Blog Makanan di Melaka - Blog Makanan di Melaka

Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blog Makanan di Melaka


Blog <b>Makanan di Melaka</b>

Posted: 17 Nov 2014 09:57 AM PST

Baba dan Nyonya merupakan satu tradisi yang di percayai bermula sejak  era Pemerintahan dinasti ming pada abad yang ke-15, apabila seorang saudagar dari negara tanah besar china yang di kenali sebagai Baba datang ke tanah melayu untuk berdagang di selat negeri melaka dan akhirnya jatuh cinta pada gadis melayu yang bernama Nyonya.

Hasil perkahwinan mereka mencentus tradisi baba & Nyonya yang kekal hingga ke hari ini kerana keunikan gabungan dua budaya yang berbeza yaitu China dan Melayu, dari situlah bermula era Baba dan Nyonya yang terkenal dengan keunikan budaya, pakaian hinggalah pada makanan, dan apa yang penting mereka tetap mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda Baba dan nyonya.

keunikan dan kemeriahan budaya baba & nyonya ini dapat anda saksikan dan rasai sendiri di Melaka Nyonya Village yang terletak di negeri melaka, apa yang menarik lagi, selain dari anda akan di hidangkan dengan makanan tradisi keluarga baba & Nyonya anda juga akan di hiburkan dengan persembahan tarian tradisional baba & nyonya dan pertunjukan fesyen baba dan nyonya.

status halal dan kebersihan makanan di melaka Nyonya village ini tidak perlu anda risau kerana kami sendiri di bawa ke dapur mereka dan memeriksa sendiri bagaimana mereka menyediakan makanan, hmm kami sangat berpuas hati dengan kebersihan dapur mereka, dan apa yang paling penting makanan di sini sangat sedap.

kami cadangkan sekiranya anda ke melaka jangan lupa untuk singgah ke Melaka nyonya Village.
untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi mereka di...
tell: 06-2831178 Fax: 2831173
www.babanyonyamelaka.com




@



Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blog Makanan di Melaka