Blog <b>Makanan di Melaka</b> - Blog Makanan di Melaka |
Posted: 07 Nov 2014 10:17 AM PST Baba dan Nyonya merupakan satu tradisi yang di percayai bermula sejak era Pemerintahan dinasti ming pada abad yang ke-15, apabila seorang saudagar dari negara tanah besar china yang di kenali sebagai Baba datang ke tanah melayu untuk berdagang di selat negeri melaka dan akhirnya jatuh cinta pada gadis melayu yang bernama Nyonya. Hasil perkahwinan mereka mencentus tradisi baba & Nyonya yang kekal hingga ke hari ini kerana keunikan gabungan dua budaya yang berbeza yaitu China dan Melayu, dari situlah bermula era Baba dan Nyonya yang terkenal dengan keunikan budaya, pakaian hinggalah pada makanan, dan apa yang penting mereka tetap mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda Baba dan nyonya. keunikan dan kemeriahan budaya baba & nyonya ini dapat anda saksikan dan rasai sendiri di Melaka Nyonya Village yang terletak di negeri melaka, apa yang menarik lagi, selain dari anda akan di hidangkan dengan makanan tradisi keluarga baba & Nyonya anda juga akan di hiburkan dengan persembahan tarian tradisional baba & nyonya dan pertunjukan fesyen baba dan nyonya. status halal dan kebersihan makanan di melaka Nyonya village ini tidak perlu anda risau kerana kami sendiri di bawa ke dapur mereka dan memeriksa sendiri bagaimana mereka menyediakan makanan, hmm kami sangat berpuas hati dengan kebersihan dapur mereka, dan apa yang paling penting makanan di sini sangat sedap. kami cadangkan sekiranya anda ke melaka jangan lupa untuk singgah ke Melaka nyonya Village. |
<b>Melaka</b></b> - Blog <b>Makanan di Melaka</b> Posted: 15 Jul 2014 09:05 AM PDT KRUBONG - Lambaian dan tangisan seorang wanita di sebalik pintu jeriji besi berkunci berjaya menyelamatkannya semalam daripada terus dikurung di sebuah rumah kedai di Taman Seri Krubong, di sini, dan menjadi pelacur. Mangsa berusia 22 tahun yang gagal melarikan diri kerana pintu di tingkat bawah bangunan dua tingkat berkunci, bagaimanapun, berjaya diselamatkan polis yang menerima panggilan orang awam kira-kira jam 2.30 petang semalam. Menurut sumber, mangsa yang dikurung di dalam sebuah premis di tingkat dua disedari seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan itu untuk beli makanan di kedai berhampiran. "Mangsa dikurung di dalam premis di tingkat dua hanya mampu menangis dan melambaikan tangan meminta pertolongan selepas turun ke bawah. "Pada mulanya mangsa yang jelas keletihan hanya memberitahu dia kelaparan kerana tidak makan sejak semalam sebelum memberitahu dikurung dan dilacur kepada tiga lelaki sebelum wanita yang menemuinya menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, polis kemudian bertindak memotong mangga pada pintu jeriji besi premis berkenaan untuk menyelamatkan mangsa. "Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Perak dibawa ke premis itu oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an kira-kira jam 10 malam kelmarin dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki sebelum dikurung. "Mangsa yang dikurung di premis ini sejak malam tadi (kelmarin) turun ke bawah untuk mendapatkan bantuan dan ditemui orang awam dalam keadaan keletihan kerana tidak diberi makan serta minum," katanya di sini, semalam. Salehhudin berkata, siasatan juga mendapati mangsa yang mengakui pernah berkahwin menyewa di Rembia, Alor Gajah sebulan lalu dan pernah dilacurkan di beberapa tempat sebelum dibawa ke premis berkenaan. "Mangsa mengenali suspek yang bawanya ke sini kerana dia sebelum ini pernah dilacurkan di tempat lain. Mangsa yang masih trauma dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan. "Kita percaya terdapat sekurang-kurangnya lima suspek dalam kes ini dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan," katanya. Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Lim Jak Wong ketika dihubungi berkata, premis yang berpapan tanda pejabat DAP Cawangan Seri Krubong itu sudah tidak beroperasi selepas dibubarkan beberapa tahun lalu, namun papan tanda itu lupa diturunkan. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@