Destinasi <b>makanan</b> tulen, selamat - Utusan Online - Blog Makanan di Melaka |
Destinasi <b>makanan</b> tulen, selamat - Utusan Online Posted: 12 Jun 2014 12:06 PM PDT Oleh FADZLY IZAB Idris Haron MELAKA 12 Jun - Kerajaan negeri optimis untuk menjadikan Melaka sebagai negeri terbersih dalam aspek penyediaan makanan seterusnya menjadi destinasi pelancongan makanan tulen dan selamat dunia. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan pelbagai pihak dalam merealisasikan matlamat tersebut yang dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini. Menurutnya, amalan menjaga kebersihan dalam kalangan peniaga makanan sangat penting dan harus diberi keutamaan termasuk kebersihan kawasan menyediakan makanan, ruang mengendali dan menyajikan makanan, sistem bekalan air serta mempamerkan tanda harga serta logo halal bagi premis yang telah memperolehnya. "Di negeri ini, kita lebih sensitif dan komited dalam usaha mencegah kekotoran malah tidak berkompromi dengan mana-mana premis yang tidak menjaga tahap kebersihan. "Sehubungan itu, saya berharap semua pihak terlibat dalam sektor pengendalian makanan di negeri ini agar dapat sama-sama membantu kerajaan negeri mencapai matlamat tersebut seterusnya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Don't Mess With Melaka 'Premis Makanan Bersih' di Melaka Sentral, di sini hari ini. Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim. Jelas Idris, beliau mahu semua pihak terlibat mencapai objektif yang disasarkan menerusi beberapa langkah diperkenalkan termasuklah menjalankan pemeriksaan, penarafan dan pengiktirafan premis makanan mengikut tahap kebersihan. Selain itu katanya, pihak peniaga juga perlu memastikan makanan yang disediakan selamat untuk dimakan di samping mempertingkatkan tahap kebersihan dan nilai estetika premis makanan mereka. "Malah, para peniaga perlu terus berusaha mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap kebersihan dan keselamatan makanan untuk disajikan kepada para pelanggan," ujarnya. Sementara itu tambah Idris, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif menguatkan lagi usaha tersebut secara proaktif dengan memperkenalkan program santai dengan slogan peringatan Don't Mess With Melaka yang bermaksud Jangan Kotorkan Melaka. "Saya ingin sangat melihat rakyat negeri ini sanggup mengotorkan kocek pakaian atau kenderaan mereka dengan sampah berbanding membuangnya di merata-rata tempat hingga mencemarkan kebersihan kawasan awam," katanya. |
Anak Sungai Derhaka: Operasi Imigresen temui remaja OKU <b>...</b> Posted: 21 Jun 2014 08:11 AM PDT Bila sekadar membaca tajuk.. aku sangkakan peristiwa menyayat hati ini berlaku di negara China.. sebabnya baru-baru ini ada satu laporan mengisahkan seorang warga emas dikurung hingga kurus kering.. Lagipun di negara tersebut kerana mengejar kemajuan dan kemewahan manusia-manusia disana sudah menjadi terlalu pentingkan diri sendiri.. itu menurut seorang sahabat yang sering berulang alik ke sana. Rupa-rupanya ianya berlaku di negara kita Malaysia.. kesian... Tapi ada pulak Menteri yang kata remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan bukannya di abaikan.. Mudah sangat Menteri itu diperbodohkan oleh kaki tangannya yang menyampaikan laporan kononnya ibu remaja itu menafikan remaja itu diabaikan.. apa dia tak nampak ke gambar-gambar dan video ketika remaja itu ditemui? Walau kurang zat macam mana sekalipun.. tak pernahlah aku dengar ianya akan menyebabkan pakaian yang kita pakai akan koyak rabak macam dalam gambar di atas tu... Laporan berkaitan..
Ini video dari Harian Metro.. Ni pulak kata Menteri itu.. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@