<b>MAKANAN</b> TRADISIONAL <b>MELAKA</b> - Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blog Makanan di Melaka |
- <b>MAKANAN</b> TRADISIONAL <b>MELAKA</b> - Blog <b>Makanan di Melaka</b>
- 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog - Blog <b>Makanan di Melaka</b>
- Blog <b>Makanan di Melaka</b>: 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b>
<b>MAKANAN</b> TRADISIONAL <b>MELAKA</b> - Blog <b>Makanan di Melaka</b> Posted: 17 Nov 2015 09:07 PM PST Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) |
12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog - Blog <b>Makanan di Melaka</b> Posted: 26 Apr 2015 07:05 AM PDT SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung. SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan. BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu. Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota. "Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku. "Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini. Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu. "Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini. "Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau. Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan. "Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata. Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri. Tumpuan pengunjung Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang. Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan. Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih. Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu. Jimat masa Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia. JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter. "Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara. "Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan. "Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil. "Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya. Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam. Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna. "Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir. "Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya. Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari. Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit. Jadual pembersihan Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai. "Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi. SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim. Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan. |
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog <b>...</b> Posted: 21 Oct 2014 07:21 AM PDT
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Aspek tersebut menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut. Objektif lain yang turut dikaji adalah berkenaan pemahaman tahap dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dalam kalangan masyarakat sekitar Melaka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Seramai 30 responden telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, hubungan antara tahap perpaduan dan makanan bagi setiap kaum adalah memuaskan. Oleh itu, makanan memainkan peranan yang penting dalam memupuk hubungan yang erat antara kaum utama di Malaysia. Pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas lagi supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kata Kunci: perpaduan kaum, makanan tradisi 1.0 PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai dipenuhi oleh penduduk yang berbilang kaum. Hari ini, kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 57 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal dengan sifat peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan silaturrahim dan menguatkan perpaduan antara satu sama lain. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan pelbagai lagi. Dalam kajian ini, kami telah memilih untuk mengkaji bagaimana tradisi makanan sesuatu kaum itu dalam menyumbang ke arah perpaduan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. Pada hari ini, makanan bukan penghalang untuk mengeratkan perpaduan sesama kaum. Roti canai, nasi lemak, lontong bukan hanya di makan oleh kaum Melayu, tosei, capati dan roti nan bukan sahaja untuk kaum India, yong tau fu bukan hanya dimakan oleh kaum Cina tetapi tanpa mengira bangsa dan kaum, makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja, bukan mengira Melayu, Cina ataupun India. Jadi sememangnya, pada hari ini, boleh dikatakan makanan tradisi kaum dapat mempengaruhi perpaduan di negara ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Dalam menjalankan kajian ini, lokasi kajian ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan sekitar Melaka. Terdapat 30 orang responden yang telah diplih secara rawak yang terdiri daripada 20 orang pelajar UTeM dan 10 orang awam sekitar Melaka. 