Destinasi <b>makanan</b> tulen, selamat - Utusan Online - Blog Makanan di Melaka |
- Destinasi <b>makanan</b> tulen, selamat - Utusan Online
- Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk <b>...</b>
- JALAN-JALAN CARI <b>MAKAN DI MELAKA</b> ~ Malaysian Blogger : Tatie
- Aktiviti Adik-Beradik : Melawat Zoo <b>Melaka di</b> Hujung Minggu - My <b>...</b>
- </b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di</b> Labuan - Blogger
- My Rainbow...: <b>Makan di Melaka</b> : Ketupat Ujung Pasir
Destinasi <b>makanan</b> tulen, selamat - Utusan Online Posted: 12 Jun 2014 12:06 PM PDT Oleh FADZLY IZAB Idris Haron MELAKA 12 Jun - Kerajaan negeri optimis untuk menjadikan Melaka sebagai negeri terbersih dalam aspek penyediaan makanan seterusnya menjadi destinasi pelancongan makanan tulen dan selamat dunia. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan pelbagai pihak dalam merealisasikan matlamat tersebut yang dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini. Menurutnya, amalan menjaga kebersihan dalam kalangan peniaga makanan sangat penting dan harus diberi keutamaan termasuk kebersihan kawasan menyediakan makanan, ruang mengendali dan menyajikan makanan, sistem bekalan air serta mempamerkan tanda harga serta logo halal bagi premis yang telah memperolehnya. "Di negeri ini, kita lebih sensitif dan komited dalam usaha mencegah kekotoran malah tidak berkompromi dengan mana-mana premis yang tidak menjaga tahap kebersihan. "Sehubungan itu, saya berharap semua pihak terlibat dalam sektor pengendalian makanan di negeri ini agar dapat sama-sama membantu kerajaan negeri mencapai matlamat tersebut seterusnya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Don't Mess With Melaka 'Premis Makanan Bersih' di Melaka Sentral, di sini hari ini. Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim. Jelas Idris, beliau mahu semua pihak terlibat mencapai objektif yang disasarkan menerusi beberapa langkah diperkenalkan termasuklah menjalankan pemeriksaan, penarafan dan pengiktirafan premis makanan mengikut tahap kebersihan. Selain itu katanya, pihak peniaga juga perlu memastikan makanan yang disediakan selamat untuk dimakan di samping mempertingkatkan tahap kebersihan dan nilai estetika premis makanan mereka. "Malah, para peniaga perlu terus berusaha mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap kebersihan dan keselamatan makanan untuk disajikan kepada para pelanggan," ujarnya. Sementara itu tambah Idris, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif menguatkan lagi usaha tersebut secara proaktif dengan memperkenalkan program santai dengan slogan peringatan Don't Mess With Melaka yang bermaksud Jangan Kotorkan Melaka. "Saya ingin sangat melihat rakyat negeri ini sanggup mengotorkan kocek pakaian atau kenderaan mereka dengan sampah berbanding membuangnya di merata-rata tempat hingga mencemarkan kebersihan kawasan awam," katanya. |
