My Rainbow...: Makan di Melaka : Ketupat Ujung Pasir - Blog Makanan di Melaka

My Rainbow...: <b>Makan di Melaka</b> : Ketupat Ujung Pasir - Blog Makanan di Melaka


My Rainbow...: <b>Makan di Melaka</b> : Ketupat Ujung Pasir

Posted: 27 Mar 2014 06:30 PM PDT

Assalamualaikum.....

Jumaat dah ni.... Minggu depan dah mula dah sekolah kan.... So, kalaulah ada sesiapa yang dah last2 minute nak jalan2 ke Melaka, boleh la kalau nak try lepak kat Ujung Pasir nie.

Lokasi kedai ni, sama dengan lokasi kedai mee rebus/ mee kahwin/ mee rojak yang femes tu.

Makanya, kalau datang sini sekeluarga, ada pula yang tak suka nak makan mee atau rojak, bolehla cuba ketupat atau nasi lemak pula.

 Warung di restoran ni, ada jual ketupat nasi. Tengoklah, ketupat real macam hari raya tau. Hari Raya pun pakai ketupat instant kan. Ini pula, pakai daun kelapa. Jadi, bolehlah makan ketupat yang wangi dengan haruman daun kelapa...

Ketupat ni, di makan dengan lauk pauknya tersendiri. Yang paling utama ialah serunding kelapa yang warna kuning tu berserta kuah kacang. Sedapp... Anak2 kecik pun boleh makan. Tak pedas. Selain daripada tu, kita bolehlah request nak tambah apa2 lauk lagi. Lauk2 lain ialah lauk untuk nasi lemak sebenarnya. Jadi, kalau nak tambah, boleh tambah telur goreng, teklur dadar, ayam goreng, sambal sotong, sambal kerang dan sebagainya.

Warungnya kecil jer. Macam nie lah... Jenis yang tolak ada roda tu. Tapi, penduduk Melaka yang rakyat marhaen nie, memang suka makan2 macam ni. Uncles yang main dam pun suka tau makan ketupat ni. And foremost, arwah Ba pun suka sangat....

Oh, gambar hidangan tak ada. Terlupa nak snap. Sebab tu lah gambar ni kita peram berbulan2 sebab konon ada masa nanti nak pergi ambik gambar dish. Tapi, betul2 belum ada kesempatan. So, daripada basi dalam folder, baiklah kita sharekan apa yang ada. Kalau next time ada gambar hidangannya, kita tepeklah kat sini yer....

.




@



My Rainbow...: <b>Makan di Melaka</b> : Ketupat Ujung Pasir - Blog Makanan di Melaka