1.2 Objektif Kajian Dalam menjalankan kajian ini, tiga objektif telah ditetapkan untuk dicapai. Pertama, mengenal pasti makanan yang terkenal di antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kedua, mengetahui keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut dan ketiga ialah membincangkan bagaimana keunikan makanan tradisi setiap kaum ini mampu untuk membentuk perpaduan antara kaum. 1.3 Kepentingan Kajian Kajian ini telah dijalankan atas dasar dapat mengenal pasti makanan tradisi tiga kaum terbesar di Malaysia. Kajian ini juga dapat menunjukkan betapa makanan tradisi dapat membentuk perpaduan kaum di Malaysia. 2.0 SOROTAN KAJIAN "Bagai aur dengan tebing" merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mendapati masyarakat pada hari ini tidak lagi menampilkan cirri-ciri perkauman yang kental dalam beberapa aspek kehidupan mereka. Ini tentulah sesuatu petanda yang positif bagi masa depan sebuah negara berbilang kaum di Malaysia. Sikap masyarakat pada hari ini seperti yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia itu mencerminkan penerimaan mereka yang baik tanpa prejudis terhadap semua kaum di Malaysia. Masa depan ekonomi negara juga diyakini akan bertambah baik dan ini tentulah akan dapat mengekalkan keharmonian di antara kaum. Hasil kajian ini membuktikan bahawa majoriti menyatakan keadaan ekonomi semakin baik jika perpaduan terjalin antara masyarakat di Malaysia. Berdasarkan sejarah dan pengalaman negara ini, masalah ekonomi dapat memberi kesan terutama kewujudan jurang antara kaum dan ini jika tidak dibendung akan dapat mencetus rasa cemburu sehingga membawa kepada permusuhan antara kaum. Pada hari ini, kita melihat orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak, manakala orang Melayu memakan mi, kueh tiaw, yong tau foo, roti nan, capati dan tosai. Demikian pula orang India makan apa saja yang dimakan oleh rakan mereka dalam kalangan Melayu dan Cina. Nasi lemak adalah contoh makanan orang Melayu yg dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dan ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng. Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air dan santan kelapa yang kemudiannya ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan dikukus dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka. Putu mayam adalah contoh makanan masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di Malaysia. Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji-bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negera China seperti yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang. Perayaan besar disambut bersama dengan menghidangkan makanan pelbagai kaum. Hakikatnya jelas, dengan hanya makan, kita boleh menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam perhubungan walaupun hanya sekadar beberapa inci. Semua ini terhasil daripada jalan awal yang inginkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Semua ini akan terus menjadi ikon yang menjadi identiti sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ikon yang menjadi identiti sebuah bangsa Malaysia yang aman dan harmoni. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian, kajian soal selidik, dokumentasi dan temu bual. 3.1 Reka Bentuk Kajian Aspek-aspek yang diguna pakai dalam kajian ini antaranya ialah pendekatan kajian, kaedah persampelan, cara pengumpulan data, teknik memproses dan menganalisis data dan penulisan laporan. Reka bentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan (survey). Dalam kajian ini, tinjauan dibuat di sekitar kawasan Melaka untuk mendapatkan pandangan penduduk tentang hal-hal berkaitan dengan perpaduan kaum melalui makanan tradisi. Manakala reka bentuk kajian kualitatif yang digunakan ialah kajian etnografi dan kajian sejarah. Dalam kajian kes, kajian etnografi digunakan bagi mengkaji ciri-ciri makanan tradisi dalam kalangan penduduk di Melaka. Kajian sejarah pula digunakan bagi mengkaji rekod dan penulisan lampau antaranya dapatan daripada jurnal untuk dikaitkan dalam kajian perpaduan melalui makanan tradisi. 3.2 Sampel Kajian Ketika melakukan survey (tinjauan) borang kaji selidik telah diedarkan. Sampel terdiri daripada responden di sekitar Melaka. Seramai 30 orang pelbagai bangsa telah dipilih secara rawak bagi menjalankan tinjauan ini. Setiap kaum dari Melayu, Cina dan India dipilih seramai sembilan orang manakala tiga orang dari lain-lain kaum. 3.3 Instrumen Kajian Instrumen utama kajian ini ialah soal selidik di mana kami telah mengedarkan borang kaji selidik kepada penduduk sekitar Melaka. Instrumen kajian kualitatif pula ialah soalan temu bual tidak berstruktur. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS. 4.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini membincangkan keseluruhan hasil kajian yang dijalankan. Selain itu, rumusan akan dibuat mengenai pengaruh makanan tradisi sesuatu kaum dalam perpaduan rakyat Malaysia. Taburan Jadual 1 di atas, menunjukan kekerapan pengambilan makanan tradisi lain dalam semingu. Taburan ini menunjukan bahawa jumlah responden tertinggi ialah tiga hingga lima kali seminggu dalam pengambilan makanan kaum lain. Untuk kekerapan sekali hingga dua pula menunjukan hanya tiga responden sahaja. Responden yang mengakui amat kerap menjadikan makanan tradisi kaum lain sebagai menu pilahan mereka pula ialah enam responden. Berdasarkan Rajah 1 di atas, dapat dilihat nasi lemak menjadi pilihan tertinggi dalam kaji selidik ini. Nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char kuey teow pula mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih makanan tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam dan kuih bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu. Berdasarkan Rajah 2 di bawah, sebanyak 80% responden sangat setuju dengan pendapat kajian yang menyatakan makanan tradisi kaum mempengaruhi hidup mereka. 15% pula hanya menyatakan yang mereka bersetuju dengan pendapat sedemikian. Selain itu, hanya 5% sahaja yang tidak bersetuju. Pengkaji membuat perbincangan berdasarkan kepada borang kaji selidik yang telah diproses, iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merupakan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, tempat tinggal, umur dan pekerjaan. Bahagian B pula merupakan soalan yang berkaitan dengan kaji selidik. Soalan ini ditanya untuk mengukuhkan objektif kajian dimana makanan tradisi kaum boleh membentuk perpaduan bangsa. Selain itu, tujuan lain kajian ini adalah untuk memperkenalkan makanan tradisi kaum lain kepada masyarakat lain. Hasil kajian menunjukkan tidak kira latar belakang mereka siapa dan dari mana asal mereka, responden memberi respon yang baik untuk setiap makanan tradisi kaum lain. Ini menunjukkan bahawa masyarakat di Melaka ini mempunyai pengetahuan tentang makanan tradisi kaum lain. Selain itu, dalam kehidupan harian, kita dapat melihat makanan tradisi sesuatu kaum ini bukan hanya boleh dimasak oleh kaum sendiri sahaja tetapi oleh bangsa lain juga. Sebagai contoh, nasi lemak juga dimasak dan disediakan oleh orang India dan roti canai juga dibuat oleh orang Melayu dalam perniagaan warung mereka. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, pola pengambilan responden terhadap makanan tradisi kaum lain amat kerap iaitu di antara tiga hingga lima kali seminggu. Ini memberi respon positif bahawa masyarakat di Melaka ini boleh menerima makanan tradisi kaum lain. Di samping itu, ramai yang mengakui yang pengambilan makanan tradisi kaum juga mempengaruhi hidup mereka. Ini bermakna, apabila mereka menyukai sesuatu makanan tradisi kaum lain, mereka akan berusaha untuk mempejari atau mengetahui cara penyediaannya. Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan juga, boleh dilihat yang pengambilan makanan tradisi kaum lain amat mempengaruhi perpaduan antara masyarakat di sini. Hampir semua responden (80%) bersetuju bahawa perpaduan boleh terbentuk melalui pengambilan makana tradisi kaum lain. Mereka memberi pandangan bahawa makanan tradisi kaum amatlah penting didalam kehidupan sesuatu kaum. Selain itu, amalan penyediaan dan memasarkan makanan tradisi ini perlu dikekalak agar ia tidak dilupakan oleh generasi sekarang dan yang akan datang. Antara pandangan lain pula, makanan tradisi sememangnya dapat diterima oleh semua golongan masyarakat. Hal ini disebabkan penyediaan makanan tradisi kaum agak mudah dan ringkas sahaja. Berdasarkan kajian, nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char kuey teow pula mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih makanan tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam dan kuih bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu. Ini menunjukkan bahawa responden tidak memilih makanan untuk dimakan dan mereka mengenali makanan yang dipilih dengan baik. 5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Melaka ini. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kajian ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum. Berdasarkan kajian, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Dimana dapat dibuktikan melalui analisis data dan borang kaji selidik. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanana tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkattempatan malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Noor Risma Salfina Muhammad Rozali, Sulaiman Zakaria. (2006). Membanteras vandalism: siri tangunggjawab sosial. Kuala Lumpur: Pintar Firus. Haliza Jelani. Kepentingan Perpaduan Kaum, diakses dari http://psksksd.blogspot.com/2010/07/kepentingan-perpaduan-kaum.html LvBala. Makanan Malaysia Lambang Perpaduan, diakses dari http://lvbala.blogspot.com/2008/11/makanan-malaysia-lambang-perpaduan.html Zahir Zainudin, Ernifarha Ab Rahim, Cheristina Anak Lily, Nur Husyani Mohd Hussein, Murnie Shakilla Shidan, Siti Noratika Othman
|
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang <b>...</b> Posted: 13 Feb 2014 07:18 AM PST |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@