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk <b>...</b> Posted: 07 Jun 2014 09:27 AM PDT Semakin hari semakin banyak produk untuk kesihatan dihasilkan disebabkan oleh permintaan yang tinggi. Ramai yang nak sihat. Lebih-lebih lagi, Orang Malaysia ni kuat makan. Bukan sahaja orang lain, saya sendiri ni pun suka makan.(Alasannya makan banyak kerana makan untuk dua orang .Sebab tengah menyusukan anak ke dua ..hihihi) Tapi adakah kita tahu makan yang dimakan cukup berkhasiat atau berzat untuk keperluan badan..Hoho..ini sukar sikit nak jawab..Nak tak nak, kita perlu ambil suplimen atau vitamin untuk lengkapkan mineral yang diperlukan oleh badan. Pastikan suplemen itu suplemen semulajadi , bukannya sintetik. Semestinya produk suplimen semulajadi yang menjadi topik perbualan hangat sekarang ialah produk Shaklee. (I like Shaklee ) Malangnya, ada yang dah ambil suplimen, terasa tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Tambah malang lagi, ada yang ambil suplemen, sakit menjadi-jadi pulak.Knapa ye? Smoga infografik dibawah akan memberikan manfaat supaya dapat memberikan kesan yang terbaik dan mantop daripada suplemen yang diambil. Istimewa untuk pembaca blog ini berikut rumusan daripada grafik di bawah: 1. Suplemen zat besi (iron) DAN kalsium adalah saling memusuhi. Kalsium akan menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Jangan ambil mereka bersama. Maka, bagi pengguna Shaklee atau yang baru ingin mengambil produk Shaklee , sila pastikan Vita-Lea tidak boleh diambil bersama-sama Ostematrix 2. Vitamin-B elok dimakan pada waktu pagi untuk jadikan badan lebih sihat dan bertenaga. 3. Vitamin-E, Omega, dan enzim CoQ10 elok diambil bersama makanan berlemak.Makanan berlemak contohnya susu dan kekacang 4. Vitamin-C hanya hanya boleh bertahan beberapa jam di dalam kita. Tetapi, berbeza dengan Sustained Release Vitamin C dari Shaklee, ia bertahan selama 23 jam dalam badan 5. Kalsium dan Magnesium elok diambil sebelum tidur. Penyerapan optimum berlaku semasa kita tidur. Malah Magnesium dapat membantu kita mendapat tidur yang berkualiti. 6. Jangan ambil suplemen bersama minuman berkafein. Ia akan mengganggu penyerapan suplemen. 7. Kalau terskip suplemen, tak perlu double-dose. Membazir. Tunggu je pengambilan berikutnya. 8. Banyakkan minum air kosong! Target 3 liter sehari. Smoga infografik ini bermanfaat credit : Healthspan.co.uk
Mahu Lebih Info? Dapatkan Maklumat Exclusive berkenaan kesihatan dan Panduan Nutrisi Shaklee yang betul dari kami. |
JALAN-JALAN CARI <b>MAKAN DI MELAKA</b> ~ Malaysian Blogger : Tatie Posted: 17 Feb 2014 09:34 AM PST Ingat lagi tak Ajikah? Kawan aku yang duduk nun jauh kat Filipina tu. Ha, la ni dia balik Malaysia.. "Yahooo!!", jerit kuat-kuat! Excited kemain tapi disebabkan aku busy maka, tak dapatlah jumpa dia selalu. Tapikan... hari tu, dia sempatlah datang rumah aku. Siap sleepover lagi masa Encik H pergi koje. The next day tu, kami buat random trip to Melaka. Macam yang aku selalu cakap, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tak payah fikir panjang, amek kunci dan pergi. Enjoy your trip! Ini tips tau. Mana tahu korang pun nak buat kerja gile then teragak-agak nak pergi ke tak, tak ke ye.. blablablabla. PERGI JE!! Memang ni random trip pun. Kami takde tujuan. Tapi kata Ajikah, dia nak pekena Klebang Coconut Shake. Kita layankan aje. Nasiblah geng kami Dian pun ada kat sana. So, kami ke rumah Dian terlebih dahulu. Oh ya, Dian ni tauke CikAyu Closet dan Ayu Thaiya Spa kat Melaka. Korang search je kat Instagram. Fynn Jamal pun dikhabarkan pernah datang spa cik Dian kita ni. Maka, bermulalah episod Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka | Tempat Makan Best di Melaka | Visit Malacca Malaysia 