Kuih Buah Melaka a.k.a Ondeh-Ondeh Colourfull | Telling Story - Blog Makanan di Melaka

Kuih Buah <b>Melaka</b> a.k.a Ondeh-Ondeh Colourfull | Telling Story - Blog Makanan di Melaka


Kuih Buah <b>Melaka</b> a.k.a Ondeh-Ondeh Colourfull | Telling Story

Posted: 31 May 2014 05:30 PM PDT

Selamat pagi..

Ada yang masih belum gosok gigi? Pergi gosok sekarang..Lepas tu boleh la cari menu untuk sarapan pagi..Hari ini saya nak cerita pasal menu sarapan pagi saya bulan lepas..Kuih buah melaka..ekekeke..baru sekarang nak cerita..kalau ada lagi sekarang ni pun, kuih ni dah keras kematu..yang lain tu dah abis proses..mungkin jadi sel-sel dalam badan yang sedang berkembang pesat.

Sorrylah..entri tertunggak ni dah lama disimpan..Bukan apa, saya publish ni pun untuk tatapan generasi akan datang..Hari ini kuih buah melaka menjadi juadah sarapan pagi, mana tahu 10-20 tahun akan datang kuih ini hanya tinggal nama. Cakap pasal nama, kalau tak silap firasat hamba, kuih melaka ini dikenali juga dengan nama timang-timangannya iaitu ondeh-ondeh..Maafkanlah hamba if firasat hamba tersalah kali ini. Maklumlah..hamba ni kajang Pak Malau kajang berlipat….kajang...emmm …kajang ape ye?..lupa lak..

Meh sini dekat-dekat tengok gambar kuih Melaka hasil air tangan saya..

Selalu kuih Melaka kale ape?..Hijau kan..kan Janet kan..kan..kan..(lama tak dengar dialog ni)

Tapi kali ini warna kuning..Ini adalah hasil inovasi bersama-sama si labu kuning. Caranya senang je..rebus labu kuning sampai empuk, campur air sikit-sikit pastu uli dengan tepung pulut. Untuk mendapatkan resepi penuh sila klik di sini..Bila campur labu ni, rasanya lebih lemak berkrim dan di sukai ramai.

 Masa saya buat kuih Melaka campur labu ni, kebetulan gula melaka tiba-tiba habis..tiba-tiba je..Drama betul..Jadi saya guna je gula putih..bolehlah..asalkan tak lari daripada konsep kuih melaka kan..

Ini kuih melaka colour of my life..resepi macam biasa, takde apa-apa penambahan, cuma menggunakan pewarna tiruan yang di benarkan. Masa ini pun tiba-tiba takde pewarna hijau, jadi saya masukkan warna merah dan biru. Ingat nak buat macam warna bendera Malaysia, tapi tak cukup adunan.  Mungkin lain kali kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh saya buat lagi....kalau rajinla..biasanya tak rajin..sebab kuih melaka ni paling boring time nak bulat-bulatkan tu..sebab saya buat saiz yang comel-comel, (nak comel la konon) jadi agak makan sedikit masa saya yang terluang itu.

Saya masukkan sehelai dua daun pandan yang disimpul rapi ke dalam air rebusan kuih melaka ini. Hasilnya kuih tadi lebih beraroma..Aroma dari daun pandan itu menambah lagi selera untuk menikmati kuih tradisi zaman-berzaman ini. Bila makan kuih melaka, saya teringat Hang Tuah pernah berkata..takkan hilang melayu di dunia…motif ingat kat Hang Tuah? Sebab Hang Tuah kan dari Melaka..

Dari Melaka ke negeri Pahang

Singgah sebentar beli berangan

Saya ucapkan terima kasih sebab datang

Apa yang kurang dicaci jangan

Take Care!!







@



Kuih Buah <b>Melaka</b> a.k.a Ondeh-Ondeh Colourfull | Telling Story - Blog Makanan di Melaka