restoren anak <b>melaka di</b> qatar | dohadimataku - Blog Makanan di Melaka |
restoren anak <b>melaka di</b> qatar | dohadimataku Posted: 22 May 2014 02:42 AM PDT alhamdulillah. bahagianya hidup semakin menjadi-jadi sejak buat jjcm di doha. semuanya atas cadangan kawan-kawan dan nyata ianya tak mengecewakan. malah boleh dikatakan kualiti rasa makanan di sini sama dengan di tanahair. atau mungkin lebih sedap? yuppp… :) Oriental Kitchen Restaurant milik anak jati melaka berada di Najma, C ring road, di belakang Doha Bank. mula beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang. dan 5.30 petang hingga 10.30 malam. untuk makan di sini tempahan awal amatlah dialu-alukan. jika anda datang masa puncak..hmmm.. harap bersabar ye kena tunggu meja kosong dulu. bertemakan masakan chinese and malaysian cuisine, di sinilah anda akan temui butter prawn, oyster tofu, tofu soup dan lain-lain menu seperti nasi goreng, kuewtiaw, sambal udang petai dan banyak lagi pilihan makanan. kali ni kita zoom sikit gambar biar nampak sedapnya…tahan mata ye.. udang butter tu marvelous!! sangat sedap. begitu juga tomyam seafood. bagi saya lebih sedap tomyamnya dari Thai Smile. kangkung belacan pun superb.. saiz hidangan pun banyak..cukup untuk 3 orang. kalau yang join makan badan comey-comey..4 orang makan pun boleh. ingin dinyatakan kepada pembaca…mungkin bagi anda apa yang saya kongsikan di sini apalah sangat kan..takat makan tomyam pun nak kecoh. namun hakikatnya..bila dah merantau beribu-ribu batu, jauh dari tanahair.. baru tahu penangan rindunya nak makan macam ni. ddmk: alamak lupa mintak belacan.. . Bookmark the . |
LIBUR: The Adventure Of Kufaz & Arina - Day 4: "Goodbye <b>Melaka</b> <b>...</b> Posted: 23 May 2014 03:19 AM PDT Malam itu sungguh dingin sekali. Cuaca malam seakan ingin hujan tapi tidak pula turunnya. Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa di luar mendinginkan suasana. Aircond di dalam bilik hostel pun agak sejuk membuatkan kami selubungi selimut lebih kuat lagi. Pengalaman satu malam berjalan di Melaka tersemat di dalam minda kami. Kami tidur dengan tenang. Tapi perasaan dalam hati pula sedih. Sedih kerana esok, Day 4: "Goodbye Melaka". Alarm henset aku berbunyi tepat jam 9 pagi. Aku terjaga. Aku pandang sekali imbas henset tu dan terus tekan "snooze". Aku tak puas tidur lagi. Lagipun waktu breakfast habis jam 10.30 pagi. So, still have time. Oleh sebab aku tekan snooze, bukan "dismiss" seperti selalunya, maka berkali-kali juga alarm henset aku berbunyi ibarat memekik mengejutkan orang yang payah nak bangun macam aku ni. Pukul 10 pagi, aku terjaga kembali. Tapi kali ini lebih segar. Aku kejutkan wife aku. Ntah kenapa, aku terasa teringin bau aroma kopi di waktu pagi yang dingin itu. Lantas kami pun bangkit dan basuh muka. Agak-agak dah hilang sedikit mamai itu, kami turun ke lounge Lavender Guesthouse itu untuk breakfast. Di situ mereka sediakan roti, mentega dan jem strawberry. Kopi pula dalam proses dalam coffee maker di pantry. Sambil-sambil tunggu kopi siap, aku bakar roti menggunakan toaster mereka. Keadaan luar masih lagi sejuk. Maybe malam tadi hujan kot. Aku tak pasti. Aku dah jauh ke alam mimpi ketika itu. Sambil memandang ke arah tingkap, aku menyingkap kembali memori sepanjang hari semalam. Aku tersenyum sendiri. Selepas coffee maker itu sudah siapkan kopi yang aku tunggu-tunggu kan, terus aku bawanya ke meja makan. Sememangnya aroma kopi di waktu pagi sangat sedap sehingga membangkitkan kecergasan minda. Turut bersama kami semasa breakfast itu adalah dua orang muda yang ingin check out pagi itu. Mereka akan bergerak ke Serdang. Kami sama-sama duduk di meja makan sambil menjamah roti dan juga kopi segar. Sekali-sekala aku lihat jam. Tepat jam 11.30 pagi, aku ajak wife aku untuk naik semula untuk siap-siap packing. Oleh sebab bangun pun lewat, dan makan pun lambat, maka aku mintak sedikit extend untuk berkemas dan check out. Assistant Mitch iaitu Ady benarkan. So, kami pun naik ke atas, mandi dan mulai packing. Barang pun tak banyak untuk dipackkan. Jadi, ia tidaklah menjadi satu masalah. Tepat jam 12.30 tengahari, kami pun turun semula untuk check out. Di situ kami jumpa Mitch yang baru tiba. Sebelum check out, sempat juga kami bersembang bersama beliau lagi. Beliau terkejut bila aku cakap semalam kami tidak dapat merasa ayam tandoori di restoren Pak Putra. Katanya tak pernah-pernah lagi customer tak dapat ayam tandoori tu. Nak buat macam mana, memang semalam pandemonium. Ramai gila pengunjung yang datang. Haisshhh.. next time ada rezeki, aku datang awal-awal ke sana. Order 2 - 3 set lagi. Geram aku. Selepas bergelak ketawa, dan mengambil gambar kenangan bersama Lavender Guesthouse dan diberitahu dimana nak amek bas ke Melaka Sentral, kami pun bergerak pulang. Selamat tinggal Lavender Guesthouse. Perhentian bas untuk ke Melaka Sentral terletak di hadapan Holiday Inn. Seberang jalan dari Mahkota Parade. Di situ tiada bus stand, cuma ada satu tiang tanda tempat tunggu bas. Terdapat beberapa orang yang sedang menunggu bas di situ, jadi kami pun bergerak ke arah sana. Di sana kami berjumpa dengan salah satu tetamu Lavender Guesthouse jugak iaitu Adrian dan pasangannya. Mereka berasal daripada Switzerland. Barangkali mereka check out lebih awal daripada kami, tu pasal mereka sampai dulu. Cuaca sangat terik masa tu. Tiada lagi sejuk-sejuk lepas hujan. Wap-wap daripada air hujan di jalan dah mula tersejat, menghangatkan suasana lagi. Kami tunggu bas dalam 20 minit di situ. Selepas bas sampai, memang tiada tempat duduk la. Penuh orang dalam bas. So, aku pun berdiri la bersama wife aku. Seperti biasa, cara pemanduan pemandu bas memang menyakitkan hati. Beberapa kali aku rasa nak terpelanting sana sini. Bila ada seat kosong je, terus aku bagi wife aku duduk. Kang dibuatnya wife aku terjatuh dalam bas tu kang, jadik satu cerita lain pulak. Memang reckless cara mereka bawak bas. Padahal bas dah canggih dah. Takde gunanya kalau pemandunya datang dari golongan orang yang tak berhemah. Dalam pukul 2.30 petang, kami pun tiba di Melaka Sentral. Di sana, kami tak cari makanan lagi. Perut pun tak lapar sangat sebab dah breakfast. So, kalau nak jamah apa-apa pun, better dapatkan tiket dulu kot. Bila dah tau waktu bertolak baru senang nak manage masa. So, pusing punya pusing last-last jumpa satu bas yang available dalam masa terdekat. Kami naik bas Delima untuk ke TBS (Terminal Bas Bersepadu). Tengok pada jam, tinggal lagi 10 minit lagi bas akan bergerak. So, tak jadik kami nak makan. Kang tak sempat pulak kang. Kang dah sampai KL la makan. So, tibalah masa bas nak bertolak. Aku harap pemandu kali ni ok la cara pemanduannya. Kami dapat tempat duduk antara yang terbelakang. Syukur. Selesa dalam bas tu. Actually, kami tak pernah jejak TBS. Selalunya turun di Puduraya. Tapi memandangkan di TBS tu banyak transport yang boleh diambil untuk pulang, maka kami ok kan je. Perjalanan dalam bas tu bermula kira-kira jam 2.45 petang. Sebelum bertolak, kami sempat snap-snap gambar untuk kenangan terindah kami serta memuatnaik video tentang situasi dan lokasi kami di Facebook. Sepanjang perjalanan tu, kami tidur. Best pulak rasa kusyen bas Delima ni. Sangat friendly dengan badan aku yang sasa ni. Haha! Dengan alunan aircond yang lembut, suasana dalam bas yang redup, amat cepat mata ni menutup tirainya. Aku terjaga apabila hampir sampai ke TBS. Aku kejutkan wife aku. Huarghh... best betul mengeliat. Sampai di sana wajah aku tampak pelik sebab perhentian bas ni sangat lain daripada yang lain. Selepas dah keluar daripada bas, para penumpang semua kena naik esclator untuk ke lobby terminal. Semasa naik tu, kedengaran suara announcer, "Perjalanan bas Delima SK2075 dari Seremban ke TBS sudah tiba platform 4." Lepas tu announcer tu ulang balik pengumuman tu dalam bahasa inggeris pulak. Aku pandang kiri kanan. Peliknya, aku skang berada di terminal bas ke airport? Tempatnya sangat bersih dan cantik. Sempat jugak aku dan wife snap-snap gambar di perkarangan ketibaan. Aku tengok lobby menunggu, kaunter tiket, departure dan arrival hall memang macam airport. Terasa macam baru turun flight pun ada. Haha! Kami sebenarnya tak sangka. Setelah sekian lama duduk di KL, tak pernah-pernah tau keadaan dan suasana TBS ni. Ingat dalam kepala macam puduraya je la. Ni tak, siap dengan departure dan arrival board, polis jaga gate departure dan sebagainya. Memang kelas dan elegan habis. So.. dah alang-alang merasa macam foreigner, kami ingin cari port untuk makan pula. Perut dah semakin kosong ni. Terjumpa la medan selera mereka di tingkat 4. Aku mula-mula nak masuk tapi selepas perati sistem mereka, kami tak jadik singgah. Bukan sebab apa.. leceh. Mereka gunakan sistem kad prabayar untuk beli makanan dalam medan selera tu. Rugi la. Dibuatnya ada baki dalam kad tu, bukan boleh claim balik pun. Better makan KFC camtu. Pusing punya pusing, jumpa jugak KFC. Tapi terasa muak pula nak makan ayam kentaki ni. Jadi, kami teruskan juga perjalanan kami sampai terjumpa Subway. Waktu tu sudah pun 5 petang. Yes, secara jujurnya, kami berdua tak pernah nak makan kat Subway ni. Apatah lagi nak mengorder. Tapi why not? Dah alang-alang ingin mengakhiri trip kami ni, why not akhiri dengan makan something yang lain daripada selera kami? Hehe.. So, kami masuklah ke Subway dan makan sandwich ayam dan ketam mereka. Pergh.. lazat weh. Lepas ni memang jarang makan burger Mc Donald la. Tukar kepada Subway pulak. Murah pun murah dan lebih berkhasiat. Bahan-bahannya sangat fresh. Kami happy makan di sana sambil sembang-sembang mengenai perjalanan kami sejak 4 hari lalu. Pengalaman-pengalaman tu sangat manis sekali. Untuk pulang, mula-mula ingat nak naik Klia Transit je terus ke KL Sentral. And then naik LRT ke Sri Rampai. Tapi memandangkan Klia Transit tu lambat lagi nak sampai, kami decide naik KTM je. Destinasinya sama juga. Cuma Klia Transit ni terus je la ke KL Sentral tak berhenti-henti. Tapi dari segi kos, KTM lagi murah. RM1 je seorang. So, KTM it is. Sampai sahaja di KL Sentral, kami terus sahaja ke station LRT untuk amek tren ke Sri Rampai pula. Kalau boleh kami nak sampai secepat mungkin ke Sri Rampai. Badan pun penat. Maunya tak, penat berjalan tu satu, pastu penat makan lagi. Haha. Dalam jam 6.30 petang, kami pun sampai di station Sri Rampai. So, daripada sana, kami berjalan kaki ke rumah abang ipar aku untuk mengambil kereta kami. Perjalanan yang mengambil masa 20 minit itu, ditemani dengan suasana tenang dan dingin kerana KL baru sahaja hujan di tengahari. Dah berhenti pun masa kami sampai di KL. Sesudah sampainya di rumah abang ipar aku dan mengambil kereta untuk pulang, maka disitulah berakhirnya backpacking trip aku dan wife untuk kali ini. Seronok sangat trip tersebut. Banyak yang boleh kita pelajari apabila kita backpacking. Kita boleh lihat sejauh mana ketahanan diri kita apabila berdepan dengan ujian yang mendatang. Kita boleh tahu sejauh mana tahap kesabaran kita apabila bertemu dugaan, samaada kita cepat melatah atau tenang sahaja hadapinya. Dalam pengalaman backpacking juga aku pelajari bahawa planning awal itu penting, walaupun tempat tu biasa kita kunjungi. Apabila kita naik kenderaan, kita takkan rasa sebagaimana perasaannya backpacking. Kita takkan tahu sejauh mana kekuatan diri kita setelah lama berada di zon selesa. Pengalaman backpacking ni akan aku ingat sampai bila-bila. Sangat bermanfaat kepada diri aku. Kepada yang masih belum backpacking, jangan tunggu lagi. Pack barang anda, dan bergerak. Kalau asyik plan sahaja, nanti tak sedar setelah 5 tahun berlalu, masih lagi tidak berganjak. Plan je lebih. Kami sudah. Anda bagaimana? Berikut adalah lampiran perbelanjaan dan jarak kami berjalan kaki: Shopping sebelum trip Day 1: Day 2: Day 3: Day 4: Total: RM422.80 untuk dua orang. Berikut adalah jarak perjalanan kaki kami: rumah abang ipar - LRT Sri Rampai: 750m Total distance jalan kaki covered: 27,790m = 27.79km!! 10,000 langkah bersamaan 6km (secara standard). (jumlah perjalanan kaki ni, adalah paling minimum. Tidak termasuk jalan seperti dari station KTM KL Sentral ke station LRT KL Sentral yg bersebelahan tu) Jadi, terima kasih kepada semua yang mengikuti perjalanan backpack trip kami. Terima kasih kerana membawa diari ini dari awal sampai ke hari ke-empat ini. Aku sangat hargai. Lepas ni kami nak buat adventure lagi. Dan mungkin akan ajak beberapa rakan lain lagi untuk join. So, let's get active! Terima kasih. Jumpa lagi! |
You are subscribed to email updates from Makanan di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@