2014. Eh, banyaklah pula. Dah jom!! KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE Klebang, Melaka Percaya atau tidak, walaupun dulu aku sekolah kat sini, kemudian sambung diploma kat sini juga.. Aku tak pernah minum coconut shake ini. Percaya tak? hahaha. Itulah hakikatnya. Bukanlah sebab tak tahu tempat, tapi sebab aku tak minum air kelapa. Hahaha. Nasib baiklah kat Klebang Original Coconut Shake ni bukan sahaja air kelapa semata-mata. Malah kat sini juga ada ABC, air tebu dan lain-lain minuman. Selain tu, korang juga boleh lepak minum kat sini sambil menikmati kuih-muih tradisional. Memang sini hotspot. Tak perlu aku nak terangkan. Pelancong asing pun kalau ke Melaka pasti akan ke sini. Kata mereka, "so delicious and tasty". Eh, tapi sebelum tu, jangan lupa baca Entri JJCM Melaka yang dulu : link. Kat tepi jalan tu take-away, masuk dalam sikit adalah gerainya sentiasa ramai orang harga pun boleh tahan.. tak mahal antara yang dijual kat sini Bihun, Nasi Lemak dan lain-lain Ada juga jagung, cendol dan ABC tengoklah minah Philippines ni punya makanan .. kuat makan! coconut shake. anda wajib TRY sesi camwhore dengan bride-to-be, Dian PACIFIC COFFEE COMPANY Dataran Pahlawan, Melaka Siapa yang pernah pergi Hong Kong pasti tahu Pacific Coffee Company kan? Cumanya, kat Malaysia ni lagi famous Starbucks berbanding Pacific Coffee Company ini. Dah tak payah nak banding-banding, setiap kedai kopi mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tapi aku suka hiasan dalaman di Pacific Coffee Company Dataran Pahlawan ni. Lebih privasi dan classy. Dua tingkat, korang boleh pilih nak duduk atas ke bawah. Janji anda wajib pekena blueberry cheese cake dia. Fulamakkkk, sedap gila. suasana yang sejuk mata memandang combo set yang murah! nak semua please. tergoda!! again, camwhore. bukti kami dah sampai sini. hahaha yummy!!! HARD ROCK CAFE MALAYSIA Lorong Hang Jebat, Melaka Malaslah nak cerita pasal batu keras kafe ni. Famous kot Batu Keras ni. Hampir satu dunia ada cawangannya. Cuma yang bestnya, ini adalah Hard Rock Cafe Melaka. Ciri-ciri bangunannya pun sangat unik. Aku jangka, tourist luar pasti tertarik dan stop kejap kat sini. Sebab suasana kat sini best sangat. Lebih-lebih lagi dekat je dengan Jonker Walk. Ini pun sama, first time aku jejak kaki ke sini. Kalau tak di Dian craving nak makan kat sini. Entah bilalah aku boleh ke Hard Rock Cafe Melaka ni kan? Selalunya aku hanya lalu je. Fikir parking mesti pening kepala. Jadi aku postponed dan postponed. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. camwhore dulu
sorang sakit mata, sorang sakit jiwa, sorang lagi sakit angau. haha Itulah sahaja pengembaraan jalan-jalan cari makan kami. Kesimpulannya, memang kalau jalan dengan Dian, aktivinya makan, makan dan makan. Mentang-mentanglah dia kurus, metabolisme tinggi. Makan banyak pun kurus. Yang kami berdua (ajikah) ni pula kalau makan banyak, jadi macam ular sawa kekenyangan. Hahaha. Thank you Dian and Ajikah for the awesome trip! Next time kita random jalan lagi. Jonker, I miss you. |
