Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Faiz On The Scenes: <b>Makanan</b> Melayu <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Faiz On The Scenes: <b>Makanan</b> Melayu <b>...</b> Posted: 30 Jan 2014 07:45 AM PST Assalamualaikum Hello handsome boys and fat girls. Majoriti orang melayu la yang akan baca entri ni, sebab aku tahu orang melayu sangat prihatin terhadap bangsa nya. Aku orang melayu ye. Kalau dilihat memang kebanyakkan makanan melayu memang sangat pelik. Bukan nya pelik apa tapi nama nya sahaja yang agak pelik kalau difikirkan. Mostly makanan orang lama nama nya agak pelik. (nama orang pun ada je yang pelik) However rasa makanan tersebut tak lah sepelik nama nya, tapi memang sedap-sedap. Orang lama memang pandai memasak, termasuk mak aku. Bukan nak bangga. Aku nak cerita pasal kuih-kuih yang nama nya pelik sahaja ni. 1. Kuih Ocong-ocong Dengar nama pun pelik, tapi the truth aku pun tak penah rasa, so aku tak boleh nak explain rasa nya macam mana. Maybe korang pernah. 2. Kuih Serabai Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Nama je serabai, nampak kemas je. 3. Kuih Batang Buruk Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng. Tak nampak ada batang pun, and langsung tak nampak buruk. 4. Kuih Goyang Err... 5. Kuih Isabella Kuih Isabella merupakan sejenis kuih yang mula popular semasa penayangan filem Isabella. Namanya diambil dari filem tersebut. Kenapa tak ada kuih Nur Kasih. 6. Kuih Jemput-jemput Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.Sesuai bagi event untuk menjemput sesiapa. 7. Kuih Butir Nangka Tak ada langsung kaitan dengan nangka, mungkin la ada bentuk sikit. 8. Kuih Tahi Itik Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.Bila dengar nama tak ada selera nak makan. 9. Kuih Nagasari Kuih Nagasari merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan ubi kayu yang diparut dan dicampur dengan pisang nangka. Kuih Nagasari ini kemudiannya dimasak dengan cara dikukus. Mana entah dapat nama Nagasari tu. Naga + Sari kot. 10. Kuih Cek Mek Molek Kuih Cek mek molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Tak tahu la ada kaitan tak dengan Datuk M.Daud Kilau. Okey lah, thats all at the moment. Sebenar nya ada lagi bermacam-macam jenis nama kuih tradisional melayu yang pelik-pelik. Even nama nya yang pelik-pelik pon dekat Malaysia ramai yang obesiti sebab terlebih makan.Makan makanan barat siapa suruh.For those yang rasa kuih-kuih ni menarik kecuali kuih tahi itik, boleh la suruh mak korang masakkan ye. Sumber dari sini. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@