tak ada selera nak makan. 9. Kuih Nagasari Kuih Nagasari merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan ubi kayu yang diparut dan dicampur dengan pisang nangka. Kuih Nagasari ini kemudiannya dimasak dengan cara dikukus. Mana entah dapat nama Nagasari tu. Naga + Sari kot. 10. Kuih Cek Mek Molek Kuih Cek mek molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Tak tahu la ada kaitan tak dengan Datuk M.Daud Kilau. Okey lah, thats all at the moment. Sebenar nya ada lagi bermacam-macam jenis nama kuih tradisional melayu yang pelik-pelik. Even nama nya yang pelik-pelik pon dekat Malaysia ramai yang obesiti sebab terlebih makan.Makan makanan barat siapa suruh.For those yang rasa kuih-kuih ni menarik kecuali kuih tahi itik, boleh la suruh mak korang masakkan ye. Sumber dari sini. |
<b><b>Pelik</b></b> Memang <b><b>Pelik</b></b> - Blog <b>Makanan di Melaka</b> Posted: 17 Jan 2014 07:42 AM PST Sorry, the blog at kopilekat.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs. Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the Web, where is it?' |
Che Hasrah: Kosmo Online - Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blogger Posted: 29 Jan 2014 07:22 AM PST SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung. SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan. BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu. Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota. "Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku. "Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini. Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu. "Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini. "Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau. Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan. "Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata. Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri. Tumpuan pengunjung Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang. Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan. Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih. Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu. Jimat masa Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia. JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter. "Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara. "Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan. "Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil. "Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya. Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam. Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna. "Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir. "Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya. Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari. Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit. Jadual pembersihan Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai. "Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi. SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim. Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan. |
Terima Kasih lah Najib... Keranamu beras dah diturunkan harga.. Posted: 11 Feb 2014 08:31 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 29 Januari lalu telah melancarkan Kempen Penurunan Harga di 10 pasar raya terpilih di seluruh negara bagi mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup. "Dengan kempen ini, pasar raya terlibat akan menawarkan pengurangan harga antara 15 hingga 70 peratus", katanya ketika melancarkan kempen itu di pasar raya Econsave di Balakong dekat sini, Fasa pertama kempen enam bulan itu disertai 10 syarikat yang mengusahakan pasar raya tempatan dan asing. Ia termasuk pasar raya Econsave, KK Mart, Aeon, Aeon Big, Tesco, 99 Speedmart, NSK Segi Fresh Mart dan Giant. Lebih daripada 955 cawangan pasar raya itu di seluruh negara mengambil bahagian dalam kempen itu. Antara barangan keperluan harian yang disenaraikan dalam kempen itu ialah produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, minuman serta keperluan bayi dan kanak-kanak. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Najib yakin kadar penurunan harga yang besar itu dapat dirasai rakyat selaku pengguna, sekaligus memberi manfaat kepada mereka dalam menangani kenaikan kos hidup semasa. Menegaskan komitmen padu kerajaan dalam usaha menangani kenaikan harga barangan, beliau menggariskan empat langkah utama yang diambil kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka. Ini termasuk membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran diri selain memperkenal langkah penetapan gaji minimum bertujuan membantu rakyat meningkatkan pendapatan. Pemberian bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang kini dinikmati lebih tujuh juta isi rumah, baucer buku dan bantuan persekolahan juga mampu menangani kenaikan kos hidup rakyat, katanya. Najib berkata program dengan kerjasama swasta seperti Kedai Rakyat 1Malayia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia yang menawarkan barangan dan perkhidmatan dengan harga lebih murah juga antara langkah kerajaan selain aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan tegas berhubung harga barangan oleh agensi berkaitan terutamanya KPDNKK. Perdana Menteri turut menegaskan isu kenaikan harga perlu ditangani bersama oleh semua pihak lapor Sinar Harian di SINI .. Oleh itu sebagai penghargaan buat Najib akan kesungguhannya menangani kenaikkan harga barang akibat kebodohannya sendiri dalam mentadbir ekonomi negara bersamlah kita mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya. Ini kerana disebabkan usahanya itu bersa telah diturunkan harga oleh sebuah pasaraya.. Beras 'Super Tempatan' yang dulunya berharga RM24.00 untuk 10 Kilogram telah diturunkan menjadi RM23.99 Penurunan itu dijangka mampu mengurangkan beban hidup rakyat yang dihimpit kenaikkan harga barang.. Ooppss .. bukankah harga RM23.99sen masih dikira pelanggan kena bayar RM24.00 juga? |
Fesyen <b>Pelik</b> Neelofa Jadi Bahan Lawak <b>Di</b> Media Sosial | Okidu <b>...</b> Posted: 08 Feb 2014 09:43 PM PST Tak sampai sebulan pulang ke tanah air selepas menyambung pengajiannya di New York, nama Neelofa Mohd Noor kembali hangat diperkatakan peminat industri hiburan seni tempatan. Ini gara-gara fesyen pakaian pelik yang digayakannya semasa mengacarakan Anugerah Meletop Era yang bersiaran langsung dari Stadium Bukit Jalil, semalam. Rata-rata ramai mempersoalkan keberanian Neelofa menggayakan dua pakaian berwarna merah jambu dan hijau tersebut yang dilihat seakan menyerupai kostum watak animasi popular suatu ketika dahulu.
Pakaian fit berwarna pink ala power rangers dan pakaian renang itu difahamkan direka oleh Wanpa sementara yang berwarna hijau hitam direka oleh Hatta Dolmat. Adakah Neelofa memang sengaja mahu membuat kelainan dalam memenuhi tema majlis tersebut ataupun pereka fesyen itu memang saja mahu 'memalukan' Neelofa? Hai, memang tak patutlah.. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@