Aktiviti Adik-Beradik : Melawat Zoo <b>Melaka di</b> Hujung Minggu - My <b>...</b> Posted: 18 Jun 2014 01:22 AM PDT Assalamualaikum Aku hanya pernah menjejakkan kaki di 2 buah zoo: Zoo Melaka & Zoo Taiping. Well, as i'm from Malacca, so dah selalu pergi melawat monyet, buaya, harimau, gajah kat zoo melaka. Sampai aku dah hafal lepas ni jumpa binatang apa, nak beli air kat mana, nak main kat playground sebelum keluar zoo nanti laa. Bawak anak-anak kecil ke zoo sangatlah sesuai sebab boleh educate diorang & boleh kenal-kenal dengan haiwan. Beberapa bulan lepas kakak aku whatsapp, tanya nak ajak kitorang (the siblings) pergi zoo. Aku macam nak tergelak pun ada sebab dia ajak pergi zoo. Entah, rasa macam skema jer pergi zoo, macam budak sekolah. Sebenarnya dah bosan dan penat nak jalan kaki round satu zoo tu. Tapi, seronok jugak, terasa diri ini masih budak-budak. hehe. Lagipun dah lama kitorang tak spend masa bersama since akak dah tak duduk dengan kitorang. Orang dah kahwin kan... Haiwan pertama yang anda akan jumpa bila masuk ke zoo melaka. Burung kakak tua. Hai burung, dah tua rupanya kau ni, tapi tetap comeeelll. Ini badak sumbu (i guess). Besau giler. Kerja dia makan tido makan tido. Macam aku lah, cuma aku ni tak besau-besau. hee Hai Encik Zirafah, tingginya awak. Adik aku cakap lidah zirafah sangat panjang, boleh sampai ke telinga dia. Adik aku memang suka bagi fakta-fakta yang kitorang tak tau. Ini dia si budak dengan 1001 fakta dalam kepala dia. Yang baju hijau tu tau, bukan yang hitam. Hitam tu banyak tanduk je kat kepala. So, here it is. The four of us. Dulu kan, dak Abil suka giler pergi zoo. Sampai ayah aku dah malas nak dengar dia asyik nangis jer, ayah pergi berdua dengan abil. Sebab orang lain sume tak nak ke zoo. Suka benau dia tengok kawan-kawan lama kat situ. Adakah ini rusa? Panjangnya tanduk dia. Haa ni aku tahu. Si beruang hitam. Yang tak reti duduk diam. Nampak tak cik gimau? Terima kasih kerana membuat aksi berebut makanan sebentar tadi. Barulah adventurous sikit. Yang baju kuning tu abang Zack Thanks kak, bawak kitorang jejalan. Uh, baru perasan kita semua pakai tudung AJ laa. Eleh, mula-mula action tak nak pergi zoo. Last-last dia yang paling excited. Keldai tu cantik angat, rambut lurus pulak tu. Lepastu kitorang sejukkan perut minum coconut shake kat Klebang. Siap ada pintu gerbang tuu, makin maju nampak. Lastly, tengok keindahan laut di Pantai Puteri. Sementara the couple beli ikan, budak laki ni termenung jauh ke mana la tu. Oh ye, semalam 17/6 birthday dia. Happy birthday Abil. Be a good boy yea. Bila kitorang sampai ke rumah, mak ngan ayah takde. Pergi dating katanya sambil pekena cendol Banda Hilir. haha.******* Nota 1- Sejak akhir-akhir ni aku asyik terjumpa blog para doktor. Seronok baca pengalaman mereka terutama semasa menjadi HO. Bagi aku sesiapa yang ambil jurusan medik, aku sangat respek dengan diorang sebab bukan semua mampu galas tanggungjawab merawat pesakit. And I can say that it is a long learning journey that I dont think i can bring on with me. Nota 2- Keputusan kemasukan ke degree keluar bulan Ogos. Ingatkan bulan Jun(sekarang) dah boleh tahu -_- Penantian itu satu penyeksaan. My first choice is pharmacy. The others are just to fill the 'blanks'. And I put medic as my last choice. Again, just to fill the blank. Hopefully i got the first one. Ameeeennnn. Nota 3- Tapi macam mana kalau aku dapat pilihan yang terakhir tu? Huaa. Harap-harap jodoh aku dengan pharmacy masih panjang. Nanti bila tiba masanya aku nak cerita perjalanan & pengalaman aku pasal benda ni. |
</b> - Blog <b> - Blog <b> - Blog <b>Makanan di</b> Labuan - Blogger Posted: 09 Jun 2014 11:40 AM PDT awal tahun haritu aku sepatutnya kena pegi audit di penang...so dah plan dengan sue, alang-alang ke sana, nak jalan-jalan la lepas tu, suruh dia naik penang sekali...tapi last minute tak jadi, sebab jadual aku tak ngam dengan tarikh company dan lead auditor...so bila bagitau sue, dia pun cakap 'takpela...next time la kita pegi...tapi kena make sure pergi tahun ini juga sebab kita nak kena sokong Tahun Melawat Malaysia 2014!'ewah kemain kan...terus lepas tu menderu-deru idea aku mana tempat-tempat menarik dalam Malaysia ini yang boleh dikunjungi tahun ini...so far tempat-tempat menarik yang terpikir di pikiran aku adalah Melaka, Terengganu, Kedah, Penang, Johor dan Sarawak!dan aku jumpa website VMY2014 yang boleh beri kita idea mana nak diterjah di seluruh Malaysia ini...so apa lagi kawan-kawan, mari sama-sama menyokong Visit Malaysia Year 2014 a.k.a Tahun Melawat Malaysia 2014! so sebagai permulaan bagi tahun 2014 ini, aku telah ke Melaka weekend lepas bersama asie dan irma...sepatutnya kenduri kawin adik dayaho adalah agenda utama kami ke Melaka...tapi bila bincang-bincang, terus kenduri kawin tu jadi agenda kecil sahaja!selebihnya kami ambil kesempatan menjadi tourist di Melaka Bandaraya Bersejarah!ecewah!so pagi sabtu, jam 10.30 pagi irma dan asie datang ambil aku kat rumah dan kitorang gerak menuju ke Melaka...sempat dalam kereta makan cekodok cili api mak aku goreng...pastu tak kenyang lagi, kami singgah breakfast di R&R Seremban pula...kemudian barulah kami meneruskan perjalanan terus ke Kg Solok, Duyong, Melaka...sampai di sana jam 1.15 tengahari!apa lagi, lepas jumpa tuan rumah, jumpa member lain, kami terus ke tempat makan!sedapnya nasi minyak dengan kari daging dan ayam masak merah...siap ada tapai lagi..lepas lepak jap...kami pergi jumpa mak pengantin, dapat door gift dan berkat, pastu sempat ambil gambar di pelamin bersama pengantin!dan kami pun gerak meninggalkan kenduri....sampai di kereta, jam menunjukkan pukul 2 petang...check in time adalah 3 petang...so aku call Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil nak tahu bilik kami dah ready ke...bila diorang cakap dah ready, terus la pecut ke sana!tak jauh pun dari rumah dayaho...aku dah booking through Agoda penginapan ini..ambil studio room sahaja dengan harga RM200.20...kalo walk in, RM320 tau aku call tanya haritu...sampai je, check in...aku minta extra bed, sekali habis daa...ada big group masuk situ habes semua extra bed...so just tambah RM15 untuk entry water theme park dan RM25 untuk breakfast...untuk seorang je la...sebab 2 orang lagi dah include dalam harga bilik...kalo ambil extra bed dan include 2 items tu, harga dia RM70...selesai urusan check in, terus angkut beg naik bilik...sampai je bilik...wah best...besar...dulu pernah ke sini dengan family, aku ambil apartment 3 bilik...now studio room sahaja sebab 3 orang je pun...tapi tetap cantik dan luas!memang bestlah!siap ada pantry lagi...so then kami just lepak dan siap-siap...sempat layan cerita Ketika Gajah Bertasbih...gitu kan...hehehe jam 4 petang, kami pun bergerak keluar...terus menuju ke Perkampungan Hang Tuah yang terletak di Duyong, Melaka...memang dekat la dengan rumah dayaho tadi...masuk je kawasan ni, akan berjumpa dengan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah yang berwarna kuning di tepi jalan...menurut cerita madsah, laki si dayaho...Perigi Hang Tuah yang sebenarnya terletak dalam masjid ini...di kawasan solat perempuan...tapi dah ditutup la...sebabnya taknak orang datang buat aktiviti puja memuja, khurafat semua tu...sebab tu dia buat replika untuk tujuan pelancongan berhampiran kawasan tu!wallahualam! then kami pun terus menuju ke Perigi Hang Tuah di hujung jalan!tempat yang telah diwartakan sebagai Warisan, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005!sampai di sini, dah tak ramai orang...terus kami bergambar di kawasan perigi tu...kecil je kawasan dia...ada cerita mengenai sejarah Hang Tuah...pastu perigi siap berlecak sebab budak-budak main air!hehehe so apa lagi, kami pun tak lepas peluang bergambar di Perigi Hang Tuah!seriau juga takut terjatuh!dalam wo....air dia hijau je... di sekeliling kawasan perigi tu terdapat banyak kedai menjual cenderahati...tapi aku tak beli apa la...then sempat ambil gambar di Pusat Kebudayaan kat situ...cantik bangunan dia diperbuat dari kayu...klasik la sangat pada aku...tapi sayangnya tak dibuka untuk orang ramai pun..adik jual air depan tu la yang cakap....tapi adik tu suggest aku pergi Muzium Hang Tuah kat belakang kawasan tu!nampak la atap dia dari kawasan perigi ni...adik tu cakap baru dibuka...pada Ogos 2013!patut laa aku macam tak pernah tahu pun ada tempat ini...so kami terus ke muzium mengikut arah signage...dah alang-alang sampai kan... actually, sebelum sampai kawasan perigi ni kita akan nampak dah signage ke Hang Tuah Centre (HTC) di mana terletaknya Muzium Hang Tuah tu...so sampai je di HTC, kami terus mengambil gambar dari luar pagar...kagum dengan kegahan rekabentuk muzium itu!terus masuk menuju ke kaunter tiket...adik tu cakap pukul 5 ke 5.30 petang muzium akan tutup...tengok jam dah 4.30 petang...so cepat-cepat beli tiket berharga RM5 seorang...dan masuk ke muzium dahulu...masa ini, nothing to expect...bajet macam muzium-muzium lain di Malaysia...bergambar sekejap di hadapan muzium, kami pun terus masuk... masuk je dalam tu, tetiba rasa excited dan kagum!semua pameran di dalam muzium itu telah disuntik dengan elemen interaktif yang sangat menarik!bukan lagi tipikal muzium yang aku tahu dan kenal selama ini!penuh dengan perkara-perkara boring...pelbagai skrin interaktif untuk kita bermain, untuk kita sertai dalam menyelami sejarah berkaitan Hang Tuah!gambar-gambar yang dipamerkan dalam bentuk kartun, dalam bentuk yang sangat menarik!penuh dengan warna-warni! terdapat juga tempat untuk belajar silat menerusi skrin layar yang menarik!siap boleh pakai baju silat lagi...tapi kami tak pakai la...tapi try juga la bersilat mengikut tayangan...memang best!selain itu penggunaan laser, membentuk animasi juga banyak digunakan dalam muzium ini...seperti penerangan mengenai keris, perlawanan antara Hang Tuah dan Hang Jebat...haish menarik!sampai leka dibuatnya! di tengah-tengah muzium itu juga terletaknya Teater Hang Tuah yang menayangkan cerita mengenai Hang Tuah di layar besar!memang seronok layan cerita Hang Tuah dalam bentuk kartun ini..menarik!terdapat juga maklumat mengenai pakaian melayu lama dan menariknya, kita boleh ambil gambar dan super imposed dengan pakaian melayu lama tu!hahahaha walaupun tak berapa menjadi gambarnya, tapi seronok je kami melayan menda-menda macam ni...hehehe wah memang seronok sangat kami berada di sini!sampai sejam berlalu, langsung tak terasa!aku rasa semua muzium di Malaysia perlu secara serius, mentransformasikan tipikal muzium kita ada sekarang ini kepada something yang new dan fresh seperti Muzium Hang Tuah ini...memang tak menyesallah bayar RM5 dan spend masa di sini!sesiapa yang ke Melaka tu, aku cadangkan supaya korang ke muzium ini!sangat berbaloi-baloi! =D kami pun keluar dari muzium dengan gembiranya!sempat bergambar bersama Bang Hang Tuah di luar muzium... lepas puas melihat kisah Hang Tuah di dalam muzium, kami pun berjalan sekitar HTC dan melihat 5 buah rumah yang dinamakan sempena Hang Tuah dan sahabatnya!setiap rumah ada aktiviti tersendiri...ada yang dibuat kedai jual cenderamata....ada juga gazebo untuk anak-anak muda bermain muzik tradisional, ada lapangan untuk bersilat...memang menarik...sepanjang di situ, aku jumpa 2 couples sedang ambil post wedding photoshoot!memang cantik!dan kami pun berjalan kembali untuk ke kereta...sekali di pintu pagar dah ada yang menanti...rupanya dah jam 5.30 petang!haha cepat-cepat kami keluar! lepas tu kami pun mula bergerak menuju ke Pantai Klebang!perjalanan memang bergantung kepada Waze sahaja!memang la Waze ke GPS semua ini membuatkan kita malas berfikir dah!hahaha selama ini aku selalu suka ikut gerak hati je kalo berjalan bawak kereta tu...but now, bergantung 100% kepada Waze!terus sampai di Pantai Klebang...kami singgah membeli belacan, cencalok dan makanan tradisional Melaka di tepi jalan...memang banyak kedai menjual makanan-makanan ini...pilih je mana nak...murah-murah pula tu... dah selesai membeli, kami pun terus menuju ke gerai Klebang Original Coconut Shake...kiranya antara perkara wajib cuba kalau ke Melaka ni...aku dulu iba yang ajar minum sini..masa kami sampai, gerai dah nak tutup...kul 6.30 petang diorang dah tutup rupanya...nasib baik sempat beli sorang satu coconut shake dengan harga RM2.50 sahaja...ermmm memang sedappp....lagi kalo masa panas....dengan aiskrim vanilla....air kelapa...ais....pastu isi kelapa tu dia blend...so memberi rasa kesat-kesat dalam setiap sedutan...sedap.... sambil minum, sambil kami menuju ke Melaka Raya pula...bersebelahan dengan Mahkota Medical Centre!kali ini dengan tujuan mencari Restoran Ee Ji Ban!ada apa di sini?haaa di sinilah tempat kami nak makan chicken rice ball!aku pernah tengok KekNis a.k.a Hanis Zalika makan di sini dalam Mad Market, JJCM pun pernah datang..so harus la terujakan nak ke sini!hehehe dah la susah nak jumpa chicken rice ball yang halal di Melaka....sampai je depan kedai, sangat teruja dah!terus masuk...disebabkan bukan masa makan lagi, tak ramai sangat orang dalam kedai...so kami tengok menu, dan terus order 15 biji chicken rice ball (RM0.30/ball)....1/2 mix chicken (RM24)...ada roasted dan steam...lepas tu order small Nyonya Cili Garam Prawn + Squid (RM21)....tak lama tunggu, makanan pun sampai...siap pekerja situ offer ambilkan gambar kami...then dia ajar cara makan...jangan hancurkan nasi tu..just potong 2, dan makan dengan ayam dan sambal...nyummeh...ayam dia sedap sangat!sambal pun sedap...nasi pun unik...cuma prawn dan squid tu, pada aku kuat sangat belacan dan pedas....so aku tak suka sangat...makan ngan nasi putih ok kot...ni nasi ayam kan, macam kureng seswai kat tekak aku laaa...hehehe so total makan adalah RM53.90...irma yang pemurah belanja kami...Alhamdulillah.... dah kenyang, kami berhajat nak berjalan di sekitar A Famosa dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya...walaupun dah mula gelap...tapi bajet ada lampu kan...so kami parking di Mahkota Parade...sebelum menuju ke A Famosa, kami ke toilet dalam Mahkota Parade dulu...selesai urusan, keluar je dari toilet, terus aku ke kedai sling bag kat tepi tu..macam menarik jee...untuk bawak travel...hehehe tengah beli, asie cakap kat depan toilet tu ada kedai Sony!alkisah, malam sebelum ke Melaka, hp aku masuk jamban!hohoho sadis!so pergi ke Melaka tanpa hp bernyawa...so sebelum masuk Mahkota Parade aku ada sebut (main-main je sebenarnya), kalo ada laaa kedai Sony dalam ni, memang aku terus je beli hp!haaaa kau...sekali depan mata!terus pergi usha, harga untuk model A, lebih murah RM300 berbanding di Alamnda!wahh tergoda betul!tapi aku sebenarnya dah lama teringin A1...sama je mahal dengan harga kat Alamada pun..pastu tengok juga model lain...ada ultra, ZR dan lain-lain...last sekali, aku buat keputusan nak beli je!itu pun penat aku justify dengan diri sendiri...sangap takde hp ni kan....hohoho terpaksa laaa....walaupun tetiba aku terbayang harga hp sama dengan pergi beberapa kali Seoul..oh...terus takde mood nak sambung cerita.....hahaha ok la nanti aku sambung lagi dalam next entry ye! #emo |
My Rainbow...: <b>Makan di Melaka</b> : Ketupat Ujung Pasir Posted: 27 Mar 2014 06:30 PM PDT Assalamualaikum..... Jumaat dah ni.... Minggu depan dah mula dah sekolah kan.... So, kalaulah ada sesiapa yang dah last2 minute nak jalan2 ke Melaka, boleh la kalau nak try lepak kat Ujung Pasir nie. Lokasi kedai ni, sama dengan lokasi kedai mee rebus/ mee kahwin/ mee rojak yang femes tu. Makanya, kalau datang sini sekeluarga, ada pula yang tak suka nak makan mee atau rojak, bolehla cuba ketupat atau nasi lemak pula. Warung di restoran ni, ada jual ketupat nasi. Tengoklah, ketupat real macam hari raya tau. Hari Raya pun pakai ketupat instant kan. Ini pula, pakai daun kelapa. Jadi, bolehlah makan ketupat yang wangi dengan haruman daun kelapa...Ketupat ni, di makan dengan lauk pauknya tersendiri. Yang paling utama ialah serunding kelapa yang warna kuning tu berserta kuah kacang. Sedapp... Anak2 kecik pun boleh makan. Tak pedas. Selain daripada tu, kita bolehlah request nak tambah apa2 lauk lagi. Lauk2 lain ialah lauk untuk nasi lemak sebenarnya. Jadi, kalau nak tambah, boleh tambah telur goreng, teklur dadar, ayam goreng, sambal sotong, sambal kerang dan sebagainya. Warungnya kecil jer. Macam nie lah... Jenis yang tolak ada roda tu. Tapi, penduduk Melaka yang rakyat marhaen nie, memang suka makan2 macam ni. Uncles yang main dam pun suka tau makan ketupat ni. And foremost, arwah Ba pun suka sangat.... Oh, gambar hidangan tak ada. Terlupa nak snap. Sebab tu lah gambar ni kita peram berbulan2 sebab konon ada masa nanti nak pergi ambik gambar dish. Tapi, betul2 belum ada kesempatan. So, daripada basi dalam folder, baiklah kita sharekan apa yang ada. Kalau next time ada gambar hidangannya, kita tepeklah kat sini yer.... . |
You are subscribed to email updates from Makanan di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@