Blog Makanan di Melaka: Terbaru..Gambar Makanan Pelik Yang ... - Blog Makanan di Melaka

Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka


Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2014 07:18 AM PST

Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan.

"Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv.

"Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv.

"Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!"

"Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas.

"Okey Syani. Insyallah, bye!"

"Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya.

"Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku.

"Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal!

"Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan.

"Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya.

"Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata.

"Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya!

"Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim.

"So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta.

"You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas.

"Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya.

"Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu!

"Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya.

"Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku.

"Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga.

"Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak.

Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik!

"You  boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi.

"I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang.

Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu.

"Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis.

"Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan.

"I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung.

"Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya!

"Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta.

"Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati.

"Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale.

"Taklah, siapa cakap?"

"Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali.

"Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya.

"Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu.

"So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku.

"Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya.

"It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal.

"Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa."

"Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga.

"Come," serunya dan aku menurut.

Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina.

"I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat.

"I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai.

Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan!

"Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi.

"Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui.

"Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah!

"Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi.

"Really?" Dia teruja.

"Yes, of course!"

"I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya.

"Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas.

"Good girl! Okay, let's eat!"

"Okey, jom!"

"Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama.

"This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi.

"I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas.

Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina.  Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas.

Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu.

Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan!

"Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula.

"I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan.

"I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh!

"Okey teruskan," gumamnya lagi.

"I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba.

"Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir.

"Yes, balik kampung I!" tawarku lagi.

"Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi.

"Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya.

"Actually, I cuma mahu....

Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan.

"Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya.

"Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara  yang mustahak saja.

"Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung.

"Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka.

"Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung.

"Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai.

"Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan.

Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih.

"Why? Anything happend?" soalnya serius.

"Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa.

"Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah!

"I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar.

"Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku.

"Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali.

"You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku.

"Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati.

"Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju.

"Tolong apa?"

"Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu."

"Jadi boyfriend you? Berapa lama?"

"Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti."

"Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju.

"Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi.

"Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik.

"Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!"

"Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor.

"Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira.

"Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara.

"Hanan!"

"Maksudnya?"

"Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama.

"Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja.

"Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman.

Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya.

kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya.

ahn3914@gmail.com

pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan  bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :)

Faiz On The Scenes - Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blogger

Posted: 12 Feb 2014 07:43 AM PST

SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung.

SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan.


BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu.

Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota.

"Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku.

"Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu.

"Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini.

"Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau.

Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan.

"Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata.

Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri.

Tumpuan pengunjung

Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang.

Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan.

Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih.

Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu.

Jimat masa

Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia.

JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter.


"Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara.

"Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan.

"Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil.

"Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya.

Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut.

Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam.

Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna.

"Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir.

"Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya.

Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari.

Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit.

Jadual pembersihan

Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai.

"Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi.

SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995.

Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim.

Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan.

Colours of Journey : CNY <b>di</b> Kampung Cheng, <b>Melaka</b>

Posted: 17 Feb 2014 08:06 PM PST

Orang dah habis cirit makan limau aku baru sibuk nak update cerita CNY.. mula2 rasa macam tak nak up cerita pasal balik kampung masa CNY haritu.. sebab macam common sangat cerita pasal balik kampung.. tapi bila tengok ada tigaempat keping gambar yang boleh dimerapukan kat blog, aku decide untuk update jugaklah.. boleh jugak dijadikan cerita daripada terbengkalai gitu je blog ni. 

Berbalik kepada cerita bercuti di kampung, kitorang bertolak ke Melaka hari Jumaat pagi.. tidak lah pagi sesuboh sepi'e.. dalam pukul lapan macam tu dah ada atas hiway dah. Sampai Melaka dalam pukul sebelas pagi. Itu pun dua kali berenti.. singgah breakfast kejap kat R&R Serdang.. lepas tu berenti R&R seremban singgah kencing berak.

Ini rumah arwah atok Nizam.. best woiii dok kampung angin kuat sambil melepak depan rumah. Time tengahari memang tak berani nak duduk dalam rumah ni.. boleh jadi roti bakar kau nanti. Panas nak arwah.. tapi kalau malam sejok.. 

