JOM JALAN-JALAN...: 2 hari <b>di MELAKA</b> : <b>Melaka</b> River Cruise <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
JOM JALAN-JALAN...: 2 hari <b>di MELAKA</b> : <b>Melaka</b> River Cruise <b>...</b> Posted: 16 Sep 2014 02:02 AM PDT SEPTEMBER 2014
Siapa yang tak tau tentang Melaka. Negeri peninggalan sejarah dan diiktiraf sebagai BANDAR WARISAN DUNIA oleh UNESCO. Jom...bersama dengan saya...kita tengok apa yang ada kat Melaka ni.... 1) MAKAN MALAM di DATARAN IKAN BAKAR PERNU-UMBAI Kita mulakan dengan Makan Malam dulu...Susah nak bagitau lokasi tempat ni sebab kami ikut GPS je..tiba-tiba sampai. Bila masuk je tempat ni...memang banyak kereta dan bas pelancong. Siap kena bayar parking lagi tu.Sesak dan ramai orang, meja-meja dipenuhi samaada orang tempatan, pelancong tempatan atau pelancong asing. Memang banyak gerai ikan bakar kat sini namun semua agak sunyi sepi,kurang pelanggan. Kesian tengok pekerja-pekerja kat gerai ni yang merayu-rayu supaya masuk gerai mereka. KECUALI ada satu restoran namanya IKAN BAKAR PARAMESWARA. Beratus pelanggan kat restoran ni. Nak cari meja kosong pun susah. Nak pilih ikan pun terpaksa beratur agak panjang.Tempatnya pun sangat strategik, betul-betul tepi sungai dan jeti bot-bot nelayan. Dekat 45 minit gak baru hantar makanan. Nampak meja sebelah tu satu family muka berkerut je mungkin menanti makanan yang tak kunjung tiba.Harap-harap sedap dan berbaloi la makan kat sini....Mungkin orang lain kata sedap tapi bagi kami 'biasa je' cuma seronok sebab meriah dan ramai orang je. 2) MAKAN TENGAHARI di RESTORAN ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Terletak berhadapan dengan Menara Taming Sari. Sini pun ramai orang dan asam pedasnya memang popular. Mahalnya pun boleh tahan. Memandangkan teringin sangat nak makan asam pedas Melaka maka soal harga tu terpaksa dilupakan. Selesai makan tengahari, kami singgah jap di gerai cenderahati dan gerai makanan Melaka.Betul-betul kat sebelah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. 3) MENARA TAMING SARI Ianya dianggap lokasi wajib jika berkunjung ke Melaka. Dengan bayaran dewasa RM 10 dan RM 5 bagi kanak-kanak, bersedia untuk merasai pengalaman hampir 10 minit di dalam menara berkos RM 24 juta menggunakan teknologi Switzerland yang berpusing 360 darjah dengan ketinggian 80 meter dan diiktiraf Malaysia Book Records sebagai "First Revolving Gyro Tower in Malaysia". Menariknya setiap pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari akan diberi cenderahati makanan ringan buatan Melaka dan air kotak. Jangan lupa jika berada di puncak Menara untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Selat Melaka,Sungai Melaka, Dataran Pahlawan, Bangunan & Monumen Bersejarah dan Bukit St Paul. 4) EKSPEDISI BERBECA Dengan bayaran RM 60 untuk 2 beca, kami pun meronda melihat persekitaran, bangunan dan monumen bersejarah. Beca ni akan berhenti di lokasi menarik tertentu untuk kita melihat dan mengambil gambar di tempat peninggalan bersejarah. Antaranya: i) KERETAPI LAMA, KAPAL TERBANG LAMA & POKOK MELAKA
Semua orang dah tau tentang kehebatan sejarah Pokok Melaka yang mempunyai kaitan dengan Parameswara.Ketika itu beliau berehat di bawah Pokok Melaka dan tiba-tiba menyaksikan bagaimana seekor pelanduk menendang anjing pemburuan Parameswara.Selepas itu timbul ilham untuk mewujudkan penempatan baru sehingga tertubuhnya sebuah negeri diberi nama Melaka.Di sekitar ini juga terdapat kapal terbang lama dan keretapi KTMB lama yang telah menjadi sejarah. ii) KOTA A FAMOSA Kini ianya hanya pintu kota sahaja.Dulu ianya kubu pertahanan Portugis yang dibina tahun 1511 selepas Portugis berjaya menawan kota Melaka.Dibina hasil kerahan 400 hamba yang ditawan menggunakan batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar. Hebatnya kota ini yang asalnya mempunyai 8 menara kawalan dan 70 meriam berjaya menepis serangan Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Namun demikian. akhirnya kota ini jatuh juga apabila Belanda dan Johor membuat kepungan dari laut dan darat selama 7 bulan. Dalam tempoh kepungan tersebut, 7,000 orang mati disebabkan peperangan dan kebuluran.Sehinggakan mereka terpaksa makan kucing, anjing dan bayi untuk hidup. iii) REPLIKA KAPAL FLOR DE LA MAR Replika ini diabadikan di Melaka kerana ada kaitan dengan penawanan Kota Melaka 1511 melalui Afonso de Albuquerque dan akhirnya kapal ini telah karam di Selat Melaka dengan membawa berdozen emas, tembikar yang berkualiti, manuskrip berharga dan pelbagai harta yang bernilai billion pound. 5) MELAKA DUCK TOUR Bayarannya RM 38 dewasa dan RM 22 kanak-kanak. Ini merupakan pengalaman baru kami berkunjung ke Melaka. Melaka Duck Tour dikatakan pelopor kepada pengembaraan darat dan laut di Malaysia. Kenderaan dua alam ini atau dipanggil kenderaan amfibi telah wujud sejak Perang Dunia ke-2 lagi. Kerajaan Amerika cuba untuk melupuskan dan sebahagiannya diubahsuai dan dijual kepada negara tertentu bagi tujuan tarikan pelancong. Perjalanan mengambil masa 45 hingga 60 minit. Peringkat awal kami menggunakan jalan raya dan melalui Dataran Pahlawan, Megamall, Mahkota Parade dan kawasan premis perniagaan.Sambil menyaksikan pemandangan sekitar Melaka, Pemandu pelancong tak henti-henti menceritakan kehebatan pembangunan Melaka. Kami diberitahu bahawa sebahagian kawasan Dataran Pahlawan dan Pulau Melaka, dulunya adalah laut dan kemudian ditambak..ditambak..dan ditambak akhirnya jadi kawasan penempatan, perniagaan dan pelancongan yang terkenal. Selepas kami menjelajah di atas daratan kini masanya untuk kami masuk laut di Pulau Melaka. Kebetulan masa tu hari nak hujan, laut pun agak bergelora, memang basah baju kami kena tempias air laut. Sepanjang pengembaraan di laut, kami terpesona melihat pemandangan sekitar Melaka dan nampak la banyak aktiviti penambakan laut. 6) MELAKA RIVER CRUISE Dengan bayaran RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak, kami pun menaiki bot dari Jeti Muara (berdekatan replika kapal Portugis) merentasi Sungai Melaka sambil menyaksikan deretan bangunan dan kedai lama, kincir air, perkampungan Melaka, bangunan-bangunan komersial, laluan jalan kaki dan biawak yang sedang menyelinap di celah-celah pokok bakau. Boleh tahan berbau sungai ni. Kalau nak tengok keindahan lampu-lampu sepanjang Sungai Melaka ni boleh la menaiki bot waktu malam. 7) CRAFT CENTRAL Sini rupanya pusat segala macam cenderahati dan baju t'shirt. Bukan itu saja, pelbagai aneka makanan ringan, kuih muih, keropok dan makanan tradisi buatan Melaka dijual. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Replika Kapal Portugis dan Museum Samudera. 8) MASJID SELAT MELAKA Dibina di permukaan laut Selat Melaka dan dikawasan pulau buatan manusia. Terletak di Pulau Melaka dan dibuka sejak 2003 dengan kos RM 11 juta dan boleh menampung 2,000 jemaah. Datang ke Melaka, singgah la masjid ni untuk menunaikan solah. Hembusan angin Selat Melakanya cukup mengasyikan dan menenangkan ketika kita berdiri menunaikan solah. 9) ZOO MELAKA Zoo ini dibuka sejak tahun 1963 dengan keluasan 54 ekar dan merupakan kedua terbesar di Malaysia. Bayarannya pula RM 15 dewasa dan RM 6 kanak-kanak. Sebenarnya, bukan nak sangat pergi tempat ni tapi disebabkan nak bagi pendidikan untuk anak-anak, kami pun menggagahkan diri menaiki tram menyaksikan pelbagai binatang yang tidak aktif. Kalau nak kepuasan bukan di sini, pergi la Zoo Negara. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@