My Rainbow...: <b>Makan di Melaka</b> : Steamboat Api-Api - Blog Makanan di Melaka |
My Rainbow...: <b>Makan di Melaka</b> : Steamboat Api-Api Posted: 20 Mar 2014 09:53 AM PDT Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) |
CACTUS HOUSE: Sehari <b>di Melaka</b>, Sehari <b>di</b> PD Posted: 18 Mar 2014 09:51 AM PDT Assalamualaikum It's been sometimes...hilang sedikit mood nak update blog ni sebab air tak de kan. Anyway, bersempena dengan bulan Mac yang agak istimewa buat kami berdua, hubby telah merancang satu percutian 3 hari dua malam di Melaka dan PD.... Kami memang lama dah nak bercuti sebenarnya, tapi susah betul nak cari masa yang sesuai. Kami asyik postpone sampai akhirnya dapatlah jugakkk...walaupun setakat pergi Melaka dan PD...tapi spending some quality time together tu yang penting... Kali ni saya letak banyakk gambar...saya cerita ikut gambarlah ye.. Pagi Sabtu, 15 Mac tu, saya bangun awal, buka facebook dan buat birthday wish untuk dua orang kakak saya..heee...lepas tu, saya masak. Saya masak ayam masak merah...sampai habis air yang kami simpan tuh...he he Kami bertolak dalam jam 12.00 tengahari macam itu dan sampai di hotel dalam jam 2.45 petang. Sampai kat hotel, kami pun nak check in...hotel ni best sikit, dia terus suruh kami duduk di sofa, lepak lepak menikmati kolam dia yang cantik tu.... Haaa....sempat bergambar pemandangan dari tempat duduk kami.... kolam yang dipenuhi kelopak bunga...menawan lepas tuu...kami dihidangkan ini. Waiter tu panggil benda ni sorbet with lime and ginger tapi kami panggil ais kepei (kepal) Sedapppp!!! Kami duduk aja kat sofa tu sampai orang hotel tu datang dan tunjukkan bilik...siap di iring sampai ke bilik lagi...tapi kami buat dekkk aja, tak bagi tips pun...dasar orang Malaysia Kami dapat bilik no 225. Buka aja pintu, ada lorong ni... sebelah kanan...ada wardrobe cantik wardrobe nya ada pintu terus ke bilik air dari wardrobe tu sebelah kirinya ada shower teruss...ada tub yang bosar ni...ada tingkap lagi kalau kita nak berendam dan tengok tv...seperti biasa tak guna sangat pun, kecuali pada malamnya, sebelum mandi, saya rendam kaki sat sebab dia ada bagi salt tu keluar dari toilet, hubby seperti biasa buat kerja-kerja melihat apa yang ada hubby complain kata tak de cafe bar...saya carikan... heeee...baru jumpa.... mereka ada letakkan kuih buah melaka ni juga di atas meja tu...ada tiga bijik, hubby makan satu, saya makan 2 Hotel ni istimewa sikit di mana sabun nya pun berjenama istimewa...yang sebelah tu, dia letak salt yang saya guna untuk rendam kaki. Saya tak berendam dalam tub tu sebab rasa bersalah untuk guna terlampau banyak air sewaktu orang lain ramai yang tak dapat bekalan air Hmmm, shower cream, shampoo and conditioner...wangiii... hubby mula ambil oksigen di balkoni bergambar...hubby kata jangan letak gambar ni...tapi takpe kut kan? Kami dah 8 tahun kahwin ada radio tengok update on MH370 Lepas tu kami makan bekal di balkoni hotel ni ada letak buku 555 tuh Lepas tuh, hujannnn....kami lepak, rehat dan solat Lepas tu, kami keluar, jalan kaki...bergambar sebelum keluar...nampak jurus sungguh, ha ha ha sempat bergambar sebelum keluar... Saya ada mention yang saya teringin nak tinggal di Hotel ni waktu kami datang last year (yang kami tinggal di Hatten Hotel tu)...tak sangka hubby betul-betul book hotel ni Seterusnya, kami berjalan sampai ke Menara Taming Sari tu tau. Rasanya pergi balik adalah dalam 3km kut. Kami cari air kelapa float tuh...tak jumpa plak Sebab tak jumpa, kami pergi Parkson, hubby beli baju lagi. Lepas tu, kami singgah kat Old Town White Coffe, minum dan makan roti satu set yang di kongsi, tapi service memang boleh di improve laa...geram aja dengan pelayan-pelayannya... Lepas tu, kami berjalan balik ke Hotel (Hotel terletak berdekatan dengan Jonker Walk ye) Waktu balik...sempat lah tangkap gambar dengan beca. Meriah betul beca-beca ni Hubby ajak pulak lepak tepi sungai dan tengok boat ni. Sesungguhnya waktu itu saya sudah berpeluh tahap gaban dah dan hilang mood...tapi saya ikutkan ajalah Sempat bergambar...tengok muka berkilat tu Kami naik juga ke bilik akhirnya dan mandi. Sampai bilik, tengok-tengok ada ada orang sudah clearkan katil, pasangkan lilin dan kemas bilik...aish, best nya Hubby insist nak order makanan...saya okay aja, walaupun teringin juga nak turun dan lepak makan di bawah kan...tapi makan dalam bilik pun okay...tak yah salin baju Haaaa....kami order fish and chips...makan kat balkoni...boleh pakai kain pelekat lagi kan
anddd...ada chocolate drinks lagi...buat sendiri, hotel bagi dua bungkus di cafe bar Lepas tu, tengok cerekarama dan tidur. Hubby kata, kat luar tu, orang bernyanyi sampai jam 1.00 pg...tapi saya haremm sedar...saya memang begitu...
The next day, kami bangun awal dan pergi breakfast. Hotel ni best laa sebab kami dilayan dengan bagusnya. Makanan dia memanglah buffet kan, tapi kami boleh order one special meal...kami order omelette, kami order satu aja, sebab mesti tak larat kan. Dia juga ada special menu yang boleh order i.e. charkuetiow. Tapi kami tak order pun, dah kenyang tahaps gaban
food spread biasa aja, tapi berkualiti/sedap. Fruit juice dia memang betul-betul fruit juice...bila minum, masuk bilik balik, terus sakit perut...heeee Kami lepak lama juga...enjoy layanannya, ambiance nya...
tengok ini juga, we were informed yang akan ada perlawanannya nanti between hotels...these people are practicing
lepas tu kami ke level 3...swimming pool and roof top garden
kami tak mandi though, sebab kami ingat kami ada plan lain yang baik punya
tengok kapal dan Menara Taming Sari tu...kami berjalan sampai ke situ malam tadi
Kononnn.....ada rahsia di sebalik gambar ni Lepas tu kami balik bilik, lepak, kemas barang, dan check out
yeowww....barang-barang kami
no bilik kami....kalau ada rezeki, kami datang lagi kut...heeee
checking out
Singgah sat kat tepi pantai yeow..lepas ni, hari pun hujan...alhamdulillah.... kami pun meneruskan perjalanan ke PD Tengah jalan, kami singgah beli makanan sikit...ingatkan, nak alas perut dulu, dan malam nanti kita order lagilah..room service
saya tolong berbaris kali ni...tak de dah orang nak melayan kami beriya macam kat hotel kat melaka tu Lepas check out, kami masuk bilik, kami telah di hantar oleh buggy, unfortunately, gambar tak de ye Bilik kami....ada cerita Azura di TV3 waktu tu...hubby plak tengah tengok internet...saya baru habis solat kut waktu ni hmm...ini katil kami...kingsize haaaa...istimewanya hotel ni, ada kolam tapiiiii...kolamnya kecikkkk...ha ha ha....habislah impian saya untuk berenang. Boleh slide aja dalam kolam ni...kalu berenang kalu, takut terantuk kepala. Tapi boleh laaa....kolam ni ada jakuzi... Lepas solat, saya hidangkan makanan yang kami beli tadi. Yup, ada goreng pisang, laksa dan lompat tikam. Kami makan goreng pisang dan laksa aja...lompat tikam tuuuu...tak makan pun Lepas tu, saya tidur... Hubby bangunkan lepas tu, kami solat dan keluar dinner.
Kami makan ikan bakar, kerang dan sayur...nyumssss....sedap Malam tu hari hujan lebat....alhamdulillah.
Esok paginya...breakfast lah
Lepas tu kami berjalan-jalan....
Berjalan tengok chalet orang
our room, 2011 Sebab dah panas berjalan, kami pun masuk lah kolam balik...untuk mengembangkan daki, miahahahah Lepas tu, kemas barang dan check out
Kami decided to walk, not to use buggy service
hubby checking out
masukkan barang ke dalam bag... Lepas tu kami pun balik Shah Alam...... |
You are subscribed to email updates from Makanan di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@