Macam biasa ar kalau dok kat kampung apa je yang boleh buat pun selain duduk bawah pokok rambutan. Ni aku tengah duduk bawah pokok rambutan depan rumah lah ni.. tapi rambutan tu bukan dari pokok depan rumah tu, rambutan tu ada orang kasi.. so propa sikit dengan rambutan kononnya hehehe.

Kalau agak2 bosan aku lepak kat pangkin belakang rumah pulak sambil borak2 dengan SIL.. Tau2 je lah kalau duduk kat belakang, dah lah dekat dengan dapur, ada je makanan SIL aku masak. Tak hadam makanan pagi, dia dah hidangkan pulak makanan tengahari.. itu belum masuk kuih2 lagi.. kuih semua dia buat sendiri.. aku memang kagum dengan SIL aku tu.. buat kerja pantas macam lipas kudung. Kalau dia ambik masa tak sampai satu jam masak nasi ayam kat dapur, aku pulak kau boleh kali kan dengan sifir sembilan. Sila lah kira berapa lama.. hahahaha.

Malam FIL belanja makan.. yeayyyy!!! mari lah beramai2 kita mencekik tepi laut. Aku suka tempat ni.. first time datang makan kat sini. FIL aku yang suggest.
Bagi aku tempat ni macam unik sikit sebab kedai dia atas pasir.. Masa sampai kedai ni aku macam pelik je.. betul ke kena berlambak makan atas pasir macam ni.. macam berkelah pulak kannn hehehe.


 Kat sini ada tauhu bakau, sate, otak2.. order je nanti diorang hantar.

Kalau korang nak try makan kat sini, korang pergi je Pantai Puteri, nama kedai ni Nelayan Ikan Bakar.. tepi jalan je dah boleh jumpa.

Sabtu tak keluar kemana.. lepak kampung je melayan anak2 & anak2 buah main game.. yang rarenya aku tengok diorang main tikam.. korang pernah main tikam?? alaaa tikam yang seposen doposen tu.. tak tau?? hurmm tak tau sudah lah.. 

Ahad pulak konon nak jalan2 kat town Melaka sekali SIL aku ajak pergi rumah MIL dia kat Kampung Pulai... Ok jom lah kita datang bertandang.. 

Sampai2 je Kampung Pulai tengok pokok mangga depan rumah dia kemain malayut-layut.. geraammmm je aku tengok.. walaupun aku tak suka makan mangga masam, tapi bila tengok banyak2 bergayut macam tu boleh buntang bijik mata.


Ini part of pokok mangga depan rumah.. lupa pulak aku nak snap gambar pokok ni yang penuh dengan buah mangga.. macam ni pun kira ok lah yer hehe.


Bawah pokok ni siap ada pondok tomeiiiiii.. boleh lepak makan mangga.. =)

Merasa jugak duduk kat pondok ni.. dah lah tak ada pintu tak boleh nak romen2.. hahaha Open sangat pondok ni.. ;P

 Aku dapat snap mangga kecik ni sebijik.. itu pun yang rendah.. yang lain semua tinggi2 tak sampai aku nak snap dari dekat.. maklumlah Kak Jah kan "TINGGI" hehehe.
Tu dia.. terliur tak???? ini hasil dia.. petik sendiri depan rumah, kupas kulit, terus boleh makan.. Alo Bedah!!! jangan nak meleleh sangat airliur tu.. lap sikit airliur dah menjejeh2 dah tu.. Muahahahaha ;P

Rumah MIL SIL aku ni dekat je dengan jetty nak ke Pulau Besar.. singgah jap tengok sampan, tongkang dan kapal kat tepi pantai.

 Dah petang air pun surut.. Nun kat belakang tu Pulau Besar.
Tonggeng sikit2 je Khairine.. jangan lebih2.. hahahaha

Ok Habis cerita hari Ahad.. Esoknya hari senin kitorang dah nak balik Kolumpor. Bertolak awal sikit takut jammed kat hiway.. so pukul 8pagi dah gerak.

