Siemens MelayuMaju: Pengusaha <b>makanan di Melaka</b> tawar beriani <b>...</b> - Blog Makanan di Melaka |
- Siemens MelayuMaju: Pengusaha <b>makanan di Melaka</b> tawar beriani <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Melaka</b>: <b>makanan</b> tradisional negeri pahang <b>...</b>
- fenomena kerosakan alam dan keperluan memulihkannya - Rumah <b>...</b>
- The Scribe A Kadir Jasin: Avian's Urban Refuge
Siemens MelayuMaju: Pengusaha <b>makanan di Melaka</b> tawar beriani <b>...</b> Posted: 05 Feb 2014 11:00 AM PST MELAKA: Ketika masyarakat sibuk membincangkan kenaikan harga barang keperluan, sebuah restoran di Padang Temu di sini sedia menawarkan nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari kepada pelanggan. Malah 'Restoran Nasi Beriani Haji Tamby' turut memberikan air sirap bandung percuma pada setiap Jumaat. Beliau yang mengusahakan restoran tersebut bersama isterinya Amelia Tamby Hussin, 34, berkata langkah itu juga diharap memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di Melaka</b>: <b>makanan</b> tradisional negeri pahang <b>...</b> Posted: 04 Feb 2014 09:36 PM PST MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM), ABSTRAK Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola. ( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang ) PENDAHULUAN Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi. ASAL USUL NAMA RAUB Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold". Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'. Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub. Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'. Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu. Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang. Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan.. MASYARAKAT RAO DI RAUB Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak. Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri. MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:
KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:
KATA PENUTUP Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan. Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini. TAMAT DAFTAR PUSTAKA Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi. Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta. Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia. Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org. Blog Teromba Rawa: http://terombarawa.blogspot.com Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
fenomena kerosakan alam dan keperluan memulihkannya - Rumah <b>...</b> Posted: 07 Feb 2014 10:56 PM PST FENOMENA KEROSAKAN ALAM DAN KEPERLUAN MEMULIHKANNYA Antara hasil pemerhatian "Program Sekolah Alam" di sepanjang "Kembara Baling" baru-baru ini mendapati memang benar apa yang Allah kata. Terlalu banyak kerosakan alam berlaku dan dapat dilihat sepanjang perjalanan itu. Beberapa tempat perhentian yang kami singgahi mendapati longgokan sampah sarap sisa makanan dan bekas bungkusan makanan di sana sini (rujuk gambar di album berkaitan). Sesetengahnya berbau sangat hancing di sana-sini, walaupun zahirnya prasarana yang disediakan kelihatan lengkap dan canggih. Anak sungai di belakang rumah yang kami ziarahi mengalirkan air segar dari atas bukit di Lata Bayu yang sangat tercemar. Pelbagai sampah sarap berupa botol-botol minuman, polisterin dan plastik bungkusan makanan, pampers bernajis dan kain-kain buruk tersangkut di tebing dan celah-celah rumpun buluh. Di mana sahaja kami pergi, inilah fenomena yang kami temui tentang pencemaran alam dan sungai. Di Melaka, anak sungai yang tidak melalui penempatan manusia pula telah dicemari dengan keladak lumpur dan daun kayu hanyut kerana tanah bukit telah ditarah dan pohon tutup bumi sudah tiada. Sebelum boleh mandi manda, kami terpaksa ajak anak-anak berkerjasama membersihkan sungai tersebut terlebih dahulu. Air yang turun dari langit dan yang terkumpul dari rembesan celah batu itu kesemuanya bersih dan suci belaka. Sepanjang perjalanan turun dari bukit dan gunung, ia membentuk lata dan air terjun yang menjadi kegemaran manusia untuk berkelah dan mandi manda. Mereka sukakan suasana itu kerana airnya bersih dan segar. Malangnya manusia juga yang tidak tahu mensyukuri nikmat tuhannya lalu membuatkan ia binasa. Semua yang datang berkelah meninggalkan pelbagai sisa kotoran yang menjijikkan. Akhirnya Lata bayu mengalami wabak kencing tikus dan ditutup oleh pihak berkuasa. Ini semua akibat rosaknya akhlak manusia. Sepanjang laluan sungai dari Lata Bayu sehingga ke rumah tempat kami ziarah terdapat beberapa perkampungan. Tidak dapat dipastikan berapa banyak rumah-rumah di sepanjang sungai tersebut, namun yang nyata jelas kekotoran yang disebutkan tadi adalah dari sisa buangan manusia. Walaupun telah kami bersihkan anak sungai yang sangat kotor itu sebelum mengizinkan anak-anak mandi manda, namun ia tetap mengumpul kotoran yang dialirkan dari hulu atau mungkin dari bukit Lata Bayu itu sendiri. Kerana itu, walaupun airnya sangat sejuk dan segar, namun kebersihannya jelas tidak terjamin. Badan menjadi lekit, gatal dan perlu di bilas dengan sabun dan air bersih. Ini tidak lagi menggambarkan kebaikan air sungai yang sebenarnya. Untuk memulihkan kesuciannya kita tiada pilihan, ia harus dibersihkan dari hulu dan atas bukit lagi. Ini semuanya memperlihatkan kerosakan alam sekitar hasil perbuatan tangan-tangan manusia. Segala sarana alam semulajadi itu sudah tidak dihargai sama sekali. Manusia sewenang-wenang mencemarkan hazanah alam itu sehingga ia tidak lagi dapat dimanafaatkan dengan baik seperti sebelumnya. SUNGAI SEBAGAI ANALOGI ALIRAN ILMU Sebelum ini telah banyak kali kami kongsikan analogi air dan Ilmu. Kedua-duanya bersifat mengalir, menyucikan dan memberikan kehidupan. Kerana itu, setiap kali Allah memperkatakan tentang syurga, pasti Allah kaitkan dengan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Selain dari sumber air hujan yang segar, air sungai juga berpunca dari rembesan yang keluar dari celah-celah batu di atas gunung. Dalam soal agama, Allah manualkan aturan kehidupan manusia dan untuk memperbaiki akhlak mereka. Sumber asal manual yang berupa wahyu itu datangnya dari langit. Ia dikumpul dan dirembeskan oleh para rasul, khalifah dan ulil-amri di atas sana. Semuanya amat bersih dan jernih dari punca asalnya. Malangnya pencemaran berlaku sewaktu ia mengalir ke bawah membentuk sungai dan menuju ke hilir. Air yang tadinya JERNIH selalunya akan berubah menjadi KERUH apabila melalui kawasan bumi yang telah dirosak manusia. Yang tadinya BERSIH telah menjadi KOTOR, bercampur najis dan sampah sarap apabila melalui penempatan manusia yang TIDAK BERAKHLAK. Apabila sampai ke lautan manusia, air yang bersih, jernih dan segar tadi langsung berubah menjadi MASIN yang kekal, perlu dituras semula sebelum kita dapat meminum dan menggunakannya. Kita semua telah membaca sejarah dan tahu betapa gemilang dan murninya agama kita sebelum ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Namun sepeninggalan Baginda berbagai-bagai gejala telah berlaku, samada berpunca dari luar mahupun dari dalam kalangan kita. Ratusan ribu umat Islam dibunuh begitu sahaja akibat perang saudara, Jamal dan Siffin belum lama selepas zaman baginda. Sahabat dan ahli keluarga Baginda SAW sendiri turut dibunuh. Demikian akibat dari kelalaian dan kerakusan manusia yang telah baginda didik akhlaknya. Kini lebih teruk lagi. Islam yang seharusnya bersatu dengan satu faham menjadi berfirqah-firqah. Allah yang seharusnya menjadi satu-satunya sembahan menjadi beranak-pinak sembahannya. Sungai ilmu telah bercabang-cabang dan bersimpang siur. Islam yang syumul, indah berakhlak telah kelihatan amat menakutkan manusia dan membosankan pengikutnya. Kejadian murtad, jenayah, maksiat berleluasa. Sewaktu solat di surau depan rumah di kampung itu, anak-anak memerhatikan satu fenomena yang amat pelik dan tidak Islamik sama sekali. Kami solat di surau yang terdekat. Tuan rumah pergi ke surau yang satu lagi, selang beberapa buah rumah jaraknya, melintasi depan surau terdekat yang kami singgahi. Semuanya kerana kedua-dua surau yang berjiran itu dikuasai oleh berlainan parti yang memisah ibarat minyak dengan air. Sudah Islamkah? Masih Islamkah kita sebenarnya? KESIMPULAN Kami telah menjawab apa yang ditanya oleh anak-anak kami setelah melihat fenomena ini. Selebihnya kami tinggalkan untuk kita fikirkan bersama. Kami tidak mahu bercakap soal politik, namun kami tidak boleh mengelak untuk tidak mengaitkannya dengan agama kerana itu pedoman hidup kita. Sekolah Alam membaca ayat kasar dari ayat halusnya, menampakkan, membenarkan fenomena alam, bahawasanya ia SEPADAN dengan apa yang dinyatakan oleh kalam yang Maha Pencipta. Apa yang telah dirosak manusia harus dikaji semula apa sahaja punca dan bahan yang mencemarkannya sedari mula dan sepanjang perjalanannya. Ini satu tugas yang tidak mudah dan bakal memakan masa. Ini satu keperluan yang amat memerlukan kesabaran dan ketekunan. Semuga perkongsian bainat ini mampu sedikit sebanyak menyedarkan kita untuk mensyukuri dan memelihara hazanah alam pemberian Pencipta. ALHAMDULILLAH ROBBIL AALAMIN – Segala puji bagi Allah, pengatur alam. Kudap hujung minggu . Bookmark the . | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
The Scribe A Kadir Jasin: Avian's Urban Refuge Posted: 08 Feb 2014 11:41 PM PST Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding.Thank you. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@