Melayu <b>Melaka</b> Terpinggir ? ; "Tutup Saja Jonker Walk" | AZMY <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
Melayu <b>Melaka</b> Terpinggir ? ; "Tutup Saja Jonker Walk" | AZMY <b>...</b> Posted: 17 Feb 2014 03:00 PM PST Melaka Bandaraya Bersejarah..Bandaraya Teknologi Hijau..malah banyak lagi nama yang gah d bumi ini..tidak termasuk nama-nama Pahlawan Melayu yang terpahat dalam lipatan sejarah d zaman awal sejarah Kota Melaka. Aakj tak nak cerita bab sejarah Melaka..semua dah tahu dan ianya ada dalam buku sekolah seawal pendidikan sekolah rendah. Aakj ambil kesempatan ini kerana dah mula kedengaran suara-suara "Melayu Melaka" yang mula tidak puashati dengan apa yang Kerajaan BN Melaka dalam menangani masalah kaum Melayu Melaka..terutama warga Bandar Melaka yang makin 'surut'..hilang..tersisih dalam arus pembangunan. Aakj taknak cerita umum..nak fokus bab nasib Peniaga Melayu Melaka yang turut sama dalam mewarnai perniagaan d Bandar Melaka..baik skim kecil maupun yang sederhana..baik yang terliba dalam peruncitan maupun yang termasuk dalam kategori Perniagaan Barangan Kraftangan Melaka..demi menyambut seruan Kerajaan Negeri kerana hasil utama Melaka adalah Pelancungan. Tahniah dari Aakj khas untuk Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam yang mampu bangunkan industri ini..bukan senang nak bawa orang luar ke negeri kita kalau hanya bersandarkan sejarah semata-mata. Walaupun Dato Ali hebat bangunkan negeri..hebat cuba samaratakan kek ekonomi negeri..hebat samaratakan peluang niaga kepada semua bangsa..akhirnya dalam politik, Dato Ali d tumbangkan hanya kerana 'wave' pengundi Cina yang tolak siapa saja Wakil BN ketika PRU12 dulu. Jasa dan keperihatin Dato Ali lenyap begitu saja. Malah ada juga Melayu yang hantar isyarat bahawa mereka 'terluka' dengan layanan Kerajaan BN terhadap bangsa Melayu ketika itu. Walau tak banyak undi protes dari Melayu Melaka..namun impaknya tetap ada. Kini, Ketua Menteri yang baru, Datuk Idris Harun, mula naik jawatan nampak macam tegas tapi apa yang Aakj dengar..akhirnya lemau juga..suara peniaga Melayu Melaka d bandar makin kuat.."janji capati" juga turut kedengaran dan yang paling terkejut..peniaga Melayu Melaka yang selama ini menyokong Kerajaan BN bukan setakat d anak tirikan..malah lebih teruk dari itu..anak buangan..itu kot yang paling sesuai. Jangan terkejut kalau anda ke Melaka..ada Dataran Pahlawan..d 'basement'nya terletak himpunan Peniaga Melayu, 100 lebih peniaga yang berniaga barang kraftangan Melaka dan juga makanan tradisional Melaka..sayangnya..tak semua orang tahu..seolah tak pernah wujud promosi tentang adanya tempat yang menjual pelbagai barangan cenderamata Melaka ini. Aakj kebetulan merayau..singgah d kompleks beli belah yang katanya terbesar d Melaka..DATARAN PAHLAWAN..yaa itu nama gahnya..terkejut..ada bazar kraftangan..dan makin terkejut..kini hanya tinggal 53 peniaga sahaja.. "dulu ada parking bas d sediakan d hadapan bazar kami, pelancung datang dan tahu ada kedai cenderamata Melaka..kini bas dah tak boleh masuk.." - peniaga. "..Kerajaan Negeri sibuk dok layan Jonker Walk sebagai pusat pelancungan sama seperti Petaling Street..kenapa tak buat untuk kami juga seperti itu..apa lebih mereka..apa kurangnya kami.." - tegas salah seorang peniaga d situ. "..jalan sesak pun masih dok berdolak dalik dengan peniaga d Jonker Walk..takut..walhal kami semuanya 100% sokong Kerajaan BN.." - sambung beliau yang ingin d kenali sebagai Kak Ti. Aakj juga ambil kesempatan meninjau sendiri keadaan yang agak kurang d beri perhatian oleh Kerajaan Negeri d bazar tersebut yang d kenali sebagai "Heritage Gallery"..pintu utama yang kecil..kalau tak betul-betul perati maka anda takkan tahu wujudnya bazar ini. Paling teruk dan harap Kerajaan Negeri ambil perhatian..papan tanda yang ada d luar sana, seperti dalam foto yang Aakj sertakan..inikah cara bahagian pelancungan negeri promosikan tempat ini ?? "..dalam Buku Melawat Melaka memang jangan haraplah..Jonker Walk ada..kami hanya d promosikan Shopping Mall Dataran Pahlawan saja.." - Kak Ti. "..masa nak PRU dulu..yang nak bertanding datanglah..lepas tu senyap..bermacam janji d tanam...bibir je lah.." sambung Kak Ti lagi. Bersambung..perghhh ada cerita menarik juga tang tempat ni..but before that..cu baca sahabat Aakj cerita tang kurang ajarnya peniaga d Jonker Walk masa kebakaran Jumaat lepas ; Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana daripada DAP Lai Kuen Ban telah menyalahkan anggota bomba lambat bertindak mengawal kebakaran di premis tersebut yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Cina sebelum ini. DAP tidak habis-habis dengan provokasi jahat menyalahkan agensi kerajaan.Baca selanjutnya d SINI apa kata Adun babi ni..semuanya salah orang..ni ke Kerajaan BN masih nak bagi muka? |
JALAN-JALAN CARI MAKAN <b>DI MELAKA</b> ~ KISAH TATIE Posted: 17 Feb 2014 09:34 AM PST Ingat lagi tak Ajikah? Kawan aku yang duduk nun jauh kat Filipina tu. Ha, la ni dia balik Malaysia.. "Yahooo!!", jerit kuat-kuat! Excited kemain tapi disebabkan aku busy maka, tak dapatlah jumpa dia selalu. Tapikan... hari tu, dia sempatlah datang rumah aku. Siap sleepover lagi masa Encik H pergi koje. The next day tu, kami buat random trip to Melaka. Macam yang aku selalu cakap, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tak payah fikir panjang, amek kunci dan pergi. Enjoy your trip! Ini tips tau. Mana tahu korang pun nak buat kerja gile then teragak-agak nak pergi ke tak, tak ke ye.. blablablabla. PERGI JE!! Memang ni random trip pun. Kami takde tujuan. Tapi kata Ajikah, dia nak pekena Klebang Coconut Shake. Kita layankan aje. Nasiblah geng kami Dian pun ada kat sana. So, kami ke rumah Dian terlebih dahulu. Oh ya, Dian ni tauke CikAyu Closet dan Ayu Thaiya Spa kat Melaka. Korang search je kat Instagram. Fynn Jamal pun dikhabarkan pernah datang spa cik Dian kita ni. Maka, bermulalah episod Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka | Tempat Makan Best di Melaka | Visit Malacca Malaysia 2014. Eh, banyaklah pula. Dah jom!! KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE Klebang, Melaka Percaya atau tidak, walaupun dulu aku sekolah kat sini, kemudian sambung diploma kat sini juga.. Aku tak pernah minum coconut shake ini. Percaya tak? hahaha. Itulah hakikatnya. Bukanlah sebab tak tahu tempat, tapi sebab aku tak minum air kelapa. Hahaha. Nasib baiklah kat Klebang Original Coconut Shake ni bukan sahaja air kelapa semata-mata. Malah kat sini juga ada ABC, air tebu dan lain-lain minuman. Selain tu, korang juga boleh lepak minum kat sini sambil menikmati kuih-muih tradisional. Memang sini hotspot. Tak perlu aku nak terangkan. Pelancong asing pun kalau ke Melaka pasti akan ke sini. Kata mereka, "so delicious and tasty". Eh, tapi sebelum tu, jangan lupa baca Entri JJCM Melaka yang dulu : link. Kat tepi jalan tu take-away, masuk dalam sikit adalah gerainya sentiasa ramai orang harga pun boleh tahan.. tak mahal antara yang dijual kat sini Bihun, Nasi Lemak dan lain-lain Ada juga jagung, cendol dan ABC tengoklah minah Philippines ni punya makanan .. kuat makan! coconut shake. anda wajib TRY sesi camwhore dengan bride-to-be, Dian PACIFIC COFFEE COMPANY Dataran Pahlawan, Melaka Siapa yang pernah pergi Hong Kong pasti tahu Pacific Coffee Company kan? Cumanya, kat Malaysia ni lagi famous Starbucks berbanding Pacific Coffee Company ini. Dah tak payah nak banding-banding, setiap kedai kopi mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tapi aku suka hiasan dalaman di Pacific Coffee Company Dataran Pahlawan ni. Lebih privasi dan classy. Dua tingkat, korang boleh pilih nak duduk atas ke bawah. Janji anda wajib pekena blueberry cheese cake dia. Fulamakkkk, sedap gila. suasana yang sejuk mata memandang combo set yang murah! nak semua please. tergoda!! again, camwhore. bukti kami dah sampai sini. hahaha yummy!!! HARD ROCK CAFE MALAYSIA Lorong Hang Jebat, Melaka Malaslah nak cerita pasal batu keras kafe ni. Famous kot Batu Keras ni. Hampir satu dunia ada cawangannya. Cuma yang bestnya, ini adalah Hard Rock Cafe Melaka. Ciri-ciri bangunannya pun sangat unik. Aku jangka, tourist luar pasti tertarik dan stop kejap kat sini. Sebab suasana kat sini best sangat. Lebih-lebih lagi dekat je dengan Jonker Walk. Ini pun sama, first time aku jejak kaki ke sini. Kalau tak di Dian craving nak makan kat sini. Entah bilalah aku boleh ke Hard Rock Cafe Melaka ni kan? Selalunya aku hanya lalu je. Fikir parking mesti pening kepala. Jadi aku postponed dan postponed. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. camwhore dulu
sorang sakit mata, sorang sakit jiwa, sorang lagi sakit angau. haha Itulah sahaja pengembaraan jalan-jalan cari makan kami. Kesimpulannya, memang kalau jalan dengan Dian, aktivinya makan, makan dan makan. Mentang-mentanglah dia kurus, metabolisme tinggi. Makan banyak pun kurus. Yang kami berdua (ajikah) ni pula kalau makan banyak, jadi macam ular sawa kekenyangan. Hahaha. Thank you Dian and Ajikah for the awesome trip! Next time kita random jalan lagi. Jonker, I miss you. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@