Otw tu aku suruh Nizam berenti kat tepi jalan yang ada signboard ni.. semata2 nak ambik gambar dengan signboard je.. hahahahaha. Sukati lah nak ambik gambar dengan signboard.. kau ada???
Habis cerita merapu aku untuk harini.. nanti Kak Jah keudara lagi dengan cerita2 lain yer.. 

Bai Bai =)

Awan Kasih Kami: Singgah Semalam <b>di Melaka</b>

Posted: 18 Feb 2014 05:26 AM PST

Pada hujung minggu lepas, kami ke Melaka. Sebenarnya, ada urusan kerja. Alang-alang dah sampai ke sana, saya pun rancang nak tidur di Melaka satu malam. Ahad tu boleh jalan-jalan di Melaka sebelum kembali ke Putrajaya.

Dalam perancangan saya, saya nak bermalam di suasana yang tenang dan nak makan ikan bakar di Umbai Melaka. Hasil carian kat Google, saya jumpa homestay yang cantik dan dekat dengan Umbai. Pak Lah Resort namanya. Terpesona! Sudah berangan la percutian yang indah lagi tenang.

Hari Sabtu, selepas selesai urusan kerja, makan tengah hari kami terus ke Pak Lah Resort. Sampai di sana dalam jam 3 petang. Dapat kunci, terus masuk ke bilik. Deko bilik cantik juga. Kemas dan bersih. Cuma, bagi saya bilik agak kecil. Ada disediakan TV. Siaran pun cantik ja. Tapi, bantalnya kecil. Kurang suku saiznya kalau bandingkan dengan saiz bantal biasa.

Petang tu, dalam jam 5 lebih kami ke Umbai. Sesampai saja di sana, kami terus menuju ke kedai Parameswara. Khabarnya kedai ni masyhur, sedap masakan kat sini! Saya yang dah lama kepingin nak makan ikan bakar, terus order sotong goreng tepung, ketam goreng berempah, ikan bakar sambal dan kailan ikan masin.

Cepat service kat sini. Cepat je order siap. Suami makan dulu. Tapi nampak kurang berselera. Katanya kat Ana Ikan Bakar lagi sedap. Bila saya rasa, memang ya pun. Adoi! Jauh datang. Baik saya pergi ja Ana Ikan Bakar kat Bangi tu. Walau bagaimanapun, hampir habis juga makanan tu. Sayang duit kalau tak habiskan. Erm, boleh tahan mahal. Pelik juga rasa tak seberapa, tapi ramai yang datang. Agaknya semua sama kes macam saya kot.

Malam tu, kami tidur dengan suasana nyaman di Pak Lah Resort. Mula-mula risau juga tentang keselamatan. Pintu dikunci hanya menggunakan tombol semata-mata. Tiada pun selak. Tapi, bila dah lena semua tu dah lupa! Sampai ke Subuh,walaupun nyamuk dok kacau telinga. Hehe..

Esoknya selepas sarapan pagi, kami ke Kg Morten. Pening jugak nak cari kampung ni. Hajat nak masuk dalam rumah Kg. Morten tak kesampaian. Takpa lah, mungkin rezkinya di lain kali.

InsyaAllah...

Kesimpulannya;

1. Saya dapat percutian suasana kampung yang nyaman. Cuma kesian kat Hana. Badan, tangan kena gigit nyamuk. Banyak nyamuk sungguh malam tu. Pagi tu, masa kemas beg, hampir sepuluh ekor nyamuk keluar daripada beg. Nyamuk ni dok berkhemah sakan dalam beg tu.

2. Dapat makan ikan bakar kat Umbai. Rasa tak sesedap yang saya bayangkan. Takpa lah... pengalaman. Lepas ni pergi ja makan ikan bakar dekat Bangi tu.

Saya cadangkan pengurusan Pak Lah Resort:

1. Sediakan peti ais kecil. Kemudahan asas yang selalu pengunjung perlukan

2. Tambah selak pintu. Kunci pintu guna tombol saja macam tak kunci pintu sebenarnya.

Untuk Umbai pula, tukang masak kena rasa betul-betul masakan tu.




@



Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka