Kemeriahan tradisi Baba dan Nyonya Di Melaka Nyonya Village ... - Blog Makanan di Melaka

Kemeriahan <b>tradisi</b> Baba dan Nyonya <b>Di Melaka</b> Nyonya Village <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka


Kemeriahan <b>tradisi</b> Baba dan Nyonya <b>Di Melaka</b> Nyonya Village <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2014 08:22 AM PDT

Baba dan Nyonya merupakan satu tradisi yang di percayai bermula sejak  era Pemerintahan dinasti ming pada abad yang ke-15, apabila seorang saudagar dari negara tanah besar china yang di kenali sebagai Baba datang ke tanah melayu untuk berdagang di selat negeri melaka dan akhirnya jatuh cinta pada gadis melayu yang bernama Nyonya.

Hasil perkahwinan mereka mencentus tradisi baba & Nyonya yang kekal hingga ke hari ini kerana keunikan gabungan dua budaya yang berbeza yaitu China dan Melayu, dari situlah bermula era Baba dan Nyonya yang terkenal dengan keunikan budaya, pakaian hinggalah pada makanan, dan apa yang penting mereka tetap mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda Baba dan nyonya.

keunikan dan kemeriahan budaya baba & nyonya ini dapat anda saksikan dan rasai sendiri di Melaka Nyonya Village yang terletak di negeri melaka, apa yang menarik lagi, selain dari anda akan di hidangkan dengan makanan tradisi keluarga baba & Nyonya anda juga akan di hiburkan dengan persembahan tarian tradisional baba & nyonya dan pertunjukan fesyen baba dan nyonya.

status halal dan kebersihan makanan di melaka Nyonya village ini tidak perlu anda risau kerana kami sendiri di bawa ke dapur mereka dan memeriksa sendiri bagaimana mereka menyediakan makanan, hmm kami sangat berpuas hati dengan kebersihan dapur mereka, dan apa yang paling penting makanan di sini sangat sedap.

kami cadangkan sekiranya anda ke melaka jangan lupa untuk singgah ke Melaka nyonya Village.
untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi mereka di...
tell: 06-2831178 Fax: 2831173
www.babanyonyamelaka.com

<b>Makanan</b> Baba Nyonya | <b>Melaka</b> Nyonya Village - Blog <b>Makanan di</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2014 09:12 AM PDT

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan

Makanan Baba Nyonya | Melaka Nyonya Village | Rugi rasanya bila berkunjung disesuatu tempat kita tidak mencuba keistimewaan yang ada ditempat tersebut terutamanya makanan. Tempoh hari abam kaw dan rakan blogger telah berpeluang untuk merasai percutian di Negeri Melaka dan akhirnya sempat merasai makanan baba nyonya di sini.  

Keistimewaan Melaka Nyonya Village

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Keadaan restoran

Apa yang menarik di Melaka Nyonya Village ini adalah terletak kepada budaya warisan yang diterapkan didalam restoran ini dari segi makanan dan juga tarian. Abam kaw sendiri sangat teruja dengan apa yang abam sendiri lihat. Kebiasanya abam hanya melihat didalam TV tentang budaya baba nyonya dan ini pertama kalinya dengan mata sendiri. 

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Meja makan berkonsep baba nyonya

Untuk pengetahuan semua, Melaka Nyonya Village adalah satu-satunya restoran yang memperkenalkan keunikkan lengkap baba nyonya didalamnya. Bermula dengan dekorasi restoran, pemakaian pelayan tetamu dan yang yang paling unik adalah tarian baba nyonya yang akan dipertontonkan kepada tetamu dan menjadi satu-satu restoran di Negeri Melaka yang mempersembahkan tarian baba nyonya semasa tatmu makan. 

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Pelayan dengan busana baba nyonya

Bagi abam kaw, dekorasi yang diterap didalam restoran ini menjadi identiti bagi masyarakat baba nyonya yang harus dijaga supaya apa sejarah yang adalah ini menjadi tinggalan kita untuk anak-anak zaman hadapan.

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Tarian baba nyonya
Dekorasi lain didalam restoran

Keenakan Makanan Baba Nyonya

Bila sebut makana baba nyonya ni, abam tak dapat bayangkan apa keunikan dalam masakan mereka. Jadi ini adalah peluang abam kaw untuk merasai masakan mereka. 

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan

Sebagai permulaan, kami dihidangkan dengan kuih muih masyarakat baba nyinya dan juga keropok dhal yang dicicah dengan sambal belacan. Memang agak berlainan kuih muih mereka berbanding kita masyarakat melayu dan ditambal dengan keunikan makan keropok bersama sambal belacan. 

Selesai dengan makana pembukaan tadi, kami dihidangkan dengan menu-menu yang menyelerakan berkonsepkan makana asli baba nyonya. 

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Ayam Pongteh

Sekali tengok seperti ayam masak kicap. Tetapi inilah dia menua yang dipanggil AYAM PONGTEH. Menu tradisi masyarakat baba nyonya yang wajib ada didalam senarai makanan mereka. Ayam yang dimasak cara mereka dan ditambah dengan kentang empuk dan juga cendawan menjadikan makanan ini adalah yang terbaik bagi abam.


Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Sayur campur bersama fucuk tauhu

SAYUR CAMPUR BERSAMA FUCUK TAUHU ini juga adalah menu yang agak berlainan dengan menu kita masyarakat melayu. Biasanya bagi abam kaw, masyarakat melayu akan memasukkan segala jenis sayuran dan akhirnya menjadi sayur campur, tatapi mereka memasukkan elemen fucuk tauhu yang bagi abam sendiri amat jarang menjamahnya. 

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Bendi celur bersambal

BENDI CELUR BERSAMBAL ini menjadi pilihan abam kaw. Dengan rasa empuk bendi yang dicelur (rasanya dia celur) dan disimbahi dengan sambal pedas-pedas sedap menjadikan masakan ini sesuatu yang lain. Makan lauk sahaja pun dan kenyang. 

Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Sambal ikan bilis petai
Wowwww SAMBAL IKAN BILIS PETAI ini adalah yang terbaik dengan kerangupan ikan bilis dan juga sambal petai yang disira memang sedap. Tak tahu abam nak cakap bagaimana. Korang kena cuba rasai sendiri.
Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Otak-otak kukus
OTAK-OTAK KUKUS yang lembut ini agak unik kerana diatasnya diletakkan dengan sedikit sambal belacan (rasanya sambal belacan). Manis pedas rasanya bila masuk kedalam mulut. Ini juga sedap !!
Makanan Baba Nyonya Fauzi Aryaan
Ikan goreng kerutuk

IKAN GORENG KERUTUK ini juga sedap. Dengan kerangupan dan keunikkannya kerana dicicah dengan sambal yang lebih kurang serupa dengan sambal belacan. 

Secara keseluruhannya apa yang abam boleh simpulkan, mereka gemar menggunakan sambal belacan didalam makanan mereka.

Lokasi Melaka Nyonya Village

Bagi mereka yang ingin merasai keunikan masakan baba nyonya ini boleh berkunjung ke alamat berikut:

Melaka Nyonya Village

178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.

Telefon: 06-283 1178

Waktu perniagaan: 

Mon - Fri: 6pm - 11pm

Saturday & Sunday: 11am - 3pm, 6pm - 11pm

Terima kasih kepada Melaka Nyonya Village kerana menerima kehadiran abam kaw dan rakan blogger & media lain dan menghidangkan masakan yang sangat enak. Abam secara peribadi sangat menyukai masakan ini dan sekali lagi terima kasih berbanyak.




@



Kemeriahan <b>tradisi</b> Baba dan Nyonya <b>Di Melaka</b> Nyonya Village <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka