restoren anak melaka di qatar | dohadimataku - Blog Makanan di Melaka

restoren anak <b>melaka di</b> qatar | dohadimataku - Blog Makanan di Melaka


restoren anak <b>melaka di</b> qatar | dohadimataku

Posted: 22 May 2014 02:42 AM PDT

alhamdulillah. bahagianya hidup semakin menjadi-jadi sejak buat jjcm di doha. semuanya atas cadangan kawan-kawan dan nyata ianya tak mengecewakan. malah boleh dikatakan kualiti rasa makanan di sini sama dengan di tanahair. atau mungkin lebih sedap? yuppp… :)

Oriental Kitchen Restaurant milik anak jati melaka berada di Najma, C ring road, di belakang Doha Bank. mula beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang. dan 5.30 petang hingga 10.30 malam.

untuk makan di sini tempahan awal amatlah dialu-alukan. jika anda datang masa puncak..hmmm.. harap bersabar ye kena tunggu meja kosong dulu.

bertemakan masakan chinese and malaysian cuisine, di sinilah anda akan temui butter prawn, oyster tofu, tofu soup dan lain-lain menu seperti nasi goreng, kuewtiaw, sambal udang petai dan banyak lagi pilihan makanan.

kali ni kita zoom sikit gambar biar nampak sedapnya…tahan mata ye..

IMG_4391

IMG_4392

IMG_4395

udang butter tu marvelous!! sangat sedap. begitu juga tomyam seafood. bagi saya lebih sedap tomyamnya dari Thai Smile. kangkung belacan pun superb..

saiz hidangan pun banyak..cukup untuk 3 orang. kalau yang join makan badan comey-comey..4 orang makan pun boleh.

ingin dinyatakan kepada pembaca…mungkin bagi anda apa yang saya kongsikan di sini apalah sangat kan..takat makan tomyam pun nak kecoh.

namun hakikatnya..bila dah merantau beribu-ribu batu, jauh dari tanahair.. baru tahu penangan rindunya nak makan macam ni.

ddmk: alamak lupa mintak belacan..

. Bookmark the

.




@



restoren anak <b>melaka di</b> qatar | dohadimataku - Blog Makanan di Melaka