Pelancong China teruja lihat keunikan <b>Melaka</b> - Utusan Online - Blog Makanan di Melaka |
Pelancong China teruja lihat keunikan <b>Melaka</b> - Utusan Online Posted: 17 Aug 2014 12:00 PM PDT MELAKA 17 Ogos - Sebahagian besar pelancong dari China yang berkunjung ke negeri ini begitu teruja berpeluang menikmati keunikan makanan, sejarah serta budaya masyarakat berbilang kaum di Melaka. Ketika ditemui Utusan Malaysia, kebanyakan pelancong dari negara Tembok Besar itu tidak langsung berasa kekok dengan budaya serta pelbagai jenis makanan tempatan termasuk masakan masyarakat Melayu, Cina dan India. Seorang daripada mereka, Chen Tian Sheng, 33, dari Fujian berkata, walaupun pertama kali datang ke negara ini, dia amat selesa, malah seronok dapat menghayati keunikan masyarakat tempatan yang berbilang kaum, namun hidup penuh harmoni. Katanya, dia juga merasakan Melaka sangat sesuai sebagai sebuah destinasi pelancongan dan tempat untuk berehat disebabkan pelbagai kawasan tarikan yang kaya dengan kesan sejarah dan sebagainya. "Saya turut berhasrat untuk kembali lagi ke negeri ini pada masa akan datang dan mengajak lebih ramai kawan serta saudara mara berkunjung dan menikmati keunikannya," katanya ketika ditemui dalam majlis Malam Makanan dan Kebudayaan Melaka di sini baru-baru ini. Tambahnya, Melaka juga mempunyai pasaran baik untuk pelbagai jenis perniagaan dan berpotensi menarik ramai pelancong dari seluruh dunia disebabkan sejarah serta tempatnya yang strategik. Sementara itu, seorang lagi pelancong, Kan Chun Siang, 38, dari Jiangsu memberitahu, dia begitu teruja dapat datang ke Melaka kerana merupakan sebuah negeri yang bersih dan cantik. "Makanan yang terdapat di sini juga unik serta enak, malah kagum dengan percampuran kaum Melayu dan Cina sejak sekian lama hingga membentuk masyarakat Baba dan Nyonya yang tidak ada di tempat lain," katanya. Jelasnya, dia yang juga pertama kali ke negara ini berhasrat untuk membawa lebih ramai rakan berkunjung ke Melaka pada masa akan datang di tambah pula dengan kemudahan berkomunikasi serta makanan dan budaya yang tidak jauh berbeza. Seorang lagi pelancong China, Heyue Xia, 43, pula berkata, masyarakat di negeri ini sangat peramah dan baik walaupun terdiri daripada campuran pelbagai kaum. Katanya, dia begitu kagum dengan keharmonian masyarakat negara ini kerana mereka boleh hidup selesa bersama-sama tanpa perpecahan dan perkara ini jarang ada di negara lain. "Kaum Cina di sini juga lebih bersikap terbuka dan sedikit berbeza dengan kami dari China disebabkan pergaulan serta pendedahan terhadap pelbagai budaya lain," katanya. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@