Umminsyirah.com: dua hari satu malam di melaka - Blog Makanan di Melaka

Umminsyirah.com: dua hari satu malam <b>di melaka</b> - Blog Makanan di Melaka


Umminsyirah.com: dua hari satu malam <b>di melaka</b>

Posted: 25 Jul 2011 04:34 AM PDT

percutian ke melaka baru2 ini tidak dirancang sempurna
niat nak bawak mak jalan2 makan angin luar kl pun tak tercapai
tapi niat cuti2 diteruskan juga mengenangkan anak2 dah teruja sangat nak berjalan2!
dan juga  booking rumah dah pun dibayar sebanyak separuh drp harga penuh.

kami tiba di melaka sedang elok waktu makan tengahari
saya mencari dlm internet.. tempat makan yg sesuai utk sekeluarga
dan paling utama.. buka pada waktu tengahari
kebanyakan restoran asam pedas yg popular dibuka selepas jam 5pm
dan kebiasaannya dibuka sehingga jam 1-2am!

dalam mencari kedai asam pedas power abg piee.. (pun dibuka selepas jam 5!)
kami terjumpa RESTORAN LOT 85 yg dipenuhi manusia umpama semut hurung gula
restoran ni terletak di jalan puteri hang li po, dalam kawasan durian daun
makanan popular disini adalah nasi beriyani
tapi kami makan nasik putih & lauk2 saja.. sedap!
alhamdulillah.. anak2 pun kenyang..

parking penuh!

selepas makan kami singgah solat zohor di masjid al-azim (masjid negeri melaka)
bersebelahan masjid ini ada muzium quran melaka. masuk hanya RM2.
pelbagai jenis alquran lama dipamerkan.. termasuk dr acheh & jawa
ditingkat atas dipamerkan maklumat2 berkaitan tulisan khat
dan bagaimana alquran dihasilkan (tulisan, print, color, etc)
alhamdulillah.. satu pengalaman baru buat anak2 (dan ummi abah depa!)

alquran awal kurun ke-19 dari acheh ini diperbuat daripada kulit kayu
khat 99 nama Allah. harganya RM99,000.

seterusnya kami check in di HOMESTAY TAMING SARI (VILLA DMDI) di Kg.Morten
homestay ini diuruskan oleh tamingsari berhad (syarikat operasi menara tamingsari)
rumahnya agak besar.. ada 3 bilik, 2 bilik air dan dapur sangat lapang!
ada dapur gas, peti sejuk, periuk nasi, pemanas air dan juga mesin basuh
tetapi tiada air-cond, tiada heater air panas dan banyak nyamuk :p
namun budak2 seronok tinggal disini (depa jakun dgn rumah kampung!)
alhamdulillah.. niat nak merayau2 di kg. morten tercapai :)
rumah 'kami' - homestay taming sari
sangat comel! sangat indah! sangat rendah!

sebelah petang kami keluar mencari coconut shake kelebang
wah! panjangnya barisan orang beratur! tempat duduk pun penuh!
saya ikut berbaris juga.. dan terpaksa menunggu hampir 40minit
demi coconut shake special berharga RM2.00 (bungkus RM2.20)
ada yg order 10bungkus, ada yg order 12 bungkus! mana la tak lama menunggu
walaupun tukang buat, tukang bungkus dan semua tukang kelihatan sgt cekap!
alhamdulillah.. puas hati dpt minum coconut shake yg diidamkan :)
cik abe kata sama mcm kelate punya.. nk kelik kelate jauh!

seterusnya baru kami pusing balik menuju ke bandar melaka..
layankan budak2 naik naik beca (nuha sebut besha :p)
cuma pusing2 saja & tak berhenti masuk muzium pun..
tamat pusingan 'besha' kami panjat tangga ke kawasan meriam
wah! suka betul anak2 dapat panjat meriam!
alhamdulillah.. bila anak2 suka, ummi abah rasa puas juga :)
my lovelies..

niat asal nak ke jonker walk tak dilupakan
terasa bagaikan di negeri lain bila masuk kawasan ini..
anak2 sibuk mencari mainan utk dibeli setelah dpt lampu hijau
dalam banyak2 barang yang dijual.. dalam pelbagai jenis barang yg pelik2
akhirnya kakak beli jigsaw puzzle & adik2 beli belon!
(macamlah takdak jual kat tempat lain :p)
alhamdulillah.. seronok ambil gambar dikawasan ni..
anak2 lama merenung barang2 disini..

selepas penat berjalan, kami menuju ke restoran pak putra
restoran ini terletak di taman kota laksamana..
kalau dari pintu masuk casa del rio jalan terus saja kedepan..
selepas jumpa restoran asam pedas hajah mona
akan jumpa restoran pak putra ni. skrg dah bukak 2 pintu!
tapi agak terkilan.. tandoorinya tak 'power' mcm dulu
alhamdulillah.. ada juga nasik lemak buat kak insyirah :)
jam 7pm.. separa penuh. jam 8pm.. fully packed!

selesai makan kami mencari surau/masjid utk menunaikan solat maghrib
sayangnya surau di taman kota laksamana umpama dewan terbiar :(
pusing masuk balik dlm bandar, kami jumpa masjid kampung hulu
masjid ini merupakan masjid tertua di malaysia. dibina pada tahun 1728
arkitektur masjid ini sama seperti masjid2 lain di melaka
rekabentuk bangunannya ada pengaruh jawa dan cina
masjid ini dihias sgt indah! dipintu masuk ada 2 meriam kecil
dan juga diletakkan beduk di tingkat atas
mimbarnya juga sgt2 cantik & berseni
cuma kawasan kubur kelihatan agak terbiar :|
alhamdulillah.. dapat juga solat 'isya berjemaah di masjid tertua ini
meriam comel dikiri & kanan pintu masuk
beduk ditingkat atas. bawah beduk tu pintu masuk.

selesai solat kami berniat untuk menyusuri sungai melaka dengan bot
tapi bila dah beli tiket baru kami sedar.. panjang betul barisan menunggu!
tunggu 2jam pun belum tentu dapat naik lagi :(
memandangkan anak2 keletihan, kami tukar acara.. jom kita naik monorel!
monorel ni cuma ada 3 gerabak. satu gerabak ada 7 kerusi. ngam2!
sekejap saja naik monorel ni berbanding river cruise..
alhamdulillah.. lagi pengalaman baru buat anak2
monorel comel ;)

keesokan hari saya berjalan2 dengan anak dara disekitar kg. morten
sayangnya tak dapat masuk ke dalam villa sentosa
pagar bertutup rapat.. mungkin tiada orang dirumah?
tapi jalan kedepan sikit jumpa lagi 2-3 rumah yang dijadikan homestay
ada villagestay, ada juriah homestay, ada err.. lupadah!
jalan lagi jumpa rumah err.. rumah merdeka?
sangat menarik! macam2 pokok hiasan & replika rumah melaka ada.
alhamdulillah.. gembira tgk rumah2 lama dijaga dgn indah dan bersih..
rumah merdeka
juriah homestay - 017-6714946

sarapan pagi esoknya cuma ala kadar.. bekalan roti sapu kaya/ peanut butter
jam 10pagi kami dah naik river cruise.. kali ni pemandunya seorang wanita
macam2 ceritanya.. daripada biawak2 yang diberi makan sebulan RM500
sehinggalah ke tempat makan terbaek di bandar melaka.
ha.. tempat inilah yang kami nampak dulu! restoran selera kampung
alhamdulillah.. lauk2 sangat sedap dan menyelerakan! kami pasti datang lagi!
insyaallah..
memang terbaek!


alkisah ekspedisi singkat melaka kali ni dah tamat
walaupun impian nak mandi di melaka wonderland tak tercapai
anak2 tetap seronok & gembira dengan percutian kali ni
insyaallah.. tahun depan kita p melaka lagi ya..
mungkin buat ekspedisi melawat muzium2 pulak ;)

notakaki:
k.insyirah kata rasa macam kat singapore..
bila ditanya kenapa cakap mcm tu, dia kata tak tahu..
mungkin sebab rekabentuk bangunan lama yg hampir sama?
mungkin sebab melaka bersih mcm disana?

Bersyukurlah kangkung turun harga! – Izmil Amri | roketkini.com

Posted: 12 Jan 2014 10:53 PM PST

kangkung belacan 2

'Orang Melaka suka makan kangkung yang tidak dikerat-kerat'. Ini helah Tun Perpatih Putih ketika rombongannya sangat teringin melihat wajah Maharaja China.

Tun Perpatih Putih adalah adinda kepada Tun Perak dan dilantik jadi Bendahara menggantikan abangnya itu setelah ia meninggal dunia. Sebelum jadi Bendahara, Tun Perpatih Putih lah yang dihantar Sultan Mansur Shah ketika mahu dijalinkan hubungan diplomatik dengan China. Delegasi itu begitu berjaya sekali sehinggakan maharaja China menghadiahkan Melaka puterinya, Hang Li Po.

Alkisahnya di zaman itu, adatnya ialah orang kebanyakan di China dalam zaman pemerintahan dinasti itu tidak boleh melihat wajahnya sang Maharaja. Kalau tandu maharaja lalu, jalan harus dikosongkan, dan kalau ada yang masih tersisa berdiri, mesti tunduk sujud di hadapan baginda.

Dan ketika sang maharaja perkenan mengadap mana-mana utusan dari luar negara, duduknya baginda itu dalam suatu mungkur kaca yang diletakkan di atas platform yang agak tinggi. Makanya sukar sekali mahu melihat wajah sang maharaja ini. Sehinggalah tiba akal Tun Perpatih Putih ketika ditanya apa makanan kesukaan orang Melaka.

Katanya orang Melaka amat suka makan sayur kangkung. Dan dimasaknya sayur kangkung ini tanpa dikerat-kerat.

Arakian maka apabila dihidang sahaja makanan itu, delegasi Melaka pun mengambil peluang menjeling ke wajah sang maharaja. Dikepitnya sayur kangkung dan diangkat tinggi, lalu disuap ke mulut dengan kepala yang terdongak; sambil mata menjeling ke arah maharaja.

Tun Perpatih Putih dilantik jadi Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir kerajaan Melayu Melaka; sebelum jawatan Bendahara diberikan kepada Tun Mutahir anaknya Tun Ali, yang mencetuskan ketegangan dan membolehkan negeri itu diserang, dijajah dan akhirnya kehilangan pemerintah.

Ini kisah kangkung di zaman Melaka masih bersultan. Di zaman harga kangkung tidak ditentukan naik turunnya oleh kerajaan.

Saya bukan penggemar kangkung. Meski sewaktu sekolah asrama, kangkung adalah sayuran dan sumber vitamin (kalau pun masih ada) yang paling utama. Rasanya dalam satu minggu, kangkung wujud dalam menu dewan makan hampir sepanjang masa. Kecuali Sabtu. Yang pernah duduk asrama pastinya tahu.

Kangkung akan menjadi makanan ruji umat Malaysia khabarnya. Harga kangkung sudah turun. Dan kita mesti bersyukur kepada kerajaan kerana menurunkan harga kangkung. Ini indikator kerajaan prihatin dengan sengsara rakyat yang adakalanya tak ada duit nak makan, dan terpaksa berlapar sampai dua tiga hari. Jadi kangkunglah jalan selesainya.

Malah kalau tak mampu beli kangkung, cari sahaja di tepi longkang. Kangkung tumbuh liar. Cabut sahaja berapa banyak mahu. Percuma.

Siang boleh masak kangkung buat lauk nasi lemak (kalau ada nasi lemak). Tengahari boleh makan sup kangkung. Kalau nak pelbagaikan sikit, dan kalau ada belacan, bolehlah tumis dengan sambal. Malam pula boleh bikin kangkung tiga rasa. Rasa marah, geram dan menyampah dengan betapa entengnya pandangan kerajaan terhadap kemandirian hidup rakyatnya yang dituntut bersyukur apabila kangkung turun harga.

Kita boleh menghidu betapa teruknya keadaan ekonomi apabila seorang Perdana Menteri boleh bertanya, mafhumnya 'bila harga kangkung turun kenapa tak puji kerajaan?'

Ini Perdana Menteri yang pada masa sama tahun lalu menyewa bukan satu tapi dua pesawat Airbus untuk kegunaan Pasangan Pertama Malaysia di saat partinya, United Malays National Organisation bersama-sama Barisan Nasional memerah kewangan negara untuk berkempen pilihan raya.

Blog pro-UMNO sendiri melaporkan bahawa Perdana 1 sebuah jet korporat Airbus ACJ319, dengan nombor ekor 9M-NAA menelan belanja sewa tahunan sebanyak RM29 juta, selain kos selenggara RM5.5 juta serta kos ubah suai RM15.5 juta.

Perdana 2 model ACJ320, disahkan wujud oleh Pejabat Perdana Menteri serta disewa antara Februari dan Disember 2013 pada anggaran kadar RM28,000 sejam. Alasan yang diberikan pejabat Perdana Menteri ialah mereka kekurangan pesawat kerajaan.

Dalam jawapan kepada Parlimen November tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu bahawa kerajaan berbelanja hampir RM15 juta untuk bahan api dan lebih RM160 juta untuk menyelenggara penerbangan VVIP pada 2012.

Itu belum diambil kira perhal skandal penipuan Port Klang Free Trade Zone bernilai RM12.85 bilion yang hari ini terbukti bahawa tidak akan ada sesiapa pun yang dipertanggungjawabkan.

Dan kita rakyat marhaen ditanya kenapa tidak bersyukur apabila sayur kangkung harganya turun. Macamlah kangkung itu boleh diganti buat bayar tol, bayar tiket LRT, bayar yuran anak sekolah, atau disumbat ke tangki minyak kereta jadi ganti bahan api. Rasa macam nak sumbat saja kangkung ke kerongkong orang yang tanya begini. – Roketkini.com

ARTIKEL BERKAITAN




@



Umminsyirah.com: dua hari satu malam <b>di melaka</b> - Blog Makanan di Melaka