Fuud & Co, Ayer Keroh, Melaka Sediakan Makanan Laut Dan Barat ... - Blog Makanan di Melaka

Fuud & Co, Ayer Keroh, <b>Melaka</b> Sediakan <b>Makanan</b> Laut Dan Barat <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka


Fuud & Co, Ayer Keroh, <b>Melaka</b> Sediakan <b>Makanan</b> Laut Dan Barat <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2015 04:51 PM PST

Kami sampai di depan Fuud & Co., Ayer Keroh, Melaka. Nampak rak barangan bak kedai runcit di dalam. Kami berpandangan sesama sendiri. Tolak pintu, nampak susunan meja-meja kayu dari bahan kitar semula. Agak keliru, kami tetap melangkah masuk dan bertanya. Ya, kami tidak tersalah premis, di sinilah Reddish Bucket dan Mea+ness beroperasi.

01 F&C Front

Menempatkan Daily Market & Café di bawah satu bumbung, pemilik Fuud & Co. iaitu Tuan Khalid Al-Walid menerangkan kepada kami konsep yang cuba dibawa.

02 F&C Owner

Daily Market mengfokuskan kepada jualan makanan sejuk beku dan kering keluaran Muslim. Sehingga kini ia telah memberi ruang kepada lebih 20 vendor dengan lebih 30 jenama pelbagai produk.

03 F&C Interior

Manakala cafe pula terbahagi kepada 2 cafe iaitu Reddish Bucket yg menyajikan makanan laut lambak manakala cafe kedua ialah Mae+ness yang menyajikan makanan barat berasaskan daging ayam, ikan, kambing dan lembu.

Ya, hadirnya kami disini untuk merungkaikan segmen yang ke 2 itu.

BACA: Nikmati Hidangan Seisi Keluarga Yang Memuaskan Di Baba & Co., Sunway Giza Mall Kota Damansara

Reddish Bucket – Makanan Laut Lambak.

Menjanjikan pilihan makanan laut segar, pelanggan boleh memilih dari menu yang tertulis di papan hitam untuk dilambakkan bersama sebagai hidangan kelak. Setiap item yang tersenarai adalah dalam timbangan 150gm ke 200gm.

04 F&C Reddish Menu

Atau boleh dipilih sendiri di dalam cooler box ini.

04 F&C Reddish Menu2

Istimewanya, tim kami diberi peluang untuk menangkap sendiri udang krai (crayfish) yang masih hidup dalam akuarium untuk dijadikan mangsa lambakan.

05 F&C Reddish Crayfish

Selebihnya, kami serahkan pada yang pakar, yakni pemilik restoran untuk melengkapkan sajian buat kami.

Lebih kurang 20 minit kemudian, inilah hasilnya…

06 F&C Reddish All siap

Menggiurkan? Dimasak dengan 2 jenis masakan – Sambal Sensation dan Butter Lemon Sensation, kedua-duanya memberi kesedapan rasa tersendiri.

Sambal Sensation – Pedas sambalnya menaikkan rasa dan semangat untuk menjamah pelbagai jenis makanan laut ini. Apatah lagi dengan isi ketam, udang, sotong, kupang serta pepahat yang semuanya dirasa masih segar.

07 F&C Reddish Sambal

Butter Lemon Sensation – Masakan ini adalah lawan yang berpadanan dengan masakan sambal tadi. Rasa lemak kemasaman yang tidak begitu kuat amat menyelerakan.

08 F&C Reddish Lemon

Kedua-dua masakannya amat sedap dan saling mengimbangi rasa keseluruhannya.

Apa yang boleh kami simpulkan, menikmati hidangan sebegini bukan hanya soal rasa atau persembahan sahaja yang diutamakan, tapi pengalaman menjamu selera secara lambak dan santai juga memberi keseronokan tambahan buat pengunjung.

Menurut Tuan Khalid lagi, bukan kerana terikut-ikut dengan konsep makanan laut lambak yang seakan sudah menjadi trend masa kini, ide Reddish Bucket timbul ketika beliau menikmati hidangan sebegini di salah sebuah restoran di Louisiana, Amerika Syarikat tidak lama dahulu. Namun atas faktor-faktor tertentu, baru sekarang ia dapat direalisasikan.

BACA: Restoran Cina Muslim Amber, Menu Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Murah Tak Terduga

Selesai makanan laut, kami beralih pula ke dapur western iaitu Mea+ness.

Terdapat 8 hidangan utama di sini iaitu Mea+ness Ball Nation, Mea+ness Carbonara, Mea+ness Wrap, Mea+ness Oceanus, Mea+ness Lamb Grill, Mea+ness Crispy Drummet, Mea+ness Puff Pie serta Mea+ness Bolognese.

09 F&C M+ Kitchen

Mea+ness Ball Nation adalah set bebola daging bersama kentang goreng, salad dan jagung. Hidangan signature ini sangat enak dengan bebola daging homemade yang telah diadun dengan sedikit rasa rempah. Tekstur dagingnya agak kasar dengan serat daging namun masih lembut bila dikunyah. Dihidangkan bersama sos istimewa, kami rasakan ianya pilihan terbaik buat penggemar meatball.

10 F&C M+ Ball Nation

Mea+ness Carbonara pula adalah set hidangan spaghetti bersama bebola daging yang sama. Terasa keju pada sos krim putihnya, cuma kami rasakan ia agak terlalu cair. Jika pekat sedikit rouxnya pasti akan lebih ummph!

11 F&C M+ Carbonara

Mea+ness Bolognese pula adalah hidangan bebola daging berkuahkan sos bolognese. Dengan kombinasi rasa yang seimbang, kami percaya ia hidangan yang boleh memberi kepuasan kepada peminat spaghetti bolognese.

12 F&C M+ Bolognese

Ini menarik. Mea+ness Puff Pie namanya. Pastri yang dipanggang segar dan dicicah pula dengan kuah krim putih berkeju yang berisi cendawan. Memang kena!

13 F&C M+ PuffPie

Mea+ness Wrap juga sedap dimakan. Bebola daging dibungkus bersama kepingan salami dan juga salad di dalam gulungan roti pita. Disertakan kentang goreng dan juga jagung

14 F&C M+ Wrap

Bukan penggemar bebola daging? Ada juga Mea+ness Lamb Grill, daging kambing panggang buat anda atau boleh juga mencuba Mea+ness Crispy Drummet, ayam drummet digoreng rangup.

Kami memilih untuk mencuba Mea+ness Oceanus sebagai hidangan seterusnya. 3 keping fillet ikan dori ini memberikan rasa yang cukup memuaskan. Porsi hidangannya yang besar (dan banyak) memang cukup sebagai hidangan makan tengahari.

14 F&C M+ Oceanus

Kesemua sajian Mea+ness dihidangkan di dalam bekas yang 'sedia dibawa pulang'. Sekiranya anda tidak mampu habiskan makanan anda di café ini, tutup bekasnya dan terus dibawa pulang. Jangan lupa bayar pula ya!

Air minuman dengan pelbagai pilihan pula diberi free flow buat yang menikmati hidangan di Fuud & Co ini. Menarik bukan?

16 F&C M+ Drinks

Fuud & Co. juga menawarkan peluang pendapatan tambahan terutamanya kepada runner pejabat melalui komisen jualan juadah Mea+ness. Mereka boleh membuat pesanan awal terlebih dahulu dan datang untuk pungutan kemudiannya.

BACA: Ini Apa Yang Saya Rasai Selepas Menginap Di The Hut, Serkam, Melaka

Selain dari itu, dikatakan pelbagai promosi sedang berlangsung di Fuud & Co untuk kedua-dua café. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melawati laman Facebook mereka.

17 F&C All

Apa lagi rakyat Melaka, cerita banyak pun tiada guna. Bersiap siagalah semua untuk menyerang, menjamu selera. Pasti pulang kenyang dan hati gembira. Mereka semua sudah merasa. Kalian pula bila? Ewah, bermadah pula saya.

Nama Premis : Fuud & Co
Lokasi : 9, Jalan TU49A, Boulevard Business Centre, Tasik Utama, MITC. (waze)
Layari laman Facebook dan Instagram.
Waktu beroperasi : Isnin – Sabtu, 11am – 11pm

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

<b>Makanan</b> sejuk beku dari <b>Melaka</b> dapat sambutan pada HPPNK 2015

Posted: 29 Nov 2015 08:01 AM PST

KOTA SAMARAHAN: Makanan sejuk beku popular dari Melaka antara produk yang mendapat sambutan hangat pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 di pekarangan Dewan Suarah Kota Samarahan sejak dibuka Jumaat lalu.

Tinjauan Utusan Borneo di gerai jualan Noormala Ismail, 42, dari Melaka yang menjual barang makanan sejuk beku seperti otak-otak popia, sata daun, otak-otak daun nipah dan jejari otak-otak mendapati ia laris bagaikan pisang goreng panas.

Produk buatan sendiri yang hanya dipasarkan di Melaka, Negeri Sembilan dan Perak itu kini boleh didapati di Kota Samarahan yang dijual pada harga berpatutan.

"Saya bawa 22 karton pelbagai jenis makanan sejuk beku yang terdiri daripada otak-otak popia, sata daun, otak-otak daun nipah dan jejari otak-otak. Kini hanya beberapa bungkus sahaja yang tinggal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Noormala berkata memberitahu kesemua produk sejuk bekunya itu dihasilkan menggunakan 100 peratus isi ikan kerisi dan parang.

"Sebab itu slogan kami 'Sedap Di Mulut Puas Di Hati' kerana kami mahu pelanggan berpuas hati dengan produk yang kami jual kepada mereka," jelasnya.

Menceritakan kisah hidupnya, Noormala memberitahu, beliau mula menjalankan perniagaan menjual otak-otak secara kecil-kecilan di rumah pada awal 2005.

Hasil kegigihannya untuk berjaya dalam perniagaan, beliau akhirnya berjaya membuka kilang memproses makanan sejuk beku dan kini mempunyai 22 kakitangan.

Selain makanan sejuk beku milik Noormala, keropok lekor dan bebola roti canai Melaka milik Nor Harzelinda Mohd Ibrahim juga mendapat sambutan hangat daripada penggemar yang berkujung ke situ.

"Saya bawa 300 kilogram keropok lekor dan bebola roti canai dan kini hampir kesemuanya habis dijual dalam masa tiga hari sahaja.

"Saya tidak tahu nak jual apa esok (hari ini), mungkin kami agihkan kad perniagaan kami kepada orang ramai yang datang sahaja kerana saya pasti kesemuanya akan habis dijual pada hari ini (semalam)," katanya.

Nor Harzelinda memberitahu, resipi tradisional yang digunakan dalam memproses keropok lekor menjadikan ia sangat istimewa dan sedap dimakan.

"Kami gunakan 60 peratus isi ikan dari Melaka dan selebihnya tepung bagi memastikan ia empuk dan sedap dimakan ketika panas mahupun sejuk," jelasnya.

Kini keropok lekor dan bebola roti canai Nor Harzelinda dipasarkan di 180 kedai di Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

"Pada bulan depan kami akan memperluaskan pasaran ke Brunei kerana terdapat permintaan tinggi di situ dan insya-Allah kami akan menjualnya di Sarawak ekoran kami masih mencari pengedar untuk pasaran di sini," ujarnya.

Sambutan pada hari ketiga HPPNK 2015 sejak dibuka Jumaat lalu berjaya menarik puluhan ribu pengunjung berkunjung di 380 ruang pameran dan jualan yang disediakan dengan melibatkan 80 agensi dan 300 usahawan seluruh negara diadakan hingga 3 Disember ini.

Print Friendly

MAKANAN TRADISIONAL MELAKA - Blog <b>Makanan di Melaka</b>

Posted: 17 Nov 2015 09:07 PM PST

Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola

Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke...

So mari kita cerita pasal makanan...

Sebab semua orang suka makanan!

Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :)

Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :)

Laksa Johor

Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti,

Class gitu orang johor ni,

Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri

Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya

Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, 

bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang.

Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat

Mee Bandung 

Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar

Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain

Mee Bandung Muar tiada tandingannya !

Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya

Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat

Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit

Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam

Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2

Mestilah cukup pedasnya :)

Soto

Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun

Kalau LA lebih prefer soto bihun

LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya,

sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil

Nasi Ambang 

Subhanallah, kecur tengok gambar ni

Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang

Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata

Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya

Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas

Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng

Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea?

Gerenti puas hati :)

Telur Pindang

LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu

Datang kempunan nak makan telur pindang

Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat

Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang'

Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang

Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor

Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang

Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya.

Rasanya sangat sedap :)

Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang

Kacang Pool

LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool

Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam

Haha tak pastilah pulak,

Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin

Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :)

Mee Rebus Johor

Urmmm...sedap jugak ni

Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan

Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi

Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat

Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau

Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus

Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid

Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor

Botok-botok

Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik

Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang

Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan

Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni

Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar

Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang

Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, 

daun kesum, daun cekur dan daun kunyit.

Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus

Lontong 

Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong

Lontong kuah dan Lontong kering

Kalau LA lebih prefer lontong kering 

Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah

Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja 

Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak

Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil

Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum

Briyani Gam Johor

Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia

Senang kata briyani yang paling wanted lah

Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak

Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni?

First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor

Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi

Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah

LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. 

Asam Pedas Johor

Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka

Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri

Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza

Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya

Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... 

Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru

Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada

Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan

Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung

Otak-Otak

Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati

Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor

Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas

Otak-otak ni isi ikan yang berempah

Tempat lain pun ada juga kalau tak silap

Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :)

Dan berbeza dengan negeri lain

Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini

Air Kathira

Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor

Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar

Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya.

Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan

Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :)

Hampir Putus <b>di Melaka</b> | backpackstory

Posted: 27 Nov 2015 09:16 AM PST

Hampir Putus di Melaka | backpackstory

Archives

Return to top

Blog at WordPress.com.

The Duet Theme.

Lauk &#39;Haram Jadah&#39; - Blog <b>Makanan di Melaka</b>

Posted: 29 Oct 2015 09:02 AM PDT


Abstrak

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Aspek tersebut menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut. Objektif lain yang turut dikaji adalah berkenaan pemahaman tahap dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dalam kalangan masyarakat sekitar Melaka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Seramai 30 responden telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, hubungan antara tahap perpaduan dan makanan bagi setiap kaum adalah memuaskan. Oleh itu, makanan memainkan peranan yang penting dalam memupuk hubungan yang erat antara kaum utama di Malaysia. Pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas lagi supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia.

Kata Kunci: perpaduan kaum, makanan tradisi

1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai dipenuhi oleh penduduk yang berbilang kaum. Hari ini, kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 57 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal dengan sifat peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan silaturrahim dan menguatkan perpaduan antara satu sama lain. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan pelbagai lagi. Dalam kajian ini, kami telah memilih untuk mengkaji bagaimana tradisi makanan sesuatu kaum itu dalam menyumbang ke arah perpaduan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. Pada hari ini, makanan bukan penghalang untuk mengeratkan perpaduan sesama kaum. Roti canai, nasi lemak, lontong bukan hanya di makan oleh kaum Melayu, tosei, capati dan roti nan bukan sahaja untuk kaum India, yong tau fu bukan hanya dimakan oleh kaum Cina tetapi tanpa mengira bangsa dan kaum, makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja, bukan mengira Melayu, Cina ataupun India. Jadi sememangnya, pada hari ini, boleh dikatakan makanan tradisi kaum dapat mempengaruhi perpaduan di negara ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, lokasi kajian ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan sekitar Melaka. Terdapat 30 orang responden yang telah diplih secara rawak yang terdiri daripada 20 orang pelajar UTeM dan 10 orang awam sekitar Melaka.

1.2 Objektif Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, tiga objektif telah ditetapkan untuk dicapai. Pertama, mengenal pasti makanan yang terkenal di antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kedua, mengetahui keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut dan ketiga ialah membincangkan bagaimana keunikan makanan tradisi setiap kaum ini mampu untuk membentuk perpaduan antara kaum.

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini telah dijalankan atas dasar dapat mengenal pasti makanan tradisi tiga kaum terbesar di Malaysia. Kajian ini juga dapat menunjukkan betapa makanan tradisi dapat membentuk perpaduan kaum di Malaysia.

2.0 SOROTAN KAJIAN

"Bagai aur dengan tebing" merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

Kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mendapati masyarakat pada hari ini tidak lagi menampilkan cirri-ciri perkauman yang kental dalam beberapa aspek kehidupan mereka. Ini tentulah sesuatu petanda yang positif bagi masa depan sebuah negara berbilang kaum di Malaysia. Sikap masyarakat pada hari ini seperti yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia itu mencerminkan penerimaan mereka yang baik tanpa prejudis terhadap semua kaum di Malaysia.

Masa depan ekonomi negara juga diyakini akan bertambah baik dan ini tentulah akan dapat mengekalkan keharmonian di antara kaum. Hasil kajian ini membuktikan bahawa majoriti menyatakan keadaan ekonomi semakin baik jika perpaduan terjalin antara masyarakat di Malaysia. Berdasarkan sejarah dan pengalaman negara ini, masalah ekonomi dapat memberi kesan terutama kewujudan jurang antara kaum dan ini jika tidak dibendung akan dapat mencetus rasa cemburu sehingga membawa kepada permusuhan antara kaum.

Pada hari ini, kita melihat orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak, manakala orang Melayu memakan mi, kueh tiaw, yong tau foo, roti nan, capati dan tosai. Demikian pula orang India makan apa saja yang dimakan oleh rakan mereka dalam kalangan Melayu dan Cina.

Nasi lemak adalah contoh makanan orang Melayu yg dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dan ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air dan santan kelapa yang kemudiannya ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan dikukus dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka. Putu mayam adalah contoh makanan masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di Malaysia.

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji-bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negera China seperti yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Perayaan besar disambut bersama dengan menghidangkan makanan pelbagai kaum. Hakikatnya jelas, dengan hanya makan, kita boleh menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam perhubungan walaupun hanya sekadar beberapa inci. Semua ini terhasil daripada jalan awal yang inginkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Semua ini akan terus menjadi ikon yang menjadi identiti sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ikon yang menjadi identiti sebuah bangsa Malaysia yang aman dan harmoni.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian, kajian soal selidik, dokumentasi dan temu bual.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Aspek-aspek yang diguna pakai dalam kajian ini antaranya ialah pendekatan kajian, kaedah persampelan, cara pengumpulan data, teknik memproses dan menganalisis data dan penulisan laporan. Reka bentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan (survey). Dalam kajian ini, tinjauan dibuat di sekitar kawasan Melaka untuk mendapatkan pandangan penduduk tentang hal-hal berkaitan dengan perpaduan kaum melalui makanan tradisi.

Manakala reka bentuk kajian kualitatif yang digunakan ialah kajian etnografi dan kajian sejarah. Dalam kajian kes, kajian etnografi digunakan bagi mengkaji ciri-ciri makanan tradisi dalam kalangan penduduk di Melaka. Kajian sejarah pula digunakan bagi mengkaji rekod dan penulisan lampau antaranya dapatan daripada jurnal untuk dikaitkan dalam kajian perpaduan melalui makanan tradisi.

3.2 Sampel Kajian

Ketika melakukan survey (tinjauan) borang kaji selidik telah diedarkan. Sampel terdiri daripada responden di sekitar Melaka. Seramai 30 orang pelbagai bangsa telah dipilih secara rawak bagi menjalankan tinjauan ini. Setiap kaum dari Melayu, Cina dan India dipilih seramai sembilan orang manakala tiga orang dari lain-lain kaum.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen utama kajian ini ialah soal selidik di mana kami telah mengedarkan borang kaji selidik kepada penduduk sekitar Melaka. Instrumen kajian kualitatif pula ialah soalan temu bual tidak berstruktur. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS.

4.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan keseluruhan hasil kajian yang dijalankan. Selain itu, rumusan akan dibuat mengenai pengaruh makanan tradisi sesuatu kaum dalam perpaduan rakyat Malaysia.

Taburan Jadual 1 di atas, menunjukan kekerapan pengambilan makanan tradisi lain dalam semingu. Taburan ini menunjukan bahawa jumlah responden tertinggi ialah tiga hingga lima kali seminggu dalam pengambilan makanan kaum lain. Untuk kekerapan sekali hingga dua pula menunjukan hanya tiga responden sahaja. Responden yang mengakui amat kerap menjadikan makanan tradisi kaum lain sebagai menu pilahan mereka pula ialah enam responden.

Berdasarkan Rajah 1 di atas, dapat dilihat nasi lemak menjadi pilihan tertinggi dalam kaji selidik ini. Nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char kuey teow pula mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih makanan tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam dan kuih bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu.

Berdasarkan Rajah 2 di bawah, sebanyak 80% responden sangat setuju dengan pendapat kajian yang menyatakan makanan tradisi kaum mempengaruhi hidup mereka. 15% pula hanya menyatakan yang mereka bersetuju dengan pendapat sedemikian. Selain itu, hanya 5% sahaja yang tidak bersetuju.

Pengkaji membuat perbincangan berdasarkan kepada borang kaji selidik yang telah diproses, iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merupakan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, tempat tinggal, umur dan pekerjaan. Bahagian B pula merupakan soalan yang berkaitan dengan kaji selidik. Soalan ini ditanya untuk mengukuhkan objektif kajian dimana makanan tradisi kaum boleh membentuk perpaduan bangsa. Selain itu, tujuan lain kajian ini adalah untuk memperkenalkan makanan tradisi kaum lain kepada masyarakat lain.

Hasil kajian menunjukkan tidak kira latar belakang mereka siapa dan dari mana asal mereka, responden memberi respon yang baik untuk setiap makanan tradisi kaum lain. Ini menunjukkan bahawa masyarakat di Melaka ini mempunyai pengetahuan tentang makanan tradisi kaum lain. Selain itu, dalam kehidupan harian, kita dapat melihat makanan tradisi sesuatu kaum ini bukan hanya boleh dimasak oleh kaum sendiri sahaja tetapi oleh bangsa lain juga. Sebagai contoh, nasi lemak juga dimasak dan disediakan oleh orang India dan roti canai juga dibuat oleh orang Melayu dalam perniagaan warung mereka.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, pola pengambilan responden terhadap makanan tradisi kaum lain amat kerap iaitu di antara tiga hingga lima kali seminggu. Ini memberi respon positif bahawa masyarakat di Melaka ini boleh menerima makanan tradisi kaum lain. Di samping itu, ramai yang mengakui yang pengambilan makanan tradisi kaum juga mempengaruhi hidup mereka. Ini bermakna, apabila mereka menyukai sesuatu makanan tradisi kaum lain, mereka akan berusaha untuk mempejari atau mengetahui cara penyediaannya.

Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan juga, boleh dilihat yang pengambilan makanan tradisi kaum lain amat mempengaruhi perpaduan antara masyarakat di sini. Hampir semua responden (80%) bersetuju bahawa perpaduan boleh terbentuk melalui pengambilan makana tradisi kaum lain. Mereka memberi pandangan bahawa makanan tradisi kaum amatlah penting didalam kehidupan sesuatu kaum. Selain itu, amalan penyediaan dan memasarkan makanan tradisi ini perlu dikekalak agar ia tidak dilupakan oleh generasi sekarang dan yang akan datang. Antara pandangan lain pula, makanan tradisi sememangnya dapat diterima oleh semua golongan masyarakat. Hal ini disebabkan penyediaan makanan tradisi kaum agak mudah dan ringkas sahaja.

Berdasarkan kajian, nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char kuey teow pula mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih makanan tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam dan kuih bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu. Ini menunjukkan bahawa responden tidak memilih makanan untuk dimakan dan mereka mengenali makanan yang dipilih dengan baik.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Melaka ini. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kajian ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum.

Berdasarkan kajian, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Dimana dapat dibuktikan melalui analisis data dan borang kaji selidik. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanana tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkattempatan malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.
 Rujukan

Noor Risma Salfina Muhammad Rozali, Sulaiman Zakaria. (2006). Membanteras vandalism: siri tangunggjawab sosial. Kuala Lumpur: Pintar Firus.

Haliza Jelani. Kepentingan Perpaduan Kaum, diakses dari http://psksksd.blogspot.com/2010/07/kepentingan-perpaduan-kaum.html

LvBala. Makanan Malaysia Lambang Perpaduan, diakses dari http://lvbala.blogspot.com/2008/11/makanan-malaysia-lambang-perpaduan.html

Zahir Zainudin, Ernifarha Ab Rahim, Cheristina Anak Lily, Nur Husyani Mohd Hussein, Murnie Shakilla Shidan, Siti Noratika Othman

 

 



@



Fuud & Co, Ayer Keroh, <b>Melaka</b> Sediakan <b>Makanan</b> Laut Dan